orang kita selalu tidak menghargai benda yang diberi percuma [kisah pengamal fotografi 6]
siapa yang berani katakan tajuk entry saya ini adalah satu kesilapan, sila angkat tangan. Menjadi seorang photographer membenarkan diri saya mengenali manusia dari berbagai golongan dan peringkat usia. Dari orang politik, orang yang ada parti.. yang tak dak parti, dari pak cik tua, Orang yang segak, fotogenik, si gedik, kesemuanya pernah saya jumpa dan kenali ragam mereka.
Dalam apa cara sekalipun, semua karya yang terhasil dari tangan fotographer adalah sesuatu yang mahal dan tidak dapat ditandingi oleh mana-mana harga. Dalam erti kata lain, tiada harga standard untuk sebuah hasil kerja. Orang yang mencipta kamera tahu bahawa kualiti harus dijaga dan apa sahaja yang berkaitan dengan fotografi perlu dijaga nilainya. Kenapa strap (tali) kamera pun sampai seratus ringgit?? walaupun hanya tali. Sebabnya ialah fotografi adalah sesuatu yang harus dipandang tinggi.
itu belum lagi saya ulas bab masa fotographer yang ‘busy’ nya megatur jadual disana sini. when somebody spend a time with you.. it mean that that people try to put a job at another side. Tak habis disitu, masa untuknya meng’edit’ juga adalah sesuatu NILAI. 30 minit ketika itu mungkin anda boleh merayap keluar bejalan-jalan atau berfacebook, tetapi masa 30 minit inilah untuk mereka berada di depan laptop untuk tugas editing.
Sekiranya anda melihat hasil foto dari seorang fotographer, percayalah walaupun seorang photographer hanya “klik” and “snap” dan hasil foto dapat dilihat dalam monitor kamera. ia masih ada nilai, walaupun tidak perlu dicuci kodak dan negetifnya di kedai. Cuba lihat foto di profile facebook rakan-rakan anda, jika ia hasil dari seorang jurugambar, maka ianya masih ada nilai walaupun hanya term “transfer” atau “copy paste” dari memory card sering digunakan.
saya jarang memberi kebenaran kepada orang sebarangan menyentuh kamera saya apatah lagi layak menggunakannya. hanya ada 8 orang sahaja didunia ini yang saya beri kebenaran untuk menggunakannya, bukan bermakna saya seorang kedekut tetapi untuk mereka benar-benar menghargai bidang ini. Dan bagi mereka yang pernah diberi peluang memegangnya maka ini adalah satu penghargaan.
Bagi yang pernah shooting dengan saya,
Bukan untuk mengejar keuntungan semata-mata tetapi saya sangat happy bila mereka di hadapan kamera saya dapat menghargai apa yang dilakukan. Kebiasaannya mereka ini tergolong dalam golongan yang MEMBAYAR. Yang pernah dapat FREE sedarilah bahawa anda adalah golongan yang bertuah. Tapi dalam beberapa keadaan dia boleh TERLUPA kehadiran orang dibelakang kamera.
Dua hal yg harus dilupakan dalam hidup: kebaikan kita kepada orang lain dan kesalahan orang lain terhadap kita.

