shahrilmajid and their Adobe photoshop course

Orang bilang, bulan Ramadhan ini bulan dimana kita mencari keberkatan disetiap tingkahlaku kita. Apa yang saya mampu lakukan dibulan mulia ini hanya berkongsi sedikit ilmu di bulan mulia ini. Saya kurang pasti apakah pemahaman orang-orang biasa tentang adobe photoshop, adakah Adobe photoshop itu susah untuk dipelajari dan sebagainya. Pepatah ada mengatakan, “Akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat”.

Bermula jam 9 hingga 4 petang, saya cuba mengagahkan diri untuk menyempurnakan majlis ilmu ini tanpa makan dan minum.. Thank God, shahrilmajid tidak pengsan hari itu. Sebenarnya, editing menggunakan Adobe Photoshop adalah lebih mudah dan menyeronokan dan yang pasti. Kita sentiasa mengejar masa sebaik sahaja kita mengadap screen monitor sehingga kita lebih excited untuk melihat apakah kesudahannya.

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 2150F589 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved

Cinta itu apa sih??

Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta..

—–

Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri…
meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 2150F589 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved

Memories may fade, but……………

Bulan Ramadhan pun tiba..tiada aktiviti suap-menyuap antara pengantin, tiada aktiviti sukan dan sebagainya untuk dirakam. No more wedding, no more editing and no more hunting. saya cuma ingin berkongsi pengalaman melalui foto-foto yang saya masih simpan meskipun hampir sedekat foto ini. Anehnya foto ini tidak pernah rosak atau dimakan anai-anai. Jika anda pernah membeli belah dibazar Ramadan di Sungai Dua hampir kira-kira 5 tahun dahulu. Anda mungkin teruja dengan sebuah gerai menjual capati, tetapi yang anehnya capati ini tidak berkuah dal dan hanya berintikan daging burger dan telur lenggang. Kami memanggil capati ini sebagai capati ‘twist’. saya kira tidak ada mana-mana penjual lagi yang mencuba resepi kami.

Inilah pengalaman saya sebagai peniaga sebelum menceburi dunia fotografi. Untuk makluman, foto ini dirakam dengan menggunakan kamera handphone sony k800i. Pada ketika itu hanya inilah satu-satunya kualiti foto yang paling baik mampu dirakam oleh sebuah telefon bimbit. Pada ketika ini saya belum faham tentang noise bagi sesebuah kamera.

Ramai yang tidak tahu yang kerja peniaga bazar Ramadhan sangat-sangat meletihkan dan yang paling letih bila masa untuk mengemas gerai dan bahan jualah. kadang-kadang bila masa saya membeli belah dibazar kadang-kadang terimbas semula bagaimana peritnya kerja sebagai peniaga dibazar ramadhan. Aktiviti jualan mungkin bermula jam 4-7.30 petang tetapi percayalah sebenarnya persiapan untuk bahan makanan semua itu bermula jam 8 pagi lagi. kata orang disetiap kesusahan itu ada keseronokannya, dan yang paling nikmat sebagai peniaga bazar ini ialah ketika berbuka puasa.

Tiada radio sebagai rujukan waktu berbuka, yang ada cuma jam ditangan masing-masing. Tidak semua bahan jualan dapat dihabiskan mengikut apa yang kita rancangkan, dan ketika jam tepat menunjukkan waktu berbuka itulah kami makan bersama-sama dengan peniaga-peniaga dari gerai sebelah. Yang paling seronok mungkin kami tidak perlu mengeluarkan wang dari poket masing-masing untuk juadah berbuka puasa kerana peniaga-peniaga dari gerai sebelah yang kadang-kadang tidak tahu dari mana datangnya berkongsi juadah makanan dengan kami. Pada masa itu atas meja gerai kami penuh dengan karipap, mee goreng, burger, tau fu fah, kuih melaka, murtabak 7-8 keping, air tebu (amik sendiri selagi mau) buah tembikai yang tak habis dijual saya kira itulah keseronokan berbuka puasa dibazar Ramadhan yang tidak dapat digambar melalui gambar ;)

to all of you guys, teruskan merakamkan gambar disekeliling anda kerana ingatan anda akan segar semula bermula dari sebuah foto. Memories may fade, but pictures last forever.

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 2150F589 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved

Love is cinta

Love is cinta ver 2009

Love is cinta ver 2010

“Laki-laki dan perempuan adalah sebagai dua sayapnya seekor burung. Jika dua sayap sama kuatnya, maka terbanglah burung itu sampai ke puncak yang setinggi-tingginya; jika patah satu dari pada dua sayap itu, maka tak dapatlah terbang burung itu sama sekali.”

