11 Tips fotografi untuk newbies.

jangan takut untuk mengaku newbie dalam fotografi.. kenapa?? sebab semua profesional photographer ni dulu pernah bergelar newbie. Sebagai mereka yang baru mengenali dunia fotografi, yang baru membeli kamera semalam, mungkin beberapa idea ini boleh membantu anda.

1. JANGAN TERLAMPAU BOROS MEMBELI PERALATAN YANG MAHAL

Bukanlah sesuatu yang mustahil untuk menghasilkan hasil foto yang cantik walau menggunakan peralatan yang murah. Semakin banyak gambar yang anda ambil, lebih banyak yang anda akan tahu tentang apakah jenis kamera yang di perlukan untuk menghasilkan foto yang terbaik. kemudian, di situ nanti akan tiba masanya untuk anda menaik taraf peralatan.

2. PERTIMBANGKAN PENGGUNAAN TRIPOD

Sebaliknya, nilai sebuah tripod yang murah adalah sangat-sangat bernilai terutamanya jika anda mempunyai getaran tangan yang tidak konsisten (mengetar) seperti saya. Untuk kestabilan yang lebih, gunakan fungsi pemasa (timer) kamera anda dengan tripod

3. PASTIKAN KAMERA BERSAMA ANDA SETIAP MASA

peristiwa yang menarik untuk di abadikankan, kebiasaanya berlaku ketika anda berada dalam situasi yang anda sendiri tidak bersedia. Jika boleh, simpanlah kamera dan tripod dalam sebuah beg khas untuk di bawa kemana-mana. Ini mungkin satu kelebihan buat anda sekiranya berkara-perkara yang tidak dijangkakan berlaku di hadapan anda.

4. DAPATKAN SENARAI FOTO YANG ANDA PERLUKAN

Pada masa-masa mendatang, mungkin anda tidak boleh membawa kamera di tempat-tempat tertentu, jadi simpanlah sebuah nota kecil untuk mencatat tempat-tempat menarik yang anda ingin untuk kembali lagi untuk mengambil gambar. Pastikan juga anda mengambil perhatian mengenai maklumat-maklumat penting seperti pencahayaan, masa, cuaca dan sebagainya, jadi anda boleh kembali semula pada masa akan datang pada masa yang sesuai.

Sekiranya anda tidak mahu membawa buku nota, gunakan kecanggihan telefon pintar anda untuk menyimpan segala maklumat tersebut.

5. JANGAN TERLEPAS PANDANG DENGAN PERKARA-PERKARA KECIL DALAM FOTOGRAFI

Anda mungkin tidak melihat apa-apa yang menarik untuk dirakamkan di ruang tamu anda atau belakang rumah anda, tetapi cuba lihat pada persekitaran yang biasa dengan mata yang lebih tajam. Cuba perhatikan element-element cahaya yang terdapat atau mencari beberapa bunga liar yang tidak dijangka di kawasan anda.

Kebiasaanya, subjek yang kelihatan biasa pada pandangan mata seseorang boleh menjanjikan sebuah shot yang menarik.

6. NIKMATI PROSES PEMBELAJARAN

benda yang paling disukai bagi mereka yang mempunyai hobi seperti fotografi ini ialah ianya tidak pernah akan kehabisan benda yang perlu untuk belajar. Inspirasi boleh datang dari mana-mana sumber persekitaran kita.

7. MENGAMBIL KESEMPATAN DARIPADA SUMBER PERCUMA UNTUK BELAJAR

Rajinkan diri dengan melayari laman web seperti Flirck,atau mana -mana forum di internet berkaitan fotografi, disitu terdapat banyak tips serta info yang berguna. Juga dapatkan rujukan di perpustakaan berhampiran anda. Mungkin terdapat banyak buku berkaitan yang boleh di jadikan sebagai rujukan.

8. BEREKSPERIMEN DENGAN SETTING KAMERA

Membaca buku manual penggunaan kamera dapat membantu anda memahami kamera anda. Cuba rakam foto anda menggunakan setting yang pelbagai untuk belajar mendapatkan kesan foto yang anda mahu. Apabila anda melihat foto anda di komputer, anda boleh belajar dengan menyemak kembali EXIF DATA untuk memahami setting yang telah digunakan.

9. MEMPELAJARI KAEDAH-KAEDAH ASAS

Jumlah maklumat tentang fotografi dalam talian sangat menggalakkan dari masa ke semasa. Bermula dengan beberapa rencana mengenai komposisi, kemudian pelajari teknik-teknik yang sering digunakan dari mereka yang berpengalan.

Anda perlu mengtahui kaedah-kaedah asas ini sebelum boleh menyaingi mereka.

10. AMBIL GAMBAR SECARA KERAP

Cuba mengambil sesuatu gambar secara kerap setiap hari. Jika anda tidak boleh berbuat demikian, pastikan anda mengambil masa untuk berlatih dengan kerap, supaya anda tidak lupa apa yang anda telah belajar. Cara terbaik untuk memberi motivasi kepada diri sendiri adalah dengan melakukan tugasan secara mingguan.

11. SELALU BUKA PAGE shahrilmajid.com hehe…

Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
ig : shahrilmajid / whatapps : 016 4103914
Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.
All Rights Reserved —

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.