I love Penang
Peristiwa ini berlaku di Pulau pinang pagi tadi, setelah puas saya dan seorang rakan pusing-pusing satu tanjung kami terus menuju ke batu feringgi. Dari batu feringgi kami menuju ke gurney dan akhirnya singgah di sebuah restoran nasi Kandar subaidah. Tiba disitu sebuah evo ( kereta idaman saya ) dilihat “parking” megah disebelah.
sedang berborak hal-hal business, saya tercari-cari siapa empunya pemilik driver kereta ini. sambil tercari-cari siapakah gerangan pemilik kenderaan itu, kami dapat simpulkan kemungkinan-kemunginan pemilik kereta mewah ini.
A. Pemilik restoran nasi kandar ini
B. 4 orang gadis cina yang berada didepan meja sedang berbual-bual tentang business
c. Seorang pakcik berbaju kemeja putih tangan pendek
D. Seorang apek berseluar pendek dan berkemeja coklat
pada firasat saya, kereta ini mungkin dimiliki oleh salah seorang dari 4 orang gadis cina yang berada didepan meja tadi. Dari lagak mereka, mereka jauh dari mampu dari orang-orang lain di restoran ini. habis kami berbincang tiba-tiba ” tot tot “. Bunyi alarm daa.. tangan apek berseluar pendek itu sedang menekan sesuatu sambil menyimpan senaskah surat khabar.. huhu
Ternyata pepatah “biar papa asal bergaya” tidak semua mengamalkannya sekarang. bila kaya saja, ramai yang mengambil kisah tentang kita. Ramai yang nak jadi kawan dan ramai juga yang nak jadi musuh kita!! biar tak bergaya, asal kaya.. this is what i want to be today.
walaupun apa pun, i love penang island kerana disitu terdapat banyak telatah manusia dan segalanya. lokasi-lokasi penggambaran yang menarik belum puas saya rakamkan sehingga kini. yang hidng mancung juga banyak, kalau tidak ada mami mesti pelancung. when come to penang, i remember about fasha sanda.. maideen.. pie ( pernah jumpa sekali atas feri). Nanti nak datang lagi shooting di penang.
“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 21F4626F / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved
