beraya umah MODEL pertama gue, walau dh lama, dia sorang ja model yg ingat kite

Baru saja balik beraya dari rumah model pertama shahrilmajid petang tadi. Dulu-dulu masa facebook, twitter belom wujud, dan orang lain belum kenal siapa shahrilmajid. seingat saya, pada masa itu dia lah model saya yang pertama, COMFIRMMM. Masa tu orang shooting dengan kita bukan untuk kejar glamour, bukan untuk penuhkan profile picture dalam facebook, tapi lebih kepada minat semulajadi yang tidak dibuat-buat.

Ketika itu, talen mencuba bakat photogeniknya melalui majalah dan antara yang terkenal ialah dewi remaja. No more facebook!..

Sesiapa yang layak berada di depan kamera DSLR ketika itu amatlah bertuah kerana photographer tidak sesepah seperti sekarang (sorry kalau ayat ini kasar).

Rasanya kalau model ini masih berminat untuk menjadi model saya pada hari ini, mungkin dia terkejut dengan dunia fotografi sekarang! berani saya cakapkan disini, beza peralatan kamera saya pada ketika itu adalah seperti langit dan bumi. Tanpa trigger, CLS System.. Lighting yang berbagai-bagai. Hakikatnya peralatan kamera saya waktu itu amat daif sekali.

Tak sangka dalam banyak-banyak model ni, dia ja yang ingatkan kita. ajak kite beraya walaupun tau umah kite jauh.Terharu sangat-sangat.. Saya kira dia sudah lupa bahawa dia pernah jadi model saya yang pertama satu ketika dahulu. maka apa yang berlaku petang tadi adalah bukti penghargaan shahrilmajid kepada kamu walaupun terpaksa drive 2 jam untuk ke sana. May God Bless you..

Shahril Majid | 

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.