KREATIVITI..

KREATIVITI.. itu sebenarnya yang orang nak cari dari seseorang jurugambar. Secara jujur saya berbangga dengan pencapaian adik beradik kumpulan KRU yang merupakan pengasas KRU studio. Mereka benar-benar kreatif! Mereka adalah yang pertama yang mengarahkan filem muzika, yang pertama mengarahkan sebuah fileh epik Merong Mahawangsa, dan baru sebentar tadi saya mendengar Dato’ Ramli MS memuji persembahan protege nya yang berduet dengan Allahyarham Sudirman HJ Arsyad. Persembahan yang pertama kali saya lihat sejak mentor di anjurkan.

Begitu juga dalam fotografi, hanya kreativiti sahaja yang dapat membezakan seseorang individu. Identiti seseorang bukan dinilai dari sebuah kamera kerana kini semua orang sudah mampu memiliki alat ini. Secanggih manapun sesebuah kamera, asas untuk menghasilkan sebuah gambar adalah bergantung pada pengawalan ISO, Shutter dan Apature. Maka logiknya, bagi mengawal kesemua itu adalah bergantung kepada KREATIVITI masing-masing.

Bila sebut tentang kreativiti, maknanya kita terpaksa guna apa yang ada. Saya percaya, tanpa peralatan fotografi yang hebat, anda masih mampu melakukan kejutan!

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077

Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.