Kena kencing temujanji dengan unifi, [kisah pengamal fotografi 26]

 
10154912_10152590521608520_3979684217183655568_n saya menerima temujanji dengan UNIFI bagi pemasangan di rumah pada jumaat ini. Waktu di tetapkan dari jam 9.30 hingga 13.30 petang dan temujanji ini dimaklumkan melalui panggilan telefon dan perkhidmatan SMS. Menambahkan lagi keyakinan, saya menerima sekali lagi makluman melalui SMS bahawa pemasangan akan di buat hari ini.  Kerana sudah berjanji maka saya terpaksa melorongkan masa saya hingga terpaksa menghabiskan baki cuti dan tugas penting lain semata-mata menunggu kerja pemasangan UNIFI.

Jumaat bukanlah cuti umum di negeri ini maka saya terpaksa membatalkan segala urusan kerja dan tugasan saya hari ini. You know what?? Tunggu dan tunggu jam sudah ke 12.00 tengah hari dan ada beberapa jam sebelum ke solat jumaat. Tidak ada apa-apa panggilan dan apa apa maklum balas dari pihak TM berkenaan kelewatan pemasangan yang sepatutnya di jadualkan hari ini

1-300-88-1222, itu saja yang saya tahu untuk berhubung dengan pihak unifi, hajat saya kalau boleh nak terus berhubung  dengan technician yang bertanggugjawab kerana telah membuang waktu saya seharian menunggu mereka. Aduan telah di sampaikan ke call centre dan memaklumkan pihak tech akan menghubungi saya secepat mungkin hari ini untuk perkembangan lanjut. Sekali lagi hampa, saya pula yang menghubungi operator kerana selepas 2jam tidak ada apa perkembangan feedback dari unifi disini.

Setelah pemeriksaan di buat, saya di maklumkan pemasangan tidak dapat di buat kerana “masalah sistem”. Saya bukan budak-budak yang ditidak pernah mengerti perkataan sistem,

What the hack. Bila ditanya “apa sistem??..sejak bila wujudnya sistem sejak saya berurusan dengan UNIFI.. tidak ada siapapun yang bertanggungjawab untuk memaklumkan akan hal ini. Seolah-olah yang bekerja hari dengan unifi hari ini ialah operator telefon. Jika benar ada sistem, urusan dengan pihak unifi tidak akan kucar kacir begini.  Kenapa perlu biarkan saya follow up hal ini dan habiskan masa dan cuti saya semata-mata urusan temujanji ini.

4 kali hari ini bil saya dihabiskan untuk melayan masalah ini dengan operator telefon itu.

Kalau saya ada opsyen lain sudah pasti saya tidak akan memilih unifi sebagai pilihan utama selepas kejadian ini. LEMBAB dalam segala urusan at the start. Inilah jadinya jika dimalaysia hanya ada satu sahaja syarikat yang diberi monopoli perkhidmatan jalur lebar. Sudahlah…bayaran yang dikenakan tidak setimpal dengan kelajuan data yang diberikan. Come on, kita hanya ada 6 tahun lagi untuk mencapai taraf negara maju. Berikan syarikat-syarikat lain bersaing sama rata dan kita sebagai rakyat dapat menilai perkhidmatan jalur lebar yang terbaik antara di malaysia.

TM perlu bekerja dengan lebih bertanggungjawab dan efisyen selepas ini, tidak perlu lah pelanggan membuat aduan dalam blog atau media lain semata-mata bagi meluahkan rasa tidak puas hati.

adakah masa saya hari ini semata-mata untuk tunggu unifi buat kerja??

 

Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.
All Rights Reserved —

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.