Selamat tinggal Mahang
shahril, hang pindah ni depa tak selebrate apa-apa ka?? jawapan saya hanya senafas ‘tak’
Jawapan itu cukup untuk menggambarkan bagaimana diri jurugambar dihargai bagi mereka yang boleh mendapatkan perkhidmatan fotografi dengan percuma.
Di tempat saya hidup fotographer belum pernah dihargai biarpun di saat2 terakhir tugasnya di sini tetapi saya melihat betapa besarnya perghargaan diberikan buat fotografer di negara jiran. kita sering memuji foto-foto dari jurugambar indonesia tetapi pernahkan kita terfikir bagaimana industri fotografi di angkat di sana.
saya pernah berborak dengan seorang rakan seperjuangan dalam industri fotografi, katanya orang indonesia bijak mengawal harga. bayangkan Harga photoshoot bagi seorang model disana kira-kira 750 ribu rupiah. seluruh industri yang berkait – rapat dengan fotografi disana diangkat martabatnya menjadikannya tidak dipandang “selekah”.
Ada beberapa sebab mengapa saya meletakkan harga yang sepadan bagi meletakkan nilai bagi hasil kerja kita.
pertama, jurugambar seperti saya perlu berhadapan dengan karenah pelanggan yang cerewet. jika kita meletakkan harga yang rendah, urusan kita sudah pasti memakan masa. seperti mana orang barat kata ” time is money”, so you must appreciate your time first.
kedua, saya hanya mahu bekerja sama dengan mereka yang sukakan hasil kerja saya sahaja. secara tak langsung saya membenarkan pelanggan saya melaburkan wang hanya kepada orang yang mereka yakin sahaja. Disini pentingnya harga diletakkan bagi menyesuaikan permintaan antara supply and demand.
ketiga, apabila merakam gambar orang.. gambar kita tiada di situ. tiada kenangan yang boleh kita bawakan bersama. tetapi saya mampu tersenyum jika kenangan itu ada harganya.
itu hanya sebeberapa perbezaan antara fotografi secara percuma dengan fotografi secara profesional.
Disebalik harga ini lah bagi saya ianya satu pelaburan untuk melihat hasil fotografi dan mereka di balik tabir dihargai kelak.
Semoga jurugambar yang mengambil alih tugas saya selepas saya nanti jasanya dikenang, masanya dihargai dan halangan untuknya menghasilkan karya dimengerti. Setiap Kebaikan yang kita lakukan itu sukar untuk dikenang tetapi setiap kejahatan yang berlaku pasti menjadi perkara utama untuk dilihat seseorang.
“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved
