Arnief + Mariam

1

2

DSC_0326

DSC_0319

DSC_0362

5

DSC_0393 copy

7

Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.
All Rights Reserved —

Hakim & Fara

1

2

3

4

5

6

7

8

Majlis perkahwinan Hakim & Fara
Sg Petani, kedah

Nampaknya di sungai petani ini ada satu ‘angle’ yang seakan-akan taman tasik taiping. saya boleh simpulkan lokasi outdoor kali ini 4 dalam satu, anda boleh berada seakan-akan di korea, kadang-kadang di taman tasik taiping, kadang-kadang di padang golf dan kadang-kadang di tasik titiwangsa. to the groom, please take the secret about the location. shahrilmajid mahu seal siap-siap tempat ni.

saya membayangkan bahawa mungkin web putrafoto akan berpindah ke laman www.shahrilmajid.com. page putrafoto ini dulu saya jadikan untuk tempat saya himpunkan hanya gambar-gambar perkahwinan sahaja manakala shahrilmajid.com untuk saya berkarya secara bebas. Selama 4 tahun gambar-gambar orang kahwin dari putrafoto kekal di situ dan ada antara bekas klient saya yang beranak-pinak.

tengah dilema sebenarnya..

Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.
All Rights Reserved —

Majlis Raja Sehari melayu yang kian hilang raja dan serinya [kisah pengamal fotografi 24]

Perkataan “seri” jarang digunakan oleh generasi sekarang tetapi ia kerap kali di timbulkan oleh generasi sebelum kita. Generasi sebelum kita merujuk kepada ibu bapa atau atuk kita, itupun sekiranya anda sebaya dengan saya.

2. maksud perkataan seri dalam kamus;
1. cahaya; semarak; 2 n kemuliaan; keindahan; 3 a cantik; bagus; — balai kl tempat yg ketinggian dl balai penghadapan; — gunung ki tampak indah (bagus, cantik, dsb) apabila dilihat dr jauh; — muka cahaya muka; air muka; –panggung bintang sandiwara; — pantai ki tampak elok (bagus, cantik) kalau dilihat dr dekat;

3. majlis perkahwinan yang diwarisi oleh bangsa melayu hari ini kian di hakis dengan budaya-budaya barat. Lihat saja mana-mana butik hari ini cuba bilang dengan jari berapa pasang baju pengantin yang di sulam dengan songket berbanding dengan baju gown dan blazer.

4. majlis perkahwinan melayu selalu di war-warkan sebagai “raja sehari” ataupun “perutusan raja” sehari. Ini lah hebatnya majlis kepunyaan orang melayu yang di warisi oleh kita sejak berkurun dulu.. zaman ibu ayah kita dulu mempelai segak bergaya dengan keris terhunus rapat serta pengantin perempuan bersanggul dengan kain songket. Saya rasa itulah benda ‘rare’ yang kita tidak dapat lihat lagi sekarang ini.

5. Zaman pun beredar seiring dengan putaran bumi mengikut paksinya. Pada era hari ini, semua itu sudah lenyap dan hanya dapat ditatap melalui tatapan album gambar sahaja. Generasi hari ini lebih berbangga dengan persalinan baju gown menggantikan kain songkek manakala si lelaki lebih senang dengan blazer dan tali leher.

Bagi menerasi sebelum kita, hal ini lah yang membuatkan majlis perkahwinan melayu kita kian hilang membangkitkan “serinya. Bagi jurugambar pula, anda tidak dapat rasa di mana uniknya majlis adat istiadat Raja Sehari berbanding majlis bangsa lain.

Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.
All Rights Reserved —

Kemera lagend

DSC_0016

DSC_0013

Kamera ini wujud lebih setahun sebelum saya dilahirkan ke alam dunia. . Zaman itu harga sebuah kodak untuk satu gulung dalam RM40 dan semuamya bergantung pada nasib untuk menghasilkan hasil foto yang terbaik. tidak seperti hari ini, anda mempunyai 36 peluang ( 1 gulung filem punya 36 keping filem) untuk melakukannya. Menjadi fotographer pada masa itu sangatlah rugi teramat kerana wajah kita tak akan ada dalam album tersebut.

