Malam itu sangat indah, cahaya bulan penuh seolah-olah mengikuti kita kemana sahaja kita berada ketika di luar rumah. Plenet mushtari dan zuhal juga kelihatan di sebelah ufuk yang agak condong sikit ke arah kiri.
Saya mempunyai masa yang agak singkat bagi mendapatkan shot seperti ini kerana jam di tangan menghampiri jam 9.45 malam. Maknanya, saya harus bergegas sebelum azan isyak berkumandang. Magrib tadi, ketikanya kami berbuka dan solat magrib saya menhabiskan waktu yang tinggal untuk ke pasar malam yang berhampiran. Agak-agak cuma 2 kilometer dari rumah, mencari ikan-ikan segar sebagai juadah berbuka puasa esok harinya. Sepanjang perjalanan pulang, cahaya bulan purnama nampak jelas dan terang seolah-olah menyerah diri untuk di rakamkan dalam bentuk photografi. Bila bulan ternampak penuh.. maknanya Ramadan ini kian bergerak menjauhkan diri. Malam Ramadan adalah malam yang sangat tenang, pergilah di mana tempat yang punya orang islam berkumpul.. di situ anda akan mendengar lantunan Ayat suci al-quran di bacakan oleh imam.
Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.
All Rights Reserved —
