Menerima bingkisan dari Istana Arau[Kisah Pengamal fotografi 35]
Kisah ini berlaku pada hujung minggu lepas, iaitu petang Jumaat kira kira jam 5.30 petang. Saya menerima panggilan dari seorang pegawai dari Pejabat Istana Arau, katanya bagi menghantar sebuah bingkisan hadiah dari Istana Arau berkenaan sebuah pertandingan fotografi yang saya pernah sertai secara tidak sengaja beberapa bulan lepas. Rezeki Tuhan nak bagi hari tu, dan tugas mereka hari ini ialah bagi menyerahkan beberapa hadiah sesuai dengan titah tuanku.
Kerana lokasi rumah saya yang sukar di kenalpasti, mungkin sebab hujan dan keadaan bertambah malap. Kami bersetuju untuk bertemu di pinggir jalan sebuah kawasan perumahan elit di Sungai Petani.
Memasuki persimpangan yang di maksudkan, dari jauh sudah jelas kelihatan sebuah kenderaan istana yang sudah lama menunggu. sebuah Mercedes putih dengan plat number Istana Arau.
Apapun terima kasih kepada kedua-dua tuan pegawai berkenaan yang sanggup datang dari jauh walaupun sesat beberapa kali ke tempat tujuan.
Akhir sekali, Saya tanya pada mereka, saya ni menang tempat ke berapa? kata nya tempat pertama! Thank god, Thank Tuanku.. Rezeki anak kali ni. takpayah la beli jajan selama sebulan =P
Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
ig : shahrilmajid / whatapps : 016 4103914
Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.
All Rights Reserved —