dengan kos filem yang mahal, Jangan mimpilah lah nak shoot gambar merapu-merapu konon art sangat zaman ni. kalau nak shoot depan tugu negara semua muka adik beradik termasuk tugu negara tu kena nampak full dalam frame kalau tak nanti kena marah. Akibatnya wajah-wajah orang penting jadi sekecil semut

Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved —

Persepsi tentang puasa

Sebolehnya jangan tunjukkan kita ini lemah kerana ‘puasa’.Kenapa tiada semangat hari ni?? puasa cikgu. Kenapa monyok hari ni?? puasa cikgu..

kebanyakan peperangan yg pernah berlaku dahulu dlm usaha menyebarkan atau mempertahankan Islam berlaku pd bulan yg ini. Pembukaan Andalusia (spain) oleh Tariq ibn Ziyad, Kejayaan Solahuddin Al Ayyubi dengan merampas kembali Baitul Maqdis. Serta ketentera sultan muhammad Al-fateh mengamalkan puasa di siang hari dalam misi menawan kota Konstantinaple (turki). it’s fact from the history..

Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved —

“ketuk-ketuk kereta uncle”

perempuan itu dimuliakan dengan akhlaknya.. jika mereka mencari selain daripada itu bermakna mereka membiarkan kahinaan melanda dirinya. Lemah lembut, berbudi bahasa seringkali di gambarkan kepada wanita. Rasulullah saw menyifatkan kaum wanita seperti botol-botol kaca. Ia adalah sifat paling indah dan paling cantik daripada Rasulullah saw yang bijaksana. Mereka adalah botol-botol yang mudah pecah.
Mungkin anak gadis kita hari ini berbeza dengan anak gadis sekarang. Di dalam epik melayu, terkenalnya watak-watak Mahsuri, tun Fatimah dan lain-lain. mereka digambarkan dengan penuh santun dan ayu malah bijak memasak. Namun anak gadis sekarang mempunyai kelebihan berbanding dahulu. Seingat saya, yang mana minat memasak di bulan Ramadan akan segera terpacak menanti petua masakan dalam rancangan “ketuk-ketuk Ramadan” . hari ni ada yang lebih berani daripada itu, malah ada yang berani “ketuk-ketuk kereta uncle”.
What the fat??
Sebagai yang lebih muda.. kita harus faham bahawa orang tua daripada kita sebenarnya mudah tersinggung serta berkecil hati. perbezaan antara orang muda dan orang tua terlihat dari saiz hati masing-masing. Semakin tua semakin kecil lah hati mereka dan semakin ingin di hormati. Adalah amat “jelik” sekali apa bila seorang wanita muda memaki hamun seorang warga tua. Dalam sejarah media sosial di Malaysia, 2 kali isu ini pernah berlaku. Antaranya kes “pakcik dayus” dan kes “kereta peugeut putih”. Sedikit sebanyak kes ini boleh mengguris pengguna pemilik keteta peugeut yang lain.
Wassalam

Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved —

RAMADAN JANGAN PERGI

DSC_0721

Apa beza zaman “KITA” dulu dengan “KITA” sekarang..??? “KITA” zaman dulu kita tak sabar2 nak Raya ,’KITA” zaman sekarang kalau boleh ‘tak nak’ raya lagi.. tak nak Ramadan berlalu dengan sia-sia. “KITA’ disini merujuk dewasa yang berusia (25+ dan keatas). bukan ‘KITA’ di Zaman Umar al khattab, Mereka yang menjadi imam membaca sebanyak 200 ayat dalam satu rakaat. Mereka yang menjadi ma’mum bersolat dalam keadaan bertupang dengan tongkat mereka pada zaman Uthman ibn Affan r.a kerana keletihan disebabkan terlalu lama berdiri.”(Diriwayatkan oleh Al Baihaqi dalam Sunan Al Kubra, jilid 2 H: 492 dan Malik didalam Al Muwatta’, jilid 1 H: 114) ‘KITA’ sekarang..belum pasang niat sehari puasa hari pertama Ramadan dah rasa feel nak Raya kat shopping complex.. . Nampak tak permainan dia ..

“Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu.” (Hadis riwayat Bukhari)

Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved —

salam Ramadan 2014

10454279_10152234050453520_2821640983643497267_o

dah snap gambar anak bulan ramadan malam ke 3. laptop pulak ada problem. baterry die already huhu..

Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved —

Tips Mengambil Foto Majlis Perkahwinan

Menjadi kebiasaan setiap mempelai untuk mengabadikan kenangan di hari bahagia bersama pasangan dah ahli keluarga. Simboliknya sebuah majlis perkahwinan yang berlangsung adalahtatkala foto anda dan pasangan diabadikan bersama. Kenangan itu sudah pastinya menjadi memori paling bermakna di dalam kehidupan. Fotografi perkahwinan adalah perkara “wajib” yang harus ada di dalam sebuah majlis keramaian. Tidak kira dalam bentuk rakaman video mahu pun menggunakan kamera hasilnya nanti harus kemas dan menyenangkan hati.

Terdapat pelbagai teknik fotografi perkahwinan yang boleh kita gunakan supaya hasilnya nanti akan menggembirakan hati pasangan mempelai. Walaupun pada dasarnya pengantin akan menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada jurugambar dengan harapan jurugambar dapat memenuhi kehendak mereka. Gambar harus dirakamkan dengan penun konsisten oleh jurugambar dengan menggunakan seluruh kelebihan dan teknik fotografi yang mereka ada.

Harus diakui untuk merakamkan teknik fotografi perkahwinan sebenarnya memerlukan daya ketahan mental dan fizikal yang kuat. Kerana kebiasaannya, majlis akan berlangsung dengan lebih lama dan mengambil masa yang panjang bermula dari awal pagi sehingga lewat malam. Ada majlis yang memakan masa berhari-hari merangkumi majlis akad nikah, majlis persandingan dan ‘outdoor’.

Terdapat beberapa tips dan teknik yang boleh digunakan untuk memastikan foto yang dihasilkan di majlis perkahwinan itu nampak cantik di pandang mata. Jurufoto untuk fotografi perkahwinan ini haruslah berani memainkan lensa kameranya kepada beberapa lokasi utama antaranya:

1. Waktu pengantin di andam

Ini adalah detik di mana pasangan mempelai di solek oleh jurusolek pilihan mereka. Juru foto harus bijak mengarahkan lensa kamera mencari titik tumpu seperti wajah pengantin, bunga tangan, busana indah, kasut dan juga segala persiapan lain termasuklah kamar beradu mempelai. Peluang yang ada harus digunakan dengan bijak untuk memastikan perjalanan fotografi perkahwinan menepati cita rasa dan kehendak mempelai.

2. Gaya kandid dan bersahaja

Sewaktu orang ramai sedang sibuk bergembira dan bersalam-salaman ini adalah masa yang sesuai untuk juru foto perkahwinan memainkan peranannya. Gambar kandid seharusnya menjadi gambar pilihan kerana gambar sebegini menunjukkan mimik muka yang ceria, kelakar dan mampu mencuit perasaan.

3. Suasana akad nikah

Ini adalah upacara rasmi yang ditunggu-tunggu oleh semua tetamu yang datang dan sudah pastinya saat ini menjadi detik paling manis buat pasangan. Saat Ijab danKabuldilafaskan, ketika diri sah menjadi isteri dan suami kepada pasangan. Suasana itu harus dirakamkan oleh jurugambar dengangayatersendiri. Termasuk juga gambar hantaran, mas kahwin, gambar tetamu serta lokasi berlakunya majlis tersebut. Semuanya harus dirakamkan dengan sempurna.

4. Majlis Persandingan

Majlis kemuncak yang dinantikan bakal berlangsung lebih kurang 1 jam dan sebagai seorang juru foto profesional, anda dan krew harus ada di lokasi pilihan lebih awal daripada biasa. Untuk berbincang dan mengambil gambar sebelum majlis berlangsung. Antara gambar yang boleh ambil adalah gambar pelamin, meja makan beradab dan suasana majlis.

5. “Pose” menarik

Teknik fotografi perkahwinan yang berjaya bukan sahaja mampu menghasilkan gambar yang unik dan cantik. Tetapi juga berkebolehan memberikan idea kepada pasangan mempelai. Pengantin juga adalah insan biasa yang malu dan tidak pandai bergaya, menjadi tanggungjawab juru foto untuk membantu mereka menghasilkan “pose” yang cantik.

sumber : http://www.ohkahwin.com

Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved —

ole-ole daripada cameron highland

DSC_0302

DSC_0402

DSC_0437

DSC_0507

DSC_0683ole

“Memories may fade, but pictures last forever”