sesuatu yang ingin saya kongsi bersama
:: Aida Albakriy
Photographer / Light : Butang, amir, asmeer, Min
Location : Penang
BBM PIN : 21F4626F
Copyright © www.putrafoto.com
All Rights Reserved.
Selamat Hari Raya Kurban kepada semua pembaca-pembaca setia blog saya sejak zaman fotopages higga ke zaman dot com hari ini. Sebenarnya saya baru sahaja pulang meraikan sambutan hari raya aidiladha bersama sanak saudara dan rakan-rakan dikampung. Bagi saya, raya kali ini cukup berbeza dengan hari raya sebelumnya. Memang lain dari apa yang pernah saya alami sebelumnya.
Ketupat dan rendang bukan lagi juadah yang wajib untuk sambutan kali ini. Bagi sesetengah mereka yang tinggal di Alor Setar dan Jitra mereka pasti setuju dengan apa yang telah saya katakana ini. Banjir kali ini sedikit sebanyak membantutkan suasana kemeriahan perayaan kali ini.
Bagi penduduk di utara tanahair, banjir itu disebut sebagai bah manakala bagi kebanyakan rakyat, fenomena alam itu disebut sebagai banjir. Namun walau apapun perkataan yang digunakan dalam memperkatakan tentang kenaikan paras air secara mendadak, hakikatnya bila berlaku banjir atau bah, yang menjadi mangsa ialah orang yang mendiami kawasan yang ditenggelami air.
Ketika saya berkunjung ke rumah kediaman seorang rakan sebentar tadi, ada sedikit peristiwa yang mungkin tidak dapat saya lupakan dan ingin dikongsi bersama anda. Hampir keseluruhan harta benda mereka musnah akibat banjir, dari pakaian, album gambar, pinggan mangkuk, alat elektrik habis semuanya digenangi air dan berlumpur. Sayu, sedih.. itu sahaja yang dapat saya gambarkan hasil dari raut wajah mereka.
Dalam banyak-banyak harta benda yang musnah itu, saya rasa ada satu lagi harta benda yang sukar ditaksifkan nilainya lagi. ia bukannya peti ais dua tingkat, TV 52″ atau blackberry 9700, It’s just an album picture.. bersusun – susun album habis basah terkena air. Dari foto zaman hitam putih hingga zaman Uji Rashid semuanya habis rosak. Habis apa lagi kenangan yang mampu mereka bawa untuk generasi yang akan datang. Renung-renungkanlah. bukan nilai foto album itu yang jadi masalahnya tetapi sentimental value, nilai kenangan yang dicipta itu sebenarnya yang penting dari segala harta benda.
Dalam keadaan sebegini, wang ringgit boleh di cari lagi, tetapi nilai sentimental sukar dicari. semoga mereka yang senasib tabah menghadapinya. “MEMORIES MAY FADE, BUT PICTURES LAST FOREVER”
“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 21F4626F / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved
