Tips Mengambil Foto Majlis Perkahwinan
Menjadi kebiasaan setiap mempelai untuk mengabadikan kenangan di hari bahagia bersama pasangan dah ahli keluarga. Simboliknya sebuah majlis perkahwinan yang berlangsung adalahtatkala foto anda dan pasangan diabadikan bersama. Kenangan itu sudah pastinya menjadi memori paling bermakna di dalam kehidupan. Fotografi perkahwinan adalah perkara “wajib” yang harus ada di dalam sebuah majlis keramaian. Tidak kira dalam bentuk rakaman video mahu pun menggunakan kamera hasilnya nanti harus kemas dan menyenangkan hati.
Terdapat pelbagai teknik fotografi perkahwinan yang boleh kita gunakan supaya hasilnya nanti akan menggembirakan hati pasangan mempelai. Walaupun pada dasarnya pengantin akan menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada jurugambar dengan harapan jurugambar dapat memenuhi kehendak mereka. Gambar harus dirakamkan dengan penun konsisten oleh jurugambar dengan menggunakan seluruh kelebihan dan teknik fotografi yang mereka ada.
Harus diakui untuk merakamkan teknik fotografi perkahwinan sebenarnya memerlukan daya ketahan mental dan fizikal yang kuat. Kerana kebiasaannya, majlis akan berlangsung dengan lebih lama dan mengambil masa yang panjang bermula dari awal pagi sehingga lewat malam. Ada majlis yang memakan masa berhari-hari merangkumi majlis akad nikah, majlis persandingan dan ‘outdoor’.
Terdapat beberapa tips dan teknik yang boleh digunakan untuk memastikan foto yang dihasilkan di majlis perkahwinan itu nampak cantik di pandang mata. Jurufoto untuk fotografi perkahwinan ini haruslah berani memainkan lensa kameranya kepada beberapa lokasi utama antaranya:
1. Waktu pengantin di andam
Ini adalah detik di mana pasangan mempelai di solek oleh jurusolek pilihan mereka. Juru foto harus bijak mengarahkan lensa kamera mencari titik tumpu seperti wajah pengantin, bunga tangan, busana indah, kasut dan juga segala persiapan lain termasuklah kamar beradu mempelai. Peluang yang ada harus digunakan dengan bijak untuk memastikan perjalanan fotografi perkahwinan menepati cita rasa dan kehendak mempelai.
2. Gaya kandid dan bersahaja
Sewaktu orang ramai sedang sibuk bergembira dan bersalam-salaman ini adalah masa yang sesuai untuk juru foto perkahwinan memainkan peranannya. Gambar kandid seharusnya menjadi gambar pilihan kerana gambar sebegini menunjukkan mimik muka yang ceria, kelakar dan mampu mencuit perasaan.
3. Suasana akad nikah
Ini adalah upacara rasmi yang ditunggu-tunggu oleh semua tetamu yang datang dan sudah pastinya saat ini menjadi detik paling manis buat pasangan. Saat Ijab danKabuldilafaskan, ketika diri sah menjadi isteri dan suami kepada pasangan. Suasana itu harus dirakamkan oleh jurugambar dengangayatersendiri. Termasuk juga gambar hantaran, mas kahwin, gambar tetamu serta lokasi berlakunya majlis tersebut. Semuanya harus dirakamkan dengan sempurna.
4. Majlis Persandingan
Majlis kemuncak yang dinantikan bakal berlangsung lebih kurang 1 jam dan sebagai seorang juru foto profesional, anda dan krew harus ada di lokasi pilihan lebih awal daripada biasa. Untuk berbincang dan mengambil gambar sebelum majlis berlangsung. Antara gambar yang boleh ambil adalah gambar pelamin, meja makan beradab dan suasana majlis.
5. “Pose” menarik
Teknik fotografi perkahwinan yang berjaya bukan sahaja mampu menghasilkan gambar yang unik dan cantik. Tetapi juga berkebolehan memberikan idea kepada pasangan mempelai. Pengantin juga adalah insan biasa yang malu dan tidak pandai bergaya, menjadi tanggungjawab juru foto untuk membantu mereka menghasilkan “pose” yang cantik.
sumber : http://www.ohkahwin.com
Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved —