Tertib Istiadat Pertabalan Raja Muda Kedah ke 19 [Kisah pengamal fotografi 38]

Setelah 3 tahun, baru di dokumenkan dalam sebuah laporan bertulis bagi rujukan generasi akan datang

Istiadat berlangsung pada hari khamis 15 Disember 2016. Istiadat juga bermula dengan Keberangkatan kebawah DYMM Al-Sultan Al-Mu’tassimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Sultanah kedah Tuanku Hajjah Haminah tepat jam 12.00 tengah hari diiringi dengan bacaan selawat di luar balai penghadapan. Dengan didahului oleh yang berbahagia Datuk Bijaya Indera, Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah yang juga merupakan ketua setiausaha sulit kepada kebawah DYMM tuanku Sultan dan kebawah DYMM tuanku sultanah Kedah.

Nobat diraja dengan lagu belayar mengiringi keberangkatan kebawah DYMM Tuanku Sultan berdua. Alar-alat kebesaran seperti cogan agama berupa tongkat berkepala besar diperbuat daripada perak dengan kalimah Allah dikepala tersebut diperbuat daripada emas manakala tongkatnya diukir dengan ayat suci al- quran bersama dengan cogan alam dan cokmar serta tombak, lembing dan pedang yang menjadi sebagian daripada alat kebesaran diraja akan diletakkan di sisi kiri dan kanan kebawah DYMM di singgahsana.

Setelah Tuanku berdua menduduki singgahsana, ketua istiadat akan mengadap kebawah DYMM Tuanku Sultan bagi memohon limpah perkenan untuk memulakan istiadat.

Istiadat diteruskan dengan perarakan masuk alat-alat kebesaran diraja ke balai penghadapan yang terdiri daripada sekah-sekah al-quran, keris kebesaran raja muda, watikah pemasyuran bersama dengan watikah sumpah dimana alat kebesaran diraja akan bawa oleh 8 bentara istana yang terdiri daripada pegawai tadbir negeri.

Setelah alat-alat kebesaran tersebut siap diletakkan di hadapan tuanku Sultan, Yang Teramat Mulia Tunku Temenggung Kedah dan Tunku Puan Temenggung Kedah akan dipersilakan berangkat masuk ke balai penghadapan. Datuk paduka ketua istiadat akan sekali lagi memohon pekenan kebawah DYMM bagi membawa masuk Yang Teramat Mulia Tunku Temenggung Kedah dan Yang Teramat Mulia Puan Temenggung Kedah ke Balai Penghadapan.

Turut sama bersama keberangkatan yang teramat Mulia Tunku Temenggung Kedah adalah yang berbahagia Datuk Jaya Budiman bersama dengan Yang Berbahagia Datuk Raja Mahkota, Yang Berbahagia Datuk Wira Perkasa serta Yang Berbahagia Datuk Bentara Setia.

istiadat pemasyuran pelantikan duli yang teramat mulia raja muda kedah diteruskan dengan yang berhormat setiausaha kerajaan negeri kedah dipersilakan bagi membawa skroll watikah pemasyuran untuk dibaca. Yang Ariff Hakim Mahkamah tinggi dengan yang Amat Ariff ketua hakim Syari’e negeri kedah akan berada di posisi berhadapan dengan kebayah DYMM Sultan sultanah kedah bagi menjadi saksi kepada istiadat mengangkat sumpah dan mendatangani watikah sumpah bagi Duli Yang teramat Mulia Raja Mulia Kedah.

Istiadat penuh tradisi tatkala tunku temenggung kedah akan mengangkat sumpah dan menandatangani sumpah duli yang teramat mulia kedah nanti. 2 orang datuk bergelar bersama dengan ketua istiadat akan membawa masuk al quran dan skroll watikah sumpah ke hadapan singgah sana.

Yang teramat mulia tunku temenggung kedah datuk seri diraja tunku salehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah selepas mengangkat sumpah akan secara rasminya dipanggil sebagai Duli yang teramat mulia Raja Muda kedah. selepas Raja Muda Kedah menandatangani watikah sumpah raja muda satu lagi istiadat yang menjadi tradisi turun temurun kepada pewaris-pewaris tahta kedah darul aman iaitu pengurniaan keris kebesaran kepada Duli YangTeramat Mulia raja muda kedah yang akan dikurniakan oleh kebawah DYMM Sultan Kedah.

Ketika istiadat pengurniaan keris kebesaran, muzik Nobat akan diperdengarkan dengan lagu perang sebagai simbolik kepada pengurniaan keris kepada raja muda kedah yang baru dimashurkan. Sama seperti negeri lain, seorang pewaris tahta akan dikurnia dengan keris kebesaran bagi menjadi salah satu alat kebesaran diraja. Tepat jam 12.31 tengah hari, secara rasminya keris kebesaran Raja Muda dikurniakan oleh kebawah DYMM Sultan Kedah dan 9 Das tembakan meriam turut berlangsung di istana anak bukit bersama dengan paluan nobat lagu perang menandakan pengurniaan keris kebesaran raja muda kedah.

Aturcara majlis merupakan data penting pada hari kejadian kerana jurugambar perlu memahami rentetan perjalanan istiadat, siapa yang terlibat, perkarayang mustahak untuk liputan serta tempoh masa yang diperlukan untuk satu-satu aturcara berlangsung.

~Dipetik dari Laporan DLKM Fotografi Level 4 shahrilmajid =)

Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
ig : shahrilmajid / whatapps : 016 4103914
Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.
All Rights Reserved —

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.