MALAM KILAUAN CAHAYA ISTANA ARAU SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN HARI KEPUTERAAN KE-74 DYMM TUANKU RAJA PERLIS

 

Team Produksi Video :  shahrilmajid, VIPMohsin, Safwan Omar

Kali ni kita merasa la juga pengalaman apabila gambar-gambar yang di curi untuk penerbitan tanpa keizinan, selalunya kita jumpa rakan-rakan seperjuangan sahaja yang mengalami nasib seperti itu tapi kali ini kita pula yang merasainya. Untuk menghasilkan sebuah foto atau video, ia tidak mudah setakat menekan buttun shutter atau button rekod kamera tetapi terdapat banyak proses-proses yang tidak di dedahkan kepada umum.

Jadi malam ini saya nak dedahkan kepada umum proses-proses mengambil foto/video di majlis keramaian. Untuk makluman, kita mengambil risiko besar bagi mendapatkan shot yang tidak dapat dilihat oleh mata oleh orang lain. Bukan sahaja memerlukan pengorbanan masa serta kemahiran, akan tetapi lebih dari apa yang ada dalam pemikiran anda. Sebelum majlis kami perlu memastikan semua peralatan kamera / drone berfungsi dengan baik dan kesemua bateri siap di caj. Bukan sebiji yang perlu di caj, 3 biji bang. kalau sebiji bateri ambil masa 1 jam untuk caj penuh, bermakna 3 jam masa di peruntukkan. Kemudian dalam proses pengangkutan, memandu lebih 2 jam  dan ini adalah minggu yang sangat ‘rushing’ dengan perut kosong. Kemudian kita perlu pula menjelaskan kepada pihak keselamatan dan sebagainya untuk membuat liputan bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar sehingga majlis selesai. Ini adalah gambaran secara kasar belakang tabir proses membuat liputan pada satu satu majlis besar yang tidak boleh gagal.

Bukan sesuatu yang mudah untuk mengusung kemana-mana peralatan kamera seberat 15kg, bersama tripod serta bag kamera. Ada kalanya tanpa sedar kami berjalan kaki hampir 6km ketika sibuk mencari shot. This is real phenomena for media photographer and video.

Saya tidak suka meletakkan watermark yang keterlaluan kerana ia sangat mengganggu mood penonton, cukuplah saya jelaskan disini bahawa untuk mendapatkan sebuah foto seperti ini bukan semudah apa yang di sangka, yang mudah adalah mengambil hasil kerja orang lain.

Sekali lagi, segala sumber fail video dan fotografi  TIDAK DIBENARKAN di ubahsuai atau digunakan dalam apa bentuk cara sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas melalui salah seorang team produksi kami. Sekiranya terdapat copyright selain dari kami, jelas ianya telah disalahguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

 

 

DCIM100MEDIADJI_0616.JPG

Malam Kilauan Cahaya ini diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan baginda yang ke 74, ia juga adalah untuk memberi peluang kepada rakyat jelata dari dalam dan luar negeri Perlis melawat perkarangan istana yang dihiasi limpahan cahaya lampu berwarna-warni.

 

Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
ig : shahrilmajid / whatapps : 016 4103914
Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.
All Rights Reserved —

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.