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 2150F589 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved

yes.. esok dah start puasa, start buat kueh

yang paling seronok bila bulan puasa ni semestinya waktu membeli belah dibazar ramadan, saya tak suka kuih -kuih apam dan sebagainya tetapi selera saya lebih kepada kuih yang bergoreng-goreng . Kuih yang paling sedap bulan puasa ini tentunya kuih cucur badak.! kalau seekor badak macam ni, agak-agak berapa biji kuih cucur badak yang mampu dibuat.. buat bisnes cucur badak la lepas ni

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 2150F589 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved

Disini bermulanya sebuah cerita

Tahukah anda?? dari catatan nota yang semakin buruk inilah putrafoto dan shahrilmajid memperkenalkan slogan ‘Memories may fade, but pictures last forever’ ke mata masyarakat di seluruh dunia. Orang yang memainkan peranan penting disebalik nota yang semakin buruk ini ialah Mr Subesh. Mungkin beliau bukan seorang yang romantis, but i like the way how he try to interprate the meaning of picture to the people. Dari berbelas-belas quote yang telah disenaraikan kepada saya entah kenapa saya begitu tertarik dengan slogan yang paling bawah. Secara teorinya, ilham yang baik selalu tiba pada masa-masa yang terakhir bukan.

sebenarnya melalui carian google “memories may fade” anda akan menemui berbagai-bagai sebab lagi kenapa kenangan akan pudar. Cubalah buktikan apa yang saya katakana ini, copy à “Memory may fade”, dan paste à “but pictures last forever”. Setakat ini, laman shahrilmajid.com masih lagi mengungguli tempat ke-7 dalam carian google hanya kerana menyatakan sebab “but pictures last forever”.

Tahukah anda?? mengapakah saya masih menyimpan nota yang semakin buruk tulisan Mr Subesh ini?? adakah kerana saya mahu menjual nota ini kerana nilai sentimental ini? Adakah kerana saya ingin mengambil hari Mr Subesh! semua salah!.. semuanya ialah kerana Memories may fade, but pictures last forever

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 2150F589 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved

Mengejar Puteri Reformasi

Although this picture is too old to be published, it is still relevant and I allow it for the purpose of public views. The chance of getting an opportunity only comes along once a while, and I was lucky to be the one to get this opportunity and snap pictures of her in the journalist and dramatic manner. While taking these pictures, I didn’t expect her car to pass by and of course, I surely did not try any planned gimmics to snap these pictures. Otherwise, her picture would have been really splendid!!

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 2150F589 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved

Anwar & Nanie

 

Sepanjang pengalaman saya bersama dengan kamera, saya berpeluang mendengar kata-kata pujian dari pelbagai bunyi dan bahasa. Cantik, santik, bagus, keren, malingkat, awesome, beautiful, great .. Inilah kata-kata penghargaan yang biasa diterima untuk foto-foto yang berjaya mencuri perhatian mereka. Kata –kata pujian ini bukanlah untuk dibangga-bangga tetapi ia sebagai pendorong untuk melakukan yang lebih baik selepas ini.

Sebenarnya untuk mendapatkan foto yang terbaik bermula dari igiminasi terlebih dahulu and I believe that the talend is gift from above!.. Tanpa igiminasi yang bijak, saya yakin ia belum mampu memberi kepuasan kepada seseorang jurufoto. Saya jarang menunggu sesuatu moment itu berlaku sebaliknya mencipta moment itu berlaku. Mungkin inilah yang membezakan antara fotografi sebagai hobi dan sebaliknya. Mencipta moment adalah sesuatu yang rumit kerana kita terpaksa menjadi seorang pengarah yang mampu mengawal emosi manusia, pengcahayaan dan sebagainya.

Mungkin fotografi bukan hobi saya tetapi saya suka mencipta kecantikan. Suatu ketika dahulu WALDO EMERSON pernah mengungkapkan bahawa cinta kepada kecantikan adalah citarasa, mencipta kecantikan adalah seni dan saya suka berada dipihak yang mencipta kecantikan. Ada yang kata seni itu halus dan sebagainya.

Menurut buku M.A.J. Beg, Fine Arts In Islamic Civilization (1981:10); menyatakan seorang pemikir Islam iaitu Imam al-Ghazali memperkatakan bahawa, “seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan keindahan” ia lahir daripada diri sendiri dan tidak untuk yang lain. Jika anda rasa foto-foto ini cukup cantik bagi anda, sebenarnya foto ini terlebih dahulu sangat cantik bagi diri saya. Manakala jika foto tersebut cukup jelek bagi anda, sebenarnya foto itu sudah cukup memuaskan hati saya.

Foto bukan hanya dimata,
foto hadir didalam jiwa,
biarlah salah dimata mereka

Paling penting sebenarnya, ada sesuatu yang hendak kita sampaikan dalam setiap foto-foto yang pernah dihasilkan. Ada aku kesah…

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 2150F589 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved.

Life is too short

Just now i have 2 custom album to settle by this week. Tolak mandi, makan,tido, update blog tinggal berapa jam lagi yang tinggal. But i like to working under pressure asalkan kesemua masa dapat digunakan tanpa sebarang sisa yang tinggal. Setiap masa saya hanya mengejar dateline dan kadang-kadang what i can say is life is too short. Habis bulan 7, datang bulan 8.. habis bulan 8, datang bulan 9 dan kemudian bulan 10 is my birtday. Jangan lupa wish ya..

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 2150F589 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved.

suraya shamsuddin

Photographer / Light : shahrilmajid,Harith, Zam, Saiful
Contact : / BBM PIN : 21F4626F
Make up Artis : Masz Zahuri 017 3231916.
Location : FRIM
Copyright © www.putrafoto.com
All Rights Reserved

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes