“ketuk-ketuk kereta uncle”

perempuan itu dimuliakan dengan akhlaknya.. jika mereka mencari selain daripada itu bermakna mereka membiarkan kahinaan melanda dirinya. Lemah lembut, berbudi bahasa seringkali di gambarkan kepada wanita. Rasulullah saw menyifatkan kaum wanita seperti botol-botol kaca. Ia adalah sifat paling indah dan paling cantik daripada Rasulullah saw yang bijaksana. Mereka adalah botol-botol yang mudah pecah.
Mungkin anak gadis kita hari ini berbeza dengan anak gadis sekarang. Di dalam epik melayu, terkenalnya watak-watak Mahsuri, tun Fatimah dan lain-lain. mereka digambarkan dengan penuh santun dan ayu malah bijak memasak. Namun anak gadis sekarang mempunyai kelebihan berbanding dahulu. Seingat saya, yang mana minat memasak di bulan Ramadan akan segera terpacak menanti petua masakan dalam rancangan “ketuk-ketuk Ramadan” . hari ni ada yang lebih berani daripada itu, malah ada yang berani “ketuk-ketuk kereta uncle”.
What the fat??
Sebagai yang lebih muda.. kita harus faham bahawa orang tua daripada kita sebenarnya mudah tersinggung serta berkecil hati. perbezaan antara orang muda dan orang tua terlihat dari saiz hati masing-masing. Semakin tua semakin kecil lah hati mereka dan semakin ingin di hormati. Adalah amat “jelik” sekali apa bila seorang wanita muda memaki hamun seorang warga tua. Dalam sejarah media sosial di Malaysia, 2 kali isu ini pernah berlaku. Antaranya kes “pakcik dayus” dan kes “kereta peugeut putih”. Sedikit sebanyak kes ini boleh mengguris pengguna pemilik keteta peugeut yang lain.
Wassalam

Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved —

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.