Kawasan bahaya untuk drone [Kisah pengamal fotografi 34]
yeayy.. Bulan ini drone ini boleh berehat sekejap, sekejap sahaja mungkin. Kali ini kita nak bercakap tentang drone pula.
ini antara bulan di mana kita boleh merehatkan apa yang patut termasuk anggota badan. Tiada makanan dan minum yang perlu di hadap di siang hari serta tiada majlis kenduri atau keramaian untuk di dokumentasikan. Tanpa sedar kita di temukan lagi kita dengan bulan paling mulia bulan Ramadan yang penuh keberkatan. ok, siap mukadimah!
Back to title posting kita malam ini, tidak kesemua tempat boleh dan sesuai untuk menerbangkan drone walaupun mendapat kebenaran Donal Trump sekalipun kerana kebanyakan drone hari ini dilengkapi dengan sistem elektronik GPS. Saya pernah gagal menerbangkan drone di airport walaupun telah mendapat kebenaran khas dari DCA dan airport. Sistem yang ada pada peranti DJI membolehkan ia sendiri mengesan beberapa kawasan yang di iktirafkan sebagai No fly ZOne. Akibatnya remote tidak dapat berfungsi walaupun dalam mode manual.
Permohonan khas perlu di buat kepada pihak DJI dan prosesnya amat sukar untuk membolehkan ianya di bolehkan!. (sila rujuk penulisan saya yang sebelum ini). Prosesnya membolehkan anda putus asa sendiri.
Ada yang panggil drone, ada yang panggil phantom. Walauapapun, drone juga di kenali sebagai UAV ( Kenderaan Udara Tanpa Pemandu). Bila bercakap dengan Drone yang menggunakan sistem GPS maka ianya sedah pasti bergantung kepada sistem satelit dan kompas medan elektronik. saya tidak mahu bercakap lebih lanjut isu teknikal tetapi sistem aplikasi DJI Go boleh memberi maklumat tentang kawasan persekitaran samaada selamat atau tidak untuk drone di kendalikan. Sebelum drone di terbangkan di tempat asing, carlibration adalah satu langkah yang perlu dan wajib.
Compas error!
Risiko pada drone bukan sahaja pada ralat manusia tetapi juga kepada sistem elektronik satelit yang terdapat padanya. After a few flight, I get a compass error even though there are no metal objects near the drone. Kenapa?? mungkin di kawasan sekitarnya terdapat cerucuk besi atau interfierence daripada medan magnet. Sekiranya drone telah berada di dalam lingkangan kawasan compass error, apa yang berlaku drone kita akan kehilangan keseimbangan dan boleh terhempas bila-bila masa.
Selama saya bertugas untuk tugasan footage video dari udara, terdapat dua tempat yang saya kira mempunyai risiko yang tidak boleh di ambil ringan, pertama di kawasan jambatan, kedua di konsert live. Di situ terdapat banyak halangan bagi pesawat drone yang tidak boleh di kesan dengan mata kasar. Saya pernah mengubah beberapa kali kedudukan takeoff point di sebabkan ganggugan signal interernece betul-betul di sebelah pentas utama majlis. Jika pemeriksaan awal tidak dilakukan, ia akan merugikan masa kerana majlis yang telah berlangsung tidak boleh di tangguhkan untuk rakaman hanya kerana masalah teknikal yang ada pada drone. Perancangan adalah key utama.. di mana tempat landing.. dimana takeoff kerana kita hendak menyeimbangkan tempoh hanyat bateri di udara dengan keselamatan umtuk drone mendarat.
Jangan curang okay, hold the line and stay with me. kindly whatsapps my number 014-410 3914 for your big day
Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
ig : shahrilmajid / whatapps : 016 4103914
Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.
All Rights Reserved —