Hijrah itu pengorbanan

Alhamdulilah, baru sahaja lepas pindah barang untuk berhijrah ke tempat yang baru. 7 Tahun bukan satu tempoh yang singkat. Seseorang yang beratnya 85 Kg boleh berubah ke 62 Kg dalam tempoh tersebut malah mungkin lebih dari itu. Syukur kepada ilahi kerana impian saya untuk kembali ke rumah asal saya dipermudahkan oleh Nya. Biarpun setelah 7 tahun berlalu, rakan-rakan seperjuangan kiniya hampir semuanya sibuk dengan komitmen masing-masing tetapi saya tetap percaya masih ada lagi peluang-peluang lain yang boleh diterokai bersama dalam bidang yang saya minati ini.

Kita boleh rancang, tapi tuhan yang menentukan segala-galanya.. sampai masa untuk berhijrah maka berhijrah lah kita. 2 minggu ini fikiran saya hanya fikirkan masa untuk packing barang-barang sahaja. sudah dua minggu tak memancing (sue zarina tahulah apa dia mancing tu). Banyak benda nak kena diuruskan.. dengan lorinya lagi, menuruskan masa lagi. banyak kerja nak kena buat kalau nak pindah rumah. 2-3 job terpaksa saya tolok bagi tujuan ini. Petang tadi selesai kesemua barang yang hendak di angkut ke penang =).

Percaya atau tidak.. yang sanggup tolong saya bermula dari mencari lori sampai angkut barang-barang sampai ke tingkat 4 hanya kederat seorang india yg umurnya tua 2 thn dri ayah saya. Apa yang boleh dibanggakan saya dengan unce india ini adalah saya regular customer di bengkel motornya untuk tempoh 7 Tahun.

sudah lah diminta untuk carikan lori, hingga ke saat untuk memindahkan barang ke lori pun dia sanggup turut serta sekali. memandangkan saya tiada rakan lain, saya dapat lihat dari jauh bagaimana susah payahnya dia menhabiskan kredit telefon memohon bantuan dari rakan lain untuk mengangkut barang-barang bersama saya naik ke tingkat 4. Dalam umurnya yang boleh mendapat taraf berpencen saya begitu tersentuh melihat dia turut sama mengangkat barang-barang lain menyusuri anak tangga demi tangga.

Sebagai ‘orang meniaga’ saya sedar betapa waktunya sudah terganggu oleh saya. Tak tahulah berapa ratus ke ribu dia boleh rugi hari ini sebab tutup kedai untuk sertai saya ke penang.

Sebagai seorang photographer, saya bukan seorang yang tidak punya kenalan. satu malaysia sudah sempat saya jelajah kesana kemari, siang atau malam.. tiap waktu mustahil telifon saya tidak berdering dengan panggilan kawan-kawan.

Dia bukan sebangsa dengan saya tapi dia mampu memberi tamparan kepada rakan-rakan sebangsa dengan saya. tapi inilah realiti hidup dunia. kadang-kadang benda ini buat saya terfikir, boleh pakai lagi ke Istilah “Takkan melayu hilang didunia” hihi.. hakikatnya waktu senang, masa nak mintak tolong mereka ini tak kan hilang disebelah.

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.