klient yang bermasalah dengan bayaran fotografi [kisah pengamal fotografi 23]
Disember tahun lepas saya terlibat dengan majlis perkahwinan dan nikah satu pasangan di Alor Setar. klient ini tidak pernah berurusan dengan saya dan segalanya diserahkan bulat-bulat pada ahli keluarga untuk berurusan hal khidmat fotografi. Saya sendiri tak pernah tahu gambar yang seperti mana yang beliau inginkan hinggakan bayaran deposit saya terima di saat-saat akhir, itu pun kakaknya yang tolong depositkan. Adakah dia benar-benar berminat untuk bergambar?? itu persoalan utama sejak mula kerana saya dimaklumkan yang tidak ada sesi outdoor untuk majlis ini.
Album mereka sudah lama disiapkan dan penghujung April lalu barulah klient ini setuju untuk menuntut albumnya.. itu pun setelah beberapa kali di peringatkan dari masa ke semasa. Dari 2009 hingga 2014 ini lah pertama kali saya berjumpa dengan klient yang sangat LIAT dalam segala urusan. Bermakna dalam tempoh 5 tahun saya akan jumpa ragam manusia seperti ini sekurang-kurangnya sekali.
Kebiasaannya untuk siapkan sebuah album kita akan siapkan album paling lewat sebulan dan paling cepat seminggu. Tempoh paling cepat seminggu di ambil kerana malam saya tidak sama seperti malam orang lain di mana semua di khususkan untuk kerja-kerja editing sahaja dan waktu tidur hanya 4 ke 5 jam. Tempoh paling cepat bukan bermakna kita buat kerja ‘cincai’ tetapi kerja-kerja editing klient lain masih banyak beratur untuk di selesaikan. Setiap klient kita sudah ada dateline sendiri untuk disegerakan.
Album pasangan ini siap dalam tempoh 3 minggu, tanpa buang masa terus saya maklumkan kepada klient ini. mesej saya yang pertama diam tanpa berbalas. Selang 2 minggu saya mesej lagi. Saya biarkan album pasangan ini sebab saya nak tengok album mana paling lama sekali antara klient-klient saya bulan disember 2014 akan berada dalam simpanan. Bulan 2 saya p.m lagi sekali, katanya “tak da duit lagi, encik shahril simpan lah dulu “.
Maka Sekali lagi bersarang lah album tu di sudut bilik saya. Ini lah Amanah besar bagi jurugambar (penyimpan album) dari serangan serangga perosak, terkena cecair, atau kecatatan fizikal lain. Sebolehnya kita nak serahkan album secepat mungkin kerana kalau ada yang tidak berpuas hati kita sempat perbaiki dalam tempoh tersebut. kita boleh katakan itu sebagai warranty dari pihak kami sebagai photographer kepada customer.
Kemudian bulan 4 saya peringatkan klient ini lagi tentang album yang belum dituntut . Akhirnya 2/3 bayaran telah dilunaskan maka saya terus minta alamat dan saya katakana saya akan pos album dulu kerana saya tak nak simpan album lama-lama takut rosak. Selepas album sampai dengan selamat barulah kamu boleh serahkan baki bayaran selebihnya. Walaupun saya sendiri was-was dengan klient ini tetapi as a costomer selagi dia belum menimbulkan masalah bagi kita harus melayannya dengan baik.
Setelah album di balut dengan baik bagaikan hadiah istimewa terus saya kirimkan dengan pos laju atas dasar percaya sesama melayu. Terus saya snap bukti penghantaran pos laju sebagai bukti penghantaran. Masa yang sama juga klient ini sendiri meyakinkan bahawa selebihnya bayaran akan dijelas minggu seterusnya.
Saya diam..2 minggu saya diamkan. nak tengok respon dia bagaimana. saya tunggu update payment darinya.. Memang sah payment yang akhir itu dilupakannya sahaja. Bila saya Tanya tentang hal itu, alasannya tidak berpuas hati dengan album. ini tak kena ini tak kena maka pembayaran tidak akan dilaksanakan. Senangnya manusia ini mencari alasan. Gambar tak banyak lah, makup tak cantik lah, berulang-ulang lah. Padahal event sendiri yang taka cukup moment.
Majlis klient ini agak berlainan dari majlis biasa saya melibatkan diri. Agak mencabar saya kerana saya tak tahu konsep apa yang dikhendaki sedangkan moment agak terbatas. Si suami lengkap berjubah dan perkahwinan dilaksanakan cukup sunnnah ajaran baginda. takkan suaminya nak buat pose peluk-peluk bagai di depan kitab Riyadus Solihin.
Pengantin lelaki boleh berpakaian berjubah serta berserban tetapi kalau kurang mesra di depan kamera, pose macam ini tak nak.. pose macam itu tak nak..kita seolah-olah masih lagi menagih ‘shot’ sehingga majlis selesai. saya perlukan romantik moment dalam album saya. i’m totally blur. macam mana saya nak dapatkan shot yang selalu saya dapatkan and at in the end bising gambar tak cukup. Berulang-ulang, mekap tak naik dan sebagainya.
Itu belum dikirakan Setiap gambar nya saya terpaksa di touchup di tudung klient ini kerana kesan bedak di atas tudung semasa proses mendandan. Bayangkan berapa ratus shot yang ada dan masa perlu habiskan masa untuk itu tanpa meminta bayaran tambahan kerana kita jalankan tugas atas dasar minat.
Kalau klient seperti ini datang sendiri dan berkongsi perjalanan majlis sejak awal.. seriously i’m not involve. Boleh cari fotografer lain yang lagi hebat dari saya kerana saya tau limitation dalam pakej album kami. Tambahan tak ada sesi outdoor dari pihak klient yang akan mencantikkan separuh dari penyeri album pengantin setebal 1.5 inci itu.
Masa sangat berharga bagi saya, pada hari yang sama saya boleh menghadiri majlis Dinner 7 Disember Instaforex di kuala Lumpur tetapi saya tinggalkan rakan-rakan di kuala lumpur bukan kerana paper money tapi kerana ahli keluarganya yang bersugguh-sungguh mencari khidmat fotografi untuk dia.
Dalam album putrafoto kita akan beri semua softcopy termasuk semua candid shoot yang mana kita akan shoot continuously (berterusan). Dalam softcopy hanya akan ada 100 keping gambar terbaik yang di pilih daripada 800 lebih kepingan foto dan beratus-ratus lagi dalam foto reject termasuk contonously yang berulang-ulang itu juga kita terus beri kepada pelanggan.Itu hak klient kami yang wajib diserahkan. Kenapa kami shoot continuously?? Kerana mimik muka manusia boleh berubah setiap 3 saat.
Saya kongsi disini bukan untuk menuntut wang hasil kerja saya balik, tapi sebagai rujukan untuk masa hadapan berkenaan karenah dan sikap manusia. saya tak mengharapkan wang kerja saya dari tangan manusia ini di dunia ini kerana saya tahu saya boleh tuntutnya di akhirat nanti. karenah manusia seperti ini saya dokumenkan sebagai rujukan supaya orang diluar sana tahu betapa susahnya menghasilkan sebuah album!
“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved —
Tak perlu seseorang yg sempurna, cukup temukan orang yang selalu buatmu bahagia
“Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah “. ( Riwayat Abu Daud )
“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved
Musim bunga di Malaysia
Musim bunga kini menerang Malaysia. Syukur 2 pokok bunga melur dan 2 pokok sedap malam berbunga merimbun kali ini. habis wangi semerbak ruangan rumah halam saya. Itu yang saya nantikan selama 6 bulan semaian pohon ini. Di Eropah sekarang sudah menikmati musim bunga, tapi malaysia sudah merasa tempias nya. Adakah paksi bumi mula berubah??? yang pasti bumi pasti akan terbit dari barat suatu ketika nanti. Beberapa koleksi bunga mekar untuk musim ini.
Memories may fade, but pictures last forever
”Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved —
MH307
bila kita tidak pernah kenal apa itu “pisang” kita tidak boleh kata “pisang itu manis rasanya” lalu membahayakan kesihatan, bila kita tidak belajar apa itu swaping, pair, margin, spread kita tidak boleh terus menghukum forex itu haram tanpa memahami proses dan teknikal yang ada didalamnya. bila kita tidak kenal dengan dunia mistik, alam ghaib.. kita tidak boleh terus menghukum itu semua “karut”. Hal logik akal ini selalunya bercanggah dengan hal ghaib.
Khalifah Umar Al-khattab juga diriwayatkan pernah menulis surat kepada sungai nil ketika sungai kian kering kontang. Dengan karamah Sayidina Umar r.a, pada hari yang sepatutnya penduduk Mesir kembali melakukan amalan datuk nenek, sungai Nil menjadi lebih luas dan lebih banyak airnya.
Bila sebut bomoh, kita tidak boleh terus menerus menuduh peribadi seseorang sebagai “syirik”. Barangkali ilmu ugama nya tinggi dari kita, barang kali amalan dia tinggi dari kita, barangkali juga karomah (ilmu firasat) dia tinggi dari kita dan juga barangkali pengalaman dia melebihi pengalaman kita. Kita sahaja yang melabel, mempromosikan orang-orang seperti ini sebagai bomoh atau dukun tanpa pernah berkenalan dengan mereka terlebih dahulu atau sekurang-kurangnya mentelaah ilmu-ilmu mereka sebelum mengemukakan sebarang pendapat.
Bak kata pepatah orang korea, “Serahkan pada yang pakar, jangan hari ni jadi ustaz esok jadi pilot pulak haha. .
Memories may fade, but pictures last forever
”Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved —
Kenapa Videografi penting dari fotografi [Kisah pengamal fotografi 22]
Saya tak nafikan videografi menjadi pilihan yang terakhir selepas fotografi. Fotografi menghasilkan output berbentuk foto cetak merakam subjek, manakala video menghasilkan visual bergerak bersama suara. Faktor kos menjadi penghalang utama untuk bakal pengantin memilih option ini, yakni videografi.
Dengan teknologi yang semakin maju, kamera handycam kian ketinngalan berbanding teknologi video full HD. Peralatannya nampak lebih professional dan alat yang sama juga digunakan untuk menghasilkan sesebuah iklan dan filem pendek.
Bila sebut tentang video, pengantin akan membayangan video pengantin ketawa, kheman-khemah sarat dengan tetamu, bunga telur dan sebagainya. tetapi saya ingin mengajak anda untuk berfikir “beyond the limit”. Kesan videonya bukan hari ini tapi sekurang-kurangnya 10 tahun akan datang. Sebagai profesional videographer kita mahu membawa pengantin keluarga bersama dengan memori indah keluarga.
Majlis perkahwinan bukanlah majlis untuk pasangan pengantin sahaja, tetapi ia adalah hari kemenangan bersama keluarga. Jangan lupa bahawa yang paling bergembira selain anda ialah ibu bapa dan adik-adik anda. Bilakah kali terakhir anda dapat berkumpul berhimpun bersama semua keluarga seperti ini?? Raya lepas?? tahun baru??.
Kalau jawapannya Hari raya tahun lepas?? pernahkan anda visualkan?
saya tak mahu sebut kahwin sekali saja?? so, apa salahnya amik video. itu comman thinking. kadang-kadang kita terlupa bahawa majlis perkahwinan adalah majlis untuk bersama keluarga dan tetamu terdekat. Masa yang sama barangkali inilah kali pertama ibu bapa berpakaian ‘segak’ dengan suit sampin dan kasut berkilat. Mereka tidak sabar-sabar menjadi orang penting di dalam majlis besar.
Hari ini mungkin umur mereka 60 tahun… 70 tahun.. sepuluh tahun lagi dimanakah mereka?? dari Abu Hurairah melaporkan Nabi saw sebagai berkata : “kebanyakan umur umat ku adalah 60-70 tahun. Sedikit benar yang melebihi itu”. cucu mereka, yakni anak anda mungkin mahu melihat susuk tubuh datuk mereka yang masih kuat dan bertenaga, sekurang-kurangnya video menjadi pengubat kerinduan.
Videografer pula harus bijak menjaga fokus kamera, abaikan penulisan saya ini jika anda hanya ingin menonton pada hiasan-hiasan dari butik pengantin, baju sut pengantin yang bermanik serta barang hantaran yang anda laburkan dengan nilai yang tinggi.
Mungkin video ini bukan untuk anda, tetapi untuk generasi masa depan. untuk mereka yang tidak pernah hadir pada tarikh majlis perkahwinan anda.
Memories may fade, but pictures last forever
”Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved —
Title : RIilek brader.. brader rilek tengah sawah pun jadik
Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved —
Kenapa orang putih selalu cakap “Live Begin at 40”
Saya masih ingat satu mesej yang masuk ke group we chatantara kami kawan-kawan lama dan sebaya. “biasa lah.. life begin at 40, kataseorang rakan yang dianjak umurnya ke 40”.. Apa sebenarnya yang ada disebalikangka 40??. Umum mengetahui seorang wanita lebih matang dari lelaki ketikamereka berumur 20tahun ke atas manakala sebaliknya berlaku apabila beranjak ke siries yang seterusnya.
Sebenarnyaangka 40 ini.. soal kematangan umur manusia di atas muka bumi. Kita selalu dengar “life begin at 40” daripada “hidup bermula daripada umur 40” dan orang kita lebih percaya “life beginat 40” daripada mendengar kata-kata “hidup bermula pada umur 40an”. Begitulahmelayu yang patuh mendengar kata-kata sarjana barat.
Kalau anda rajin menyelak-nyelak helaian tafsir, pasti andadapat memahami maksud ini.
Dan Kami wajibkan manusiaberbuat baik kepada kedua ibu bapanya ibunya telah mengandungnya denganmenanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialahdalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yangsempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “WahaiTuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang engkaukurniakan kepadaku dan kepada ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amalsalih yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk kedalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dansesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”. –Surah al-Ahqaf 15
Hujah yang sangat kuat untukmenceritakan “live begin at 40”.. ketika berada di padang futsal, teringat kataseorang sahabat masa bercinta, bertunang, berkahwin adalah fasa hidup yangberbeza. Ketika umur di 40 kita mempunyai segalanya. Cinta.. tunang..hartamahupun anak pinak. Umur 40 ialah umur dimana mereka benar-benar meninggalkanzaman mudanya.
Juga adalah agak ‘jelek’ bilakita melihat seseorang di usia 40an masih tidak bijak menjaga etika berpakaian.Mereka masih lagi berkaian menjolok mata, skirt pendek tak ingat.. bajunyaketat-seketatnya samaada dia itu artis atau sebaliknya.
Kita dapat melihatbetapa ramainya orang yang berjaya di usia 40. Punya kereta dan pangkat dan segalanya. Kenapa?? Bukan kerana nombortetapi kerana kematangan. Dalam satu wawancara antara syed mokhtar al bukhary(koperat melayu yang menjadi salah seorang yang terkaya di Malaysia) ketikaditanya apakah rahsia kejayaannya menjelaskan
Tiadaapa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semuajuga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan sayayang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkanmereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalansingkat.
Jelas di sini umur 40 dapatdijadikan sebagai tanda aras kematangan demi memikul tanggung jawab.Rasululullah sendiri di angkat menjadi rasul ketika usia 40 tahun di Gua Hiraoleh jibrail. Ketika rencana ini ditulisusia saya belum menjangkau 40 tetapi saya tidak mahu menunggu sehingga umur 40untuk memahami erti what they say “ Live Begin at 40”.
“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” – (riwayatal-Bukhari).
Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved —
Musim bunga dah tiba kot
Hari ini saya terbaca satu artikel berkaitan jangkaan salji akan turun di Terengganu. Bagi saya perkara ini tidak mustahil sama sekali dan semua boleh sahaja berlaku atas ketentuan Nya. 2 Bulan lepas saya menerima 3 keping gambar dari Vietnam berkenaan suasana salji di sana. Yes.. Vietnam telah pun mula bersalji. Kini tak perlu lagi ke negara orang putih untuk bermain salji.
Rakan-rakan di terengganu ada menceritakan pengalaman pelik beberapa hari ini tentang suasana sejuk dan berangin di sana. Di penang pun lebih kurang keadaannya. waktu petang hari saya suka berada di beranda melayan angin – angin laut walaupun jarak rumah saya dengan laut lebih kurang 10 kilometer. Apapun.. angin yang baik membantu pendebungaan dan kehidupan alam flora. Mode sekarang ini sibuk membesarkan bunga-bunga sedap malam, melor dan bunga cina.
Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved —
Bunga yang paling banyak memberi ilham
bunga ni khas saya snap depan rumah. Ada 2 anak pokok melur yang ditanam sejak tahun lepas. foto yang anda lihat ini, bunga ini sebenarnya telah memberi banyak ilham bagi pengkarya seni, pencipta lagu termasuk P Ramlee. Lagu “bunga melur juga pernah berkali-kali dinyanyikan semula oleh penyanyi-penyayi baru termasuk siti Nurhaliza. Di malaysia ia dipanggil bunga melur, di indonesia dipanggil bunga melati dan kadangkala di panggil bunga jasmin. ia mengingatkan saya tentang sebuah lagu band indonesia ST12, “putih-putih melati” .. ini lah bunga yang di maksudkan.
Bunganya tidak besar dan tidak secantik bunga mawar tapi bau harumnya sangat mengasyikkan. Melati, merupakan pokok jenis belukar renek dan ia juga dikatakan pokok yang jenis merayap dan menjalar.
Tahun lepas, saya pernah terlibat dalam sesi videografi yang melibatkan majlis pernikahan kaum india di Damansara. Majlisnya meriah penuh dengan warna warni dan turut di meriahkan dengan gadis-gadis india yang mengenakan saree dan berhidung mancung.. setiap tirai majlis di hiasi dengan jaring bunga melur yang mengeluarkan bau yang cukup harum. Saya kurang pasti berapa kumtum bunga yang telah digunakan tapi cukup saya katakan cukup “banyak” untuk saya gambarkan. Saya mulakan shoting jam 6 petang sampai habis jam 12 tengah malam dan malam itu juga saya terpaksa pulang ke penang. Percayalah.. sampai ke penang bau bunga melur melekat pada baju saya. wanginya kereta yang membawa peralatan kamera kami dengan haruman bunga melur!
“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved —
cuba-cuba main lanscape
“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved —















