Malam itu sangat indah, cahaya bulan penuh seolah-olah mengikuti kita kemana sahaja kita berada ketika di luar rumah. Plenet mushtari dan zuhal juga kelihatan di sebelah ufuk yang agak condong sikit ke arah kiri.
Saya mempunyai masa yang agak singkat bagi mendapatkan shot seperti ini kerana jam di tangan menghampiri jam 9.45 malam. Maknanya, saya harus bergegas sebelum azan isyak berkumandang. Magrib tadi, ketikanya kami berbuka dan solat magrib saya menhabiskan waktu yang tinggal untuk ke pasar malam yang berhampiran. Agak-agak cuma 2 kilometer dari rumah, mencari ikan-ikan segar sebagai juadah berbuka puasa esok harinya. Sepanjang perjalanan pulang, cahaya bulan purnama nampak jelas dan terang seolah-olah menyerah diri untuk di rakamkan dalam bentuk photografi. Bila bulan ternampak penuh.. maknanya Ramadan ini kian bergerak menjauhkan diri. Malam Ramadan adalah malam yang sangat tenang, pergilah di mana tempat yang punya orang islam berkumpul.. di situ anda akan mendengar lantunan Ayat suci al-quran di bacakan oleh imam.
Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.
All Rights Reserved —
Product shoot : tapai pulut
Sudah agak laman web ini di biarkan bersarang terbuang. Jujur saya agak mempunyai ruang masa yang agak terbatas untuk meluangkan masa di hadapan komputer. Sedikit cerita berkenaan product shoot, berbanding majlis perkahwinan product shoot memerlukan kemahiran lain untuk memastikan hasil foto kita nampak hidup dan benar-benar kelihatan dalam 3 dimensi.
Saya menghabiskan masa selama 1 hari dan berjaya merakamkan hampir 300 keping gambar untuk tugasan ini. fotoshoot ini di mulakan sebelah pagi dan petangnya penggambaran di adakan di beberapa buah hotel bagi mendapatkan mood makanan. Saya tidak memerlukan soft box untuk tugasan kali ini tetapi saya lebih berminat menggunakan umbrella soft lighting. Tugasan ini bermula jam 10 pagi dan cahaya suam-suam seperti ini adalah favourite saya.
Ketika artikel ini di tulis, klient saya kini telah pindah menetap di ipoh perak dan semua foto-foto ini bakal di gunakan untuk kerja-kerja marketing produk makanan tradisional tapai yang akan di komersialkan bila-bila masa dari sekarang.
Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.
All Rights Reserved —
Pagoda Malaysia
Ini kali ke tiga saya singgah untuk rakamkan gambar ini. hasil yang ini pun sebenarnya belum memuaskan hati saya, sebenarnya ada masa-masa tertentu kita dapat melihat cahaya matahari yang besar dengan golden light nya malangnya ianya sangat singkat dan saya terlepas peluang itu berkali-kali. kalau dapat di bilang masanya, moment itu berlaku kurang daripada seminit dan semua peralatan kamera perlu berada dalam keadaan sedia. saya cuma teringatkan cinematography di Jepun bila melihat foto ini.
Memories may fade, but pictures last forever
”Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.All Rights Reserved —
Perginya ulamak bernama Nik Aziz Nik Mat
saya cukup bertuah kerana membesar dalam keadaan negara mempunyai beberapa tokoh ulama seperti Nik Aziz, Ustaz haron din, Ustaz Fadzil Nor dan beberapa tokoh penting lain. tokoh ini cukup dekat dengan saya ketika mula masuk ke alam dewasa. ketika itu belum ada lagi facebook, twitter atau media sosial yang lain seperti apa yang mudah di capai hari ini. yang ada cuma saluran televisyen dan akhbar. perasaan yang teruja dan bangga kalau dapat berjumpa sosok kelibat tokoh ini dengan dua biji mata sendiri. ketika itu nik aziz masih lagi menggalas jawatan sebagai Menteri Besar kelantan. Kunjungan beliau ke Negeri kedah di sambut dengan ribuan orang dan saya adalah salah satu antara mereka yang dapat melihat beliau dari jarak 300 meter. kecil sahaja orangnya, tuturnya lembut walaupun kadangkala ucapannya sukar difahami. itulah kali pertama dan terakhir saya melihat sosok tubuh ini, peristiwa ini berlaku sekitar tahun 2000.
Semalam perginya tokoh hebat yang di maksudkan buat selama-lamanya. Kelantan hari ini dibanjiri dari segala pelusuk manusia untuk menatap tokok hebat ini buat kali terakhir. Hari ini negeri kelantan di banjiri oleh manusia yang ingin berjumpa jasad tuan guru buat kali yang penghabisan.
Lautan manusia hari ini mengiringi persemadian seorang tokoh islam yang salah satu jasanya pernah menonjolkan imej ulamak islam yang sebenar. Rasa selamat kerana dapat menumpang teduh dibawah kepimpinan ulamak yang zuhud.. tegas..adil..dan amanah, Mereka datang dengan tangis hiba ibarat terpadamnya satu kerdipan bintang-bintang. Terbayang bagaimakah sifatnya yang sama pernah berlaku 1400 tahun dahulu pada zaman sahabat tatkala wafatnya Rasululah s.a.w. di usia 63 tahun. Bagaimana keadaan Umar Al-khattab hampir memenggal kepala mereka yang mengiakan hakikat kewafatan insan yang pernah di dicintai kawan dan lawan.Bagaimanakah perasaan Abu bakar?? Bagaimanakan perasaan bilal bin rabbah yang tidak dapat mengalunkan azan buat kali terakhir dan akhirnya meninggalkan madinah kerana banyaknya kenangan bersama baginda di sana. Hanya sebahagian sahaja yang dapat memahami.. Mungkin itulah sebernarnya erti sebuah “KERINDUAN”.-
Salam takziah
Memories may fade, but pictures last forever
”Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.All Rights Reserved —
kenapa anugerah AJL sekarang tak ada “Kick”
Tahun depan juara lagu akan masuk usianya 3 dekat. Sungguh lama pertandingan berprestage ini kekal di malaysia. saya di besarkan dengan lagu-lagu 90 (zaman rock kapak) dan tiap kali juara lagu ke udara saya akan tetap di hadapan televisyen dan akan membeli tape VHS kosong untuk merakamkan siaran LIVE ini setiap tahun. malang sekali semua koleksi juara lagu bermula tahun 1991 sudah lama hiilang dilupuskan. teknologi berganti dan sekarang siaran Juara Lagu mudah di flash back melalui youtube yang boleh di akses hanya melalui telefon pintar.
semalam buat kalu ke berapa saya tidak pasti.. i don’t miss watching it again. walaupun tidak mengikuti perkembangan musik hari ini tetapi saya suka dan ternanti-nanti music arragement serta prob di AJL. berbanding zaman 90 an pentas AJL saiz nya sangat kecil dan di hiasi dengan lampu kalimantang beraneka warna sahaja. saya sedang membayangkan stage persembahan Sudirman sebenarnya.
well.. berbalik kepada AJL semalam.
credit harus di berikan kepada Dato Ramli MS selaku konduktor music malam itu. penampilan istimewa Caliph Busker’s semalam membuat saya tercari-cari siapakah penyanyi asal lagu roman cipta tersebut. they deserve for best performance last night. Pada aweera, bukti malam itu orang OKU pun mampu membawa lagu ini dengan segala sempurna.
untuk vokal terbaik, in my short list should be hafiz, dayang nurfaizah or sheila hamzah. tekaan saya mengena, dayang faizah dapat vokal terbaik.
my sad for AJL29 is, macam mana lagu “aku tanya apa khabar” boleh menang?. the song is not in my short list.bukan untuk merendah-rendahkan lagu tapi bagi saya lagu terbaik adalah lagu yang dapat memikat pesona telinga pendengar. Lagu yang boleh memukau dan ada aura, mungkin kelebihan itu ada bagi lagu-lagu berentak balada tapi kalau lagu itu benar-benar mampu menarik perhatian pendengar, apa sahaja rentak.. she or he deserve for it.
~ AJL paling grand dan happening pernah saya tonton adalah AJL dimana ianya di hostkan oleh salleh yaakob dan Ogy ahmad daud.
Memories may fade, but pictures last forever
”Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.All Rights Reserved —
photo at street
Lama tak membuang masa di pulau-pinang. bersiar-siar di pulau pinang merupakan sesuatu yang amat berat bagi saya. Parking, jamm.. dua benda tu akan membuat saya berfikir 2 hingga 3 kali untuk mendaratkan kaki ke permukaan tanah pulau haha.. tapi saya sangat nak puji orang-orang penang sangat friendly dan ramah. saya ingat 3 kali saya di sapa oleh orang penang sepanjang perjalanan mencari dua orang budak manaiki basikal ini. seorang uncle berbangsa chinese menyapa saya ” aiyoo,, how much is this aaa??.. sambil menunjukkan ke arah lens 18-200mm saya. you are looking for street photo? have you go to Fort Convalis.. bla bla. you go there.. there.. there.. bla bla. saya di layan seolah-olah saya datang dari jerman. that is penang, selain popular dengan nasi kandar, roti canei, ayam madu.. orangnya pun sempoi.. menyengat
Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.
All Rights Reserved —
Sway
When marimba rhythms start to play
Dance with me, make me sway
Like a lazy ocean hugs the shore
Hold me close, sway me more
Like a flower bending in the breeze
Bend with me, sway with ease
When we dance you have a way with me
Stay with me, sway with me
Other dancers may be on the floor
Dear, but my eyes will see only you
Only you have that magic technique
When we sway I go weak
I can hear the sounds of violins
Long before it begins
Make me thrill as only you know how
Sway me smooth, sway me now
Other dancers may be on the floor
Dear, but my eyes will see only you
Only you have that magic technique
When we sway I go weak
I can hear the sounds of violins
Long before it begins
Make me thrill as only you know how
Sway me smooth, sway me now
When marimba rhythms start to play
Dance with me, make me sway
Like a lazy ocean hugs the shore
Hold me close, sway me more
Like a flower bending in the breeze
Bend with me, sway with ease
When we dance you have a way with me
Stay with me, sway with me
When marimbas start to play
Hold me close, make me sway
Like a lazy ocean hugs the shore
Hold me close, sway me more
Like a flower bending in the breeze
Bend with me, sway with ease
When we dance you have a way with me
Stay with me, sway with me
Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.
All Rights Reserved —
Kena kencing temujanji dengan unifi, [kisah pengamal fotografi 26]
saya menerima temujanji dengan UNIFI bagi pemasangan di rumah pada jumaat ini. Waktu di tetapkan dari jam 9.30 hingga 13.30 petang dan temujanji ini dimaklumkan melalui panggilan telefon dan perkhidmatan SMS. Menambahkan lagi keyakinan, saya menerima sekali lagi makluman melalui SMS bahawa pemasangan akan di buat hari ini. Kerana sudah berjanji maka saya terpaksa melorongkan masa saya hingga terpaksa menghabiskan baki cuti dan tugas penting lain semata-mata menunggu kerja pemasangan UNIFI.
Jumaat bukanlah cuti umum di negeri ini maka saya terpaksa membatalkan segala urusan kerja dan tugasan saya hari ini. You know what?? Tunggu dan tunggu jam sudah ke 12.00 tengah hari dan ada beberapa jam sebelum ke solat jumaat. Tidak ada apa-apa panggilan dan apa apa maklum balas dari pihak TM berkenaan kelewatan pemasangan yang sepatutnya di jadualkan hari ini
1-300-88-1222, itu saja yang saya tahu untuk berhubung dengan pihak unifi, hajat saya kalau boleh nak terus berhubung dengan technician yang bertanggugjawab kerana telah membuang waktu saya seharian menunggu mereka. Aduan telah di sampaikan ke call centre dan memaklumkan pihak tech akan menghubungi saya secepat mungkin hari ini untuk perkembangan lanjut. Sekali lagi hampa, saya pula yang menghubungi operator kerana selepas 2jam tidak ada apa perkembangan feedback dari unifi disini.
Setelah pemeriksaan di buat, saya di maklumkan pemasangan tidak dapat di buat kerana “masalah sistem”. Saya bukan budak-budak yang ditidak pernah mengerti perkataan sistem,
What the hack. Bila ditanya “apa sistem??..sejak bila wujudnya sistem sejak saya berurusan dengan UNIFI.. tidak ada siapapun yang bertanggungjawab untuk memaklumkan akan hal ini. Seolah-olah yang bekerja hari dengan unifi hari ini ialah operator telefon. Jika benar ada sistem, urusan dengan pihak unifi tidak akan kucar kacir begini. Kenapa perlu biarkan saya follow up hal ini dan habiskan masa dan cuti saya semata-mata urusan temujanji ini.
4 kali hari ini bil saya dihabiskan untuk melayan masalah ini dengan operator telefon itu.
Kalau saya ada opsyen lain sudah pasti saya tidak akan memilih unifi sebagai pilihan utama selepas kejadian ini. LEMBAB dalam segala urusan at the start. Inilah jadinya jika dimalaysia hanya ada satu sahaja syarikat yang diberi monopoli perkhidmatan jalur lebar. Sudahlah…bayaran yang dikenakan tidak setimpal dengan kelajuan data yang diberikan. Come on, kita hanya ada 6 tahun lagi untuk mencapai taraf negara maju. Berikan syarikat-syarikat lain bersaing sama rata dan kita sebagai rakyat dapat menilai perkhidmatan jalur lebar yang terbaik antara di malaysia.
TM perlu bekerja dengan lebih bertanggungjawab dan efisyen selepas ini, tidak perlu lah pelanggan membuat aduan dalam blog atau media lain semata-mata bagi meluahkan rasa tidak puas hati.
adakah masa saya hari ini semata-mata untuk tunggu unifi buat kerja??
Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.
All Rights Reserved —
Pesanan buat bakal pengantin [kisah pengamal fotografi 25]
ini perkara yg saya selalu pesan pada bakal pengantin pengantin yg nak shoot dengan saya bagi memeriahkan suasana majlis. saya kongsikan kat sini sebagai panduan yang lain untuk menjadikan foto/video lebih umphhh….
1. cari bunga pastel yang segar
2. Cincin kahwin stanby siap-siap..bunga-bungaan penuh dalam bilik.
3. pengantin perempuan kalau boleh cari pengapit yg boleh touchup muka anda setiap masa. Jangan biarkan pengantin perempuan pegang tissue
4. Selalu senyum depan kamera.. kalau tak boleh senyum buat-buat ketawa macam ni ” kih kih kih”
5. upah flower girl yang comel-comel.. yang cun tak mau. they can be a prop for me
6. Suruh abang DJ pasang lagu-lagu best sikit. lagu sedih.. padang pasir elakkan. bak kata Nora Danish “mari kita enjoy”
7. “Seri Wajah” bila masuk dalam frame akan nampak lain. pastikan fikiran anda tak serabut dengan benda lain. i can read your mind from your face
Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.
All Rights Reserved —
Pagi itu hari Isnin
Foto ini di ambil pagi kemarin lebih kurang 7 pagi 10 november 2014. Ketika pagi masih lagi gelap dan si ibu masih lagi belum punya perancangan mahu masak apakah tengah hari ini. beruntunnya hidup di kampung, tiada masalah dengan kesesakan lalu lintas serta berebut-rebut mendapatkan tempat parking untuk meneruskan hidup mencari rezeki di bandar.
Bila bercakap tentang kos sara hidup yang semakin tinggi.. hari ni bagaikan tidak percaya bahawasanya kita, ia atau tidak tetap akan menenpuhnya. Harga setin sardin kini bukan lagi hidangan untuk golongan kelas bawahan. satu tin kecil sardin hari ini setaraf nilainya dengan roti mewah gardiner. Mahal macam manapun kita sebagai manusia tetap kena telan. ketika saya berada dalam bidang pelaburan dulu, saya di ajar bahawa Kadar Inflasi berkembang pada kadar 4% setahun dan angka ini mungkin meningkat tahun ini.
Bermulanya GST tahun hadapan tanggal April 2015 maka penangannya ibarat wang kertas yang tebal tapi rendah nilainya. bila matahari terik memancar, sang kebun.. tok imam..cikgu.. engineer.. masing-masing sibuk bekerja sambil memikirkan kos sara hidup yang semakin meruncing
Dua nikmat yang sering dilupakan ialah kesihatan dan keselamatan. – Saidina Ali bin Abi Thalib
Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.
All Rights Reserved —










