Mengejar blind spot!..
Satu hari selepas menghabiskan kerja-kerja fotografi di Penanti, kami bergegas pulang dan waktu itu sudah hampir petang. Beza panas petang dengan panas pagi ada bezanya. Sesungguhnya pemanduan saya terganggu dengan silauan yang saya kenali sebagai blindspot. Nasib baik spek mata hitam ferrari saya membantu dalam pemanduan.
In my dictionary, blind spot is an area where a person’s view is obstructed. Sebenarnya silau ini yang saya cari dan menunggu peluang untuk memanipulasikannya dalam fotography, cuma sebelum ini saya tidak berpeluang ke arah itu.
Sebenarnya saya suka tone lighting ini kerana bagi saya tone ini adalah tone yang paling dramatik dan romantik sekali tambahan ianya adalah kurniaan tuhan yang maha Esa dan sudah pasti ianya percuma. You know what, pernah saya hasilkan sebuah foto jam tangan dengan menggunakan bantuan cahaya api lilin. Tapi bezanya saya memerlukan masa 1 jam untuk mengawal kedudukan cahaya dan 3 buah lilin dihabiskan semata-mata untuk kerja sebegini.
Blind spot tidak muncul agak begitu lama, saya hanya mempunya masa dalam 2 minit untuk menunggu kedudukan blindspot yang sesuai. Cuma ada lebih kurang seminit sahaja untuk saya mengambil ‘shoot’ yang sesuai ketika blind spot berada di tempatnya. Bagi yang menjiwai foto ini, barangkali mereka akan melihat foto ini melalui rayban. That is my goal!
~ Sejarah akan mencintai kita jika kita menulis
“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved

