Signature

UTEM & Malacca visit

Khas untuk Orang-orang Melaka,
kalau roboh kota melaka,
papan di jawa hamba dirikan,
UTEM Malacca visit
Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
ig : shahrilmajid / whatapps : 016 4103914
Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.
All Rights Reserved —

Study Case: Forensic Photography [Kisah pengamal fotografi 36]

dah sampai ke tajuk 36, pheww apa yang berlaku di sekeliling kita kalau boleh di kumpulkan dah boleh di jadikan sebuah buku, betul tak?..

kami ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak PDRM terutamanya ASP Masitah serta seluruh pasukan kerana menerima kedatangan kami bagi melakukan satu kajian berbentuk ilmiah berkenaan forensik fotografi di Malaysia. Ini adalah lanjutan daripada kajian pertama yang telah kami jalankan bermula tahun 2016 dengan kerjasama daripada Tuan Tuan Ikhmal (kini Bekas Hakim Mahkamah sesyen Ipoh). Beliau telah banyak memberi panduan serta pandangan dari sudut perundangan berkenaan ilmu forensik bagi pembuktian kes di mahkamah.

Kali ini, selepas 2 tahun terhenti.. kami teruskan lagi dengan mengumpul seberapa banyak maklumat serta panduan untuk hasil analisa fotografi forensik di Malaysia. Mungkin di Malaysia, ilmu fotografi forensik merupakan sesuatu yang ‘rare’ atau janggal akan tetapi mungkin suatu hari nanti ilmu fotografi forensik dapat di perkembangkan lagi setaraf dengan negara-negara barat dan apa yang kita dalat lihat dalam filem CSI.

Mungkin dengan adanya pendidikan kepada orang ramai tentang ilmu fotografi forensik, setidak-tidaknya pihak badan beruniform akan mendapat manfaat dalam membantu proses penyiasatan. Menurut SM Cawangan foto D6 Abd Rahman B Harun, fotografi forensik ini kewujudannya adalah untuk membantu proses penyiasatan. Mungkin iainya sesuatu kerjaya yang kurang glamor.. tetapi bidang tugas ini (bersama pasukan forensik) adalah tulang belakang kepada proses penyiasatan.
Apa yang menarik adalah, untuk seorang jurugambar fotografi forensik.. mereka adalah orang yang pertama tiba ke tempat kejadian dan tugas mereka adalah merakamkan apa yang telah berlaku sebelum ianya di hapuskan!

 

Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
ig : shahrilmajid / whatapps : 016 4103914
Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.
All Rights Reserved —

Shoot for despacito pomade

Asyik gambar kahwin ja kan.. apa kata kali ni kita update gambar yang tak kawen. Foto ini di rakam sehari selepas musibah yang melanda pulau pinang iaitu banjir kilat yang telah melumpuhkan hampir seluruh negeri pulau pinang. Shooting ini di jalankan di tasik gelugur dan banyak jalan ditutup sepanjang perjalanan.

Nanti kalau sempat saya update videonya pula ye. Siapa yang berminat nak buat video product untuk video boleh bagitau sini ok. bye



Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
ig : shahrilmajid / whatapps : 016 4103914
Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.
All Rights Reserved —

Haziq + Sara

 

Klient saya kali ni datang jauh, jauuuuuuuuuuuuuuh sangat. kalau jalan kaki mahu 15 hari baru sampai. Thank to Pn Sri Hamidah & Tan Sri Ahmad Don ( Bekas Gabenor Bank Negara ) dari KL kerana sudi hire putrafoto.

Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
ig : shahrilmajid / whatapps : 016 4103914
Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.
All Rights Reserved —

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mangkat

 

Seumur hidup ni.. pernah la 2 kali tumpang berbakti pada Almarhum baginda sultan, walaupun tugas sebagai orang di belakang tabir Media!. Ada juga kisah dan sejarah yang boleh di kongsi dengan anak cucu besok tentang pengalaman dan kehebatan seorang Raja yang kaya dengan sejarah dan Daulat. Di sini esok akan menyaksikan satu lagi istiadat terakhir buat seorang Sultan (A view from Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit)
.
Tumpang berdukacita,
.
Salam Takziah
..
Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
ig : shahrilmajid / whatapps : 016 4103914
Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.
All Rights Reserved —




Menerima bingkisan dari Istana Arau[Kisah Pengamal fotografi 35]

Kisah ini berlaku pada hujung minggu lepas, iaitu petang Jumaat kira kira jam 5.30 petang. Saya menerima panggilan dari seorang pegawai dari Pejabat Istana Arau, katanya bagi menghantar sebuah bingkisan hadiah dari Istana Arau berkenaan sebuah pertandingan fotografi yang saya pernah sertai secara tidak sengaja beberapa bulan lepas. Rezeki Tuhan nak bagi hari tu, dan tugas mereka hari ini ialah bagi menyerahkan beberapa hadiah sesuai dengan titah tuanku.
Kerana lokasi rumah saya yang sukar di kenalpasti, mungkin sebab hujan dan keadaan bertambah malap. Kami bersetuju untuk bertemu di pinggir jalan sebuah kawasan perumahan elit di Sungai Petani.
Memasuki persimpangan yang di maksudkan, dari jauh sudah jelas kelihatan sebuah kenderaan istana yang sudah lama menunggu. sebuah Mercedes putih dengan plat number Istana Arau.
Apapun terima kasih kepada kedua-dua tuan pegawai berkenaan yang sanggup datang dari jauh walaupun sesat beberapa kali ke tempat tujuan.
Akhir sekali, Saya tanya pada mereka, saya ni menang tempat ke berapa? kata nya tempat pertama! Thank god, Thank Tuanku.. Rezeki anak kali ni. takpayah la beli jajan selama sebulan =P
Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
ig : shahrilmajid / whatapps : 016 4103914
Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.
All Rights Reserved —

Majlis Pertunangan Haziq & Sara

 

Majlis Pertunangan Sara & Haziq

Lokasi : Sungai Petani, kedah.

Lepas raya, banyak orang kawen.. banyak orang tunang. Ada 3 perkara yang menarik tentang tugasan majlis ini.

  1. Tanpa di sedari lokasi majlis berdekat dengan rumah ( pagi-pagi  selalunya kayuh basikal ke sini).
  2. Klient saya yang hire saya ni datang jauh dari KL untuk majlis ini.
  3. Salah satu kamera telah “jamm” ketika tugasan, nasib ada sebiji lagi

Jangan curang okay, hold the line and stay with me. kindly whatsapps my number 013 429 0077  for your big day

Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
ig : shahrilmajid / whatapps : 016 4103914
Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.
All Rights Reserved —

Kawasan bahaya untuk drone [Kisah pengamal fotografi 34]

yeayy.. Bulan ini drone ini boleh berehat sekejap, sekejap sahaja mungkin. Kali ini kita nak bercakap tentang drone pula.

ini antara bulan di mana kita boleh merehatkan apa yang patut termasuk anggota badan. Tiada makanan dan minum yang perlu di hadap di siang hari serta tiada majlis kenduri atau keramaian untuk di dokumentasikan. Tanpa sedar kita di temukan lagi kita dengan bulan paling mulia bulan Ramadan yang penuh keberkatan. ok, siap mukadimah!

Back to title posting kita malam ini, tidak kesemua tempat boleh dan sesuai untuk menerbangkan drone walaupun mendapat kebenaran Donal Trump sekalipun kerana kebanyakan drone hari ini dilengkapi dengan sistem elektronik GPS. Saya pernah gagal menerbangkan drone di airport walaupun telah mendapat kebenaran khas dari DCA dan airport. Sistem yang ada pada peranti DJI membolehkan ia sendiri mengesan beberapa kawasan yang di iktirafkan sebagai No fly ZOne. Akibatnya remote tidak dapat berfungsi walaupun dalam mode manual.

Permohonan khas perlu di buat kepada pihak DJI dan prosesnya amat sukar untuk membolehkan ianya di bolehkan!.  (sila rujuk penulisan saya yang sebelum ini). Prosesnya membolehkan anda putus asa sendiri.

Ada yang panggil drone, ada yang panggil phantom. Walauapapun, drone juga di kenali sebagai UAV ( Kenderaan Udara Tanpa Pemandu). Bila bercakap dengan Drone yang menggunakan sistem GPS maka ianya sedah pasti bergantung kepada sistem satelit dan kompas medan elektronik. saya tidak mahu bercakap lebih lanjut isu teknikal tetapi sistem aplikasi DJI Go boleh memberi maklumat tentang kawasan persekitaran samaada selamat atau tidak untuk drone di kendalikan. Sebelum drone di terbangkan di tempat asing, carlibration adalah satu langkah yang perlu dan wajib.

Compas error!

Risiko pada drone bukan sahaja pada ralat manusia tetapi juga kepada sistem elektronik satelit yang terdapat padanya. After a few  flight, I get a compass error even though there are no metal objects near the drone. Kenapa?? mungkin di kawasan sekitarnya terdapat cerucuk besi atau interfierence daripada medan magnet.  Sekiranya drone telah berada di dalam lingkangan kawasan compass error, apa yang berlaku drone kita akan kehilangan keseimbangan dan boleh terhempas bila-bila masa.

Selama saya bertugas untuk tugasan footage video dari udara, terdapat dua tempat yang saya kira mempunyai risiko yang tidak boleh di ambil ringan, pertama di kawasan jambatan, kedua di konsert live. Di situ terdapat banyak halangan bagi pesawat drone yang tidak boleh di kesan dengan mata kasar. Saya pernah mengubah beberapa kali kedudukan takeoff point di sebabkan ganggugan signal interernece betul-betul di sebelah pentas utama majlis.  Jika pemeriksaan awal tidak dilakukan, ia akan merugikan masa kerana majlis yang telah berlangsung  tidak boleh di tangguhkan untuk rakaman hanya kerana masalah teknikal yang ada pada drone. Perancangan adalah key utama.. di mana tempat landing.. dimana takeoff kerana kita hendak menyeimbangkan tempoh hanyat bateri di udara dengan keselamatan umtuk drone mendarat.

Di tasik melati terdapat satu kawasan yang bahaya untuk penerbangan drone. kawasan yang saya maksudkan betul-betul di atas jambatan sebelah kiri video ini. di kawasan tersebut, drone gagal di terbangkan kerana calibrationnya gagal  oleh kerana masalah ralat pada kompas (compass error). Maka berhati-hatilah wahai penggendali drone di kawasan ini.

Jangan curang okay, hold the line and stay with me. kindly whatsapps my number 014-410 3914 for your big day

 

Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
ig : shahrilmajid / whatapps : 016 4103914
Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.
All Rights Reserved —

MALAM KILAUAN CAHAYA ISTANA ARAU SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN HARI KEPUTERAAN KE-74 DYMM TUANKU RAJA PERLIS

 

Team Produksi Video :  shahrilmajid, VIPMohsin, Safwan Omar

Kali ni kita merasa la juga pengalaman apabila gambar-gambar yang di curi untuk penerbitan tanpa keizinan, selalunya kita jumpa rakan-rakan seperjuangan sahaja yang mengalami nasib seperti itu tapi kali ini kita pula yang merasainya. Untuk menghasilkan sebuah foto atau video, ia tidak mudah setakat menekan buttun shutter atau button rekod kamera tetapi terdapat banyak proses-proses yang tidak di dedahkan kepada umum.

Jadi malam ini saya nak dedahkan kepada umum proses-proses mengambil foto/video di majlis keramaian. Untuk makluman, kita mengambil risiko besar bagi mendapatkan shot yang tidak dapat dilihat oleh mata oleh orang lain. Bukan sahaja memerlukan pengorbanan masa serta kemahiran, akan tetapi lebih dari apa yang ada dalam pemikiran anda. Sebelum majlis kami perlu memastikan semua peralatan kamera / drone berfungsi dengan baik dan kesemua bateri siap di caj. Bukan sebiji yang perlu di caj, 3 biji bang. kalau sebiji bateri ambil masa 1 jam untuk caj penuh, bermakna 3 jam masa di peruntukkan. Kemudian dalam proses pengangkutan, memandu lebih 2 jam  dan ini adalah minggu yang sangat ‘rushing’ dengan perut kosong. Kemudian kita perlu pula menjelaskan kepada pihak keselamatan dan sebagainya untuk membuat liputan bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar sehingga majlis selesai. Ini adalah gambaran secara kasar belakang tabir proses membuat liputan pada satu satu majlis besar yang tidak boleh gagal.

Bukan sesuatu yang mudah untuk mengusung kemana-mana peralatan kamera seberat 15kg, bersama tripod serta bag kamera. Ada kalanya tanpa sedar kami berjalan kaki hampir 6km ketika sibuk mencari shot. This is real phenomena for media photographer and video.

Saya tidak suka meletakkan watermark yang keterlaluan kerana ia sangat mengganggu mood penonton, cukuplah saya jelaskan disini bahawa untuk mendapatkan sebuah foto seperti ini bukan semudah apa yang di sangka, yang mudah adalah mengambil hasil kerja orang lain.

Sekali lagi, segala sumber fail video dan fotografi  TIDAK DIBENARKAN di ubahsuai atau digunakan dalam apa bentuk cara sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas melalui salah seorang team produksi kami. Sekiranya terdapat copyright selain dari kami, jelas ianya telah disalahguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

 

 

DCIM100MEDIADJI_0616.JPG

Malam Kilauan Cahaya ini diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan baginda yang ke 74, ia juga adalah untuk memberi peluang kepada rakyat jelata dari dalam dan luar negeri Perlis melawat perkarangan istana yang dihiasi limpahan cahaya lampu berwarna-warni.

 

Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
ig : shahrilmajid / whatapps : 016 4103914
Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.
All Rights Reserved —