Majlis Raja Sehari melayu yang kian hilang raja dan serinya [kisah pengamal fotografi 24]

Perkataan “seri” jarang digunakan oleh generasi sekarang tetapi ia kerap kali di timbulkan oleh generasi sebelum kita. Generasi sebelum kita merujuk kepada ibu bapa atau atuk kita, itupun sekiranya anda sebaya dengan saya.

2. maksud perkataan seri dalam kamus;
1. cahaya; semarak; 2 n kemuliaan; keindahan; 3 a cantik; bagus; — balai kl tempat yg ketinggian dl balai penghadapan; — gunung ki tampak indah (bagus, cantik, dsb) apabila dilihat dr jauh; — muka cahaya muka; air muka; –panggung bintang sandiwara; — pantai ki tampak elok (bagus, cantik) kalau dilihat dr dekat;

3. majlis perkahwinan yang diwarisi oleh bangsa melayu hari ini kian di hakis dengan budaya-budaya barat. Lihat saja mana-mana butik hari ini cuba bilang dengan jari berapa pasang baju pengantin yang di sulam dengan songket berbanding dengan baju gown dan blazer.

4. majlis perkahwinan melayu selalu di war-warkan sebagai “raja sehari” ataupun “perutusan raja” sehari. Ini lah hebatnya majlis kepunyaan orang melayu yang di warisi oleh kita sejak berkurun dulu.. zaman ibu ayah kita dulu mempelai segak bergaya dengan keris terhunus rapat serta pengantin perempuan bersanggul dengan kain songket. Saya rasa itulah benda ‘rare’ yang kita tidak dapat lihat lagi sekarang ini.

5. Zaman pun beredar seiring dengan putaran bumi mengikut paksinya. Pada era hari ini, semua itu sudah lenyap dan hanya dapat ditatap melalui tatapan album gambar sahaja. Generasi hari ini lebih berbangga dengan persalinan baju gown menggantikan kain songkek manakala si lelaki lebih senang dengan blazer dan tali leher.

Bagi menerasi sebelum kita, hal ini lah yang membuatkan majlis perkahwinan melayu kita kian hilang membangkitkan “serinya. Bagi jurugambar pula, anda tidak dapat rasa di mana uniknya majlis adat istiadat Raja Sehari berbanding majlis bangsa lain.

Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.
All Rights Reserved —

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.