Review filem ‘TANDA PUTERA’

Screen shot 2013-03-25 at 9.32.12 AM

 

Saya baru selesai menghabiskan masa lebih  sejam menonton filem TANDA PUTERA melalui saluran Astro first. Tahniah kepada penerbit filem ini kerana berjaya membuat saya menangguhkan seketika aksi menggoreng nasi petang tadi. Tiba-tiba boleh melekat hingga ke akhir filem ini.

Actually filem ni merupakan salah  satu filem kontrovesi  di Malaysia. Filem yang beberapa kali ditangguhkan penayangan nya di panggung.  Walaupun ada yang memboikot file mini, tetapi saya memberanikan diri menghabiskan waktu  kerana sifat ingin tahu yang amat sangat tentang filem ini. Synopsis file mini berkisahkan suasana perit maung iklim politik di Malaysia sekitar 1963 hingga 70an.

Filem ini mengisahkan tentang persahabatan yang akrab di antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak (lakonan Rusdi Ramli) dan Timbalannya, Tun Dr. Ismail (lakonan Zizan Nin) yang terpaksa berahsia serta mengetepikan masalah kesihatan yang dihadapi masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran daripada tercetusnya peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Saya tidak berminat bercakap lebih lanjut berkenaan dengan politik di sini tetapi suka menyentuh dari segi apa yang saya lihat dan apa yang saya dengar dan akhir sekali apa yang saya rasa melalui filem ini.

Pada mulanya saya tertanya-tanya  apa yang ada di sebalik  tajuk “tanda putera” ni. Tajuk filem ni tidak straight forward terus kepada jalan cerita. Pada poster filem saya cuma dapat lihat wajah rusdi ramli yang berkaca mata berbingkai besar persis lagak sebagai Tun Abdul Razak. Ayahda kepada Perdana Menteri sekarang Najib tun Razak. Heroin?? Ini bukan filem romantic yang mewajibkan seorang wanita sebagai salah seorang pelakon utama.

Bagi saya kekuatan file mini ialah kepada gaya penceritaan nya serta kisah bibilografi seorang negarawan yang bernama Tun Abd Razak. Bermula dengan tragedy 13 Mei, peristiwa komunis, pembunuhan IGP hingga perlantikan IGP yang baru semuanya di susun dengan teliti dan mengikut rentetan peristiwa.

Hubungan yang begitu akrab antara Dr Tun Ismail dan Tun Razak merupakan isi kandungan  hebat dalam filem ini. Rata-rata mereka yang sebaya saya mungkin tidak mengenali tokoh tersebut, tapi melalui filem ini saya dapat merasai akan karisma beliau sebagai seorang tokoh Negarawan.

Kekurangan pada filem ini bagi saya ialah pada prob pengambaran persekitaran. Para penonton yang lahir hari ini ingin melihat apa yang ada pada tahun 60an dan 70an.. Ia kelihatan  gagal dipersembahkan. Penonton hari ni kalau boleh, mereka ingin datang kepada filem ini untuk merasai suasana yang wujud pada masa tersebut… Pastinya tidak logic sekiranya kenderaan yang belum wujud lagi ketika itu tiba-tiba boleh dilihat dalam filem ini, begitujuga senibina-senibina yang belum wujud pada zaman tersebut boleh dilihat dalam beberapa scene.

Mungkin kerana minat yang mendalam tentang sejarah membuatkan saya melekat terus dengan filem ini. Filem ini juga mengingatkan saya kepada sebuah judul  filem epic sejarah dari negara seberang  iaitu ‘ habibie dan ainun’. kisah percintaan pemimpin indonesia yang sangat romantik dan cinta kepada manusia dan tanah air.  Seperti ada sikit persamaan bagaimana filem ini disunting.

Ending file ni juga sangat bagus menyanyat haji penonton. Kebanyakkannya  ternanti-nanti apakah sebenarnya  yang menimpa dan telah berlaku pada akhir hayat Tun Razak.  Bagi sesiapa yang benar-benar menghayati dan punya sedikit ilmu tentang sejarah malaysia. Filem ini boleh memberi serba sedikit gambaran tentang peribadi tokoh bekas Perdana Menteri ini, Tun Abd Razak bekas perdana menteri malaysia yang kedua.

 

“We will never know the real answer, before you try.”

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved

 

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.