Archive for the ‘Uncategorized’ Category

11 Tips fotografi untuk newbies.

jangan takut untuk mengaku newbie dalam fotografi.. kenapa?? sebab semua profesional photographer ni dulu pernah bergelar newbie. Sebagai mereka yang baru mengenali dunia fotografi, yang baru membeli kamera semalam, mungkin beberapa idea ini boleh membantu anda.

1. JANGAN TERLAMPAU BOROS MEMBELI PERALATAN YANG MAHAL

Bukanlah sesuatu yang mustahil untuk menghasilkan hasil foto yang cantik walau menggunakan peralatan yang murah. Semakin banyak gambar yang anda ambil, lebih banyak yang anda akan tahu tentang apakah jenis kamera yang di perlukan untuk menghasilkan foto yang terbaik. kemudian, di situ nanti akan tiba masanya untuk anda menaik taraf peralatan.

2. PERTIMBANGKAN PENGGUNAAN TRIPOD

Sebaliknya, nilai sebuah tripod yang murah adalah sangat-sangat bernilai terutamanya jika anda mempunyai getaran tangan yang tidak konsisten (mengetar) seperti saya. Untuk kestabilan yang lebih, gunakan fungsi pemasa (timer) kamera anda dengan tripod

3. PASTIKAN KAMERA BERSAMA ANDA SETIAP MASA

peristiwa yang menarik untuk di abadikankan, kebiasaanya berlaku ketika anda berada dalam situasi yang anda sendiri tidak bersedia. Jika boleh, simpanlah kamera dan tripod dalam sebuah beg khas untuk di bawa kemana-mana. Ini mungkin satu kelebihan buat anda sekiranya berkara-perkara yang tidak dijangkakan berlaku di hadapan anda.

4. DAPATKAN SENARAI FOTO YANG ANDA PERLUKAN

Pada masa-masa mendatang, mungkin anda tidak boleh membawa kamera di tempat-tempat tertentu, jadi simpanlah sebuah nota kecil untuk mencatat tempat-tempat menarik yang anda ingin untuk kembali lagi untuk mengambil gambar. Pastikan juga anda mengambil perhatian mengenai maklumat-maklumat penting seperti pencahayaan, masa, cuaca dan sebagainya, jadi anda boleh kembali semula pada masa akan datang pada masa yang sesuai.

Sekiranya anda tidak mahu membawa buku nota, gunakan kecanggihan telefon pintar anda untuk menyimpan segala maklumat tersebut.

5. JANGAN TERLEPAS PANDANG DENGAN PERKARA-PERKARA KECIL DALAM FOTOGRAFI

Anda mungkin tidak melihat apa-apa yang menarik untuk dirakamkan di ruang tamu anda atau belakang rumah anda, tetapi cuba lihat pada persekitaran yang biasa dengan mata yang lebih tajam. Cuba perhatikan element-element cahaya yang terdapat atau mencari beberapa bunga liar yang tidak dