klient yang bermasalah dengan bayaran fotografi [kisah pengamal fotografi 23]

DSC_0481

Disember tahun lepas saya terlibat dengan majlis perkahwinan dan nikah satu pasangan di Alor Setar. klient ini tidak pernah berurusan dengan saya dan segalanya diserahkan bulat-bulat pada ahli keluarga untuk berurusan hal khidmat fotografi. Saya sendiri tak pernah tahu gambar yang seperti mana yang beliau inginkan hinggakan bayaran deposit saya terima di saat-saat akhir, itu pun kakaknya yang tolong depositkan. Adakah dia benar-benar berminat untuk bergambar?? itu persoalan utama sejak mula kerana saya dimaklumkan yang tidak ada sesi outdoor untuk majlis ini.

Album mereka sudah lama disiapkan dan penghujung April lalu barulah klient ini setuju untuk menuntut albumnya.. itu pun setelah beberapa kali di peringatkan dari masa ke semasa. Dari 2009 hingga 2014 ini lah pertama kali saya berjumpa dengan klient yang sangat LIAT dalam segala urusan. Bermakna dalam tempoh 5 tahun saya akan jumpa ragam manusia seperti ini sekurang-kurangnya sekali.

Kebiasaannya untuk siapkan sebuah album kita akan siapkan album paling lewat sebulan dan paling cepat seminggu. Tempoh paling cepat seminggu di ambil kerana malam saya tidak sama seperti malam orang lain di mana semua di khususkan untuk kerja-kerja editing sahaja dan waktu tidur hanya 4 ke 5 jam. Tempoh paling cepat bukan bermakna kita buat kerja ‘cincai’ tetapi kerja-kerja editing klient lain masih banyak beratur untuk di selesaikan. Setiap klient kita sudah ada dateline sendiri untuk disegerakan.

Album pasangan ini siap dalam tempoh 3 minggu, tanpa buang masa terus saya maklumkan kepada klient ini. mesej saya yang pertama diam tanpa berbalas. Selang 2 minggu saya mesej lagi. Saya biarkan album pasangan ini sebab saya nak tengok album mana paling lama sekali antara klient-klient saya bulan disember 2014 akan berada dalam simpanan. Bulan 2 saya p.m lagi sekali, katanya “tak da duit lagi, encik shahril simpan lah dulu “.

Maka Sekali lagi bersarang lah album tu di sudut bilik saya. Ini lah Amanah besar bagi jurugambar (penyimpan album) dari serangan serangga perosak, terkena cecair, atau kecatatan fizikal lain. Sebolehnya kita nak serahkan album secepat mungkin kerana kalau ada yang tidak berpuas hati kita sempat perbaiki dalam tempoh tersebut. kita boleh katakan itu sebagai warranty dari pihak kami sebagai photographer kepada customer.

Kemudian bulan 4 saya peringatkan klient ini lagi tentang album yang belum dituntut . Akhirnya 2/3 bayaran telah dilunaskan maka saya terus minta alamat dan saya katakana saya akan pos album dulu kerana saya tak nak simpan album lama-lama takut rosak. Selepas album sampai dengan selamat barulah kamu boleh serahkan baki bayaran selebihnya. Walaupun saya sendiri was-was dengan klient ini tetapi as a costomer selagi dia belum menimbulkan masalah bagi kita harus melayannya dengan baik.

Setelah album di balut dengan baik bagaikan hadiah istimewa terus saya kirimkan dengan pos laju atas dasar percaya sesama melayu. Terus saya snap bukti penghantaran pos laju sebagai bukti penghantaran. Masa yang sama juga klient ini sendiri meyakinkan bahawa selebihnya bayaran akan dijelas minggu seterusnya.

Saya diam..2 minggu saya diamkan. nak tengok respon dia bagaimana. saya tunggu update payment darinya.. Memang sah payment yang akhir itu dilupakannya sahaja. Bila saya Tanya tentang hal itu, alasannya tidak berpuas hati dengan album. ini tak kena ini tak kena maka pembayaran tidak akan dilaksanakan. Senangnya manusia ini mencari alasan. Gambar tak banyak lah, makup tak cantik lah, berulang-ulang lah. Padahal event sendiri yang taka cukup moment.

Majlis klient ini agak berlainan dari majlis biasa saya melibatkan diri. Agak mencabar saya kerana saya tak tahu konsep apa yang dikhendaki sedangkan moment agak terbatas. Si suami lengkap berjubah dan perkahwinan dilaksanakan cukup sunnnah ajaran baginda. takkan suaminya nak buat pose peluk-peluk bagai di depan kitab Riyadus Solihin.

Pengantin lelaki boleh berpakaian berjubah serta berserban tetapi kalau kurang mesra di depan kamera, pose macam ini tak nak.. pose macam itu tak nak..kita seolah-olah masih lagi menagih ‘shot’ sehingga majlis selesai. saya perlukan romantik moment dalam album saya. i’m totally blur. macam mana saya nak dapatkan shot yang selalu saya dapatkan and at in the end bising gambar tak cukup. Berulang-ulang, mekap tak naik dan sebagainya.

Itu belum dikirakan Setiap gambar nya saya terpaksa di touchup di tudung klient ini kerana kesan bedak di atas tudung semasa proses mendandan. Bayangkan berapa ratus shot yang ada dan masa perlu habiskan masa untuk itu tanpa meminta bayaran tambahan kerana kita jalankan tugas atas dasar minat.

Kalau klient seperti ini datang sendiri dan berkongsi perjalanan majlis sejak awal.. seriously i’m not involve. Boleh cari fotografer lain yang lagi hebat dari saya kerana saya tau limitation dalam pakej album kami. Tambahan tak ada sesi outdoor dari pihak klient yang akan mencantikkan separuh dari penyeri album pengantin setebal 1.5 inci itu.

Masa sangat berharga bagi saya, pada hari yang sama saya boleh menghadiri majlis Dinner 7 Disember Instaforex di kuala Lumpur tetapi saya tinggalkan rakan-rakan di kuala lumpur bukan kerana paper money tapi kerana ahli keluarganya yang bersugguh-sungguh mencari khidmat fotografi untuk dia.

Dalam album putrafoto kita akan beri semua softcopy termasuk semua candid shoot yang mana kita akan shoot continuously (berterusan). Dalam softcopy hanya akan ada 100 keping gambar terbaik yang di pilih daripada 800 lebih kepingan foto dan beratus-ratus lagi dalam foto reject termasuk contonously yang berulang-ulang itu juga kita terus beri kepada pelanggan.Itu hak klient kami yang wajib diserahkan. Kenapa kami shoot continuously?? Kerana mimik muka manusia boleh berubah setiap 3 saat.

Saya kongsi disini bukan untuk menuntut wang hasil kerja saya balik, tapi sebagai rujukan untuk masa hadapan berkenaan karenah dan sikap manusia. saya tak mengharapkan wang kerja saya dari tangan manusia ini di dunia ini kerana saya tahu saya boleh tuntutnya di akhirat nanti. karenah manusia seperti ini saya dokumenkan sebagai rujukan supaya orang diluar sana tahu betapa susahnya menghasilkan sebuah album!

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved —

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.