The making video clip “clock and photo in one frame”
Pengarah fotografi: shahrilmajid
Cameraman : mohsin vipfullhd
Location : putrahomestudio
Selalunya orang jarang menghargai sesuatu perkara bila sesuatu perkara nampak mudah. Oleh itu, hari ini saya mahu berkongsi serba sedikit tentang pembikinan promo yang telah kami siapkan baru-baru ini. Klip ini hanya mengambil masa 3 minit untuk tayangan tapi overall keseluruhan kerja-kerja dibelakang tabir mengambil masa sehari lebih (shooting + editing). Proses pengambaran mengambil masa yang panjang, bermula dengan storyboard, rakaman, suntingan dan dokumentasikan terus dalam bentuk media DVD. itu pun tidak termasuk 10% scene yang tidak saya masukkan dalam promo ini.
Sebenarnya saya mempunyai masa yang singkat pada hari rakaman berkenaan kerana selepas habis shooting saya terpaksa bergerak ke pulau pinang. Kira-kira 1 jam setengah untuk destinasi perjalanan seterusnya.
Sangkaan saya untuk menghabiskan sesi penggambaran sebelum jam 5 petang ternyata GAGAL. hakikatnya kerja-kerja pengambaran fotografi sangat menguji berbanding “tangkap gambaq” guna kamera. Seperti mana yang anda lihat dalam filem p ramlee, “roll camera, action, cut”, scene 1 take 2 bla bla.. banyak scene dan perubahan angle diperlukan. Setiap scene hanya perlu 4 saat sahaja, kemudian masuk scene lain dari angle kamera yang lain. Bila satu perubahan angle berlaku bermakna lighting juga turut berubah. So hopefully you guys dapat imagine bagaimana cameraman bekerja.
Kamera pula perlu distandkan diatas tripod. Mengalihkan kamera dari tripod tidak semudah memegang kamera dengan tangan. setiapkali kamera berubah posisi beermakna kedudukan kamera juga perlu dilaras di atas tripod. Untuk makluman, video ini dirakam dengan kamera canon DSLR 550D HD dengan bantuan beberapa speed lens f1.4 keatas. Hasilnya, imej tajam d.o.p sepertimana visual yang pernah anda lihat dalam cerita CSI. Bermula tahun ini, Kamera video jenis pita magnetik tidak lagi kami gunakan kerana teknologi HD berjaya menggantikan teknologi yang sebelumnya.
Untuk kerja-kerja editing, saya menghabiskan satu hari (dari jam 9.30 pagi hingga jam 7.00 malam) saya. Perisian imovie adalah perisian kegemaran bersama produk ciptaan steve jobs ini. Kalau anda berpuas hati dengan kerja – editing dalam video ini dan ingin menambah kemahiran dalam bidang suntingan video boleh mendaftar untuk kursus video editing saya. Bagi sesiapa yang belum melihat promo ini, boleh tekan LIKE di fans page putrafoto.com. i was put our video here..
putrafoto.com |

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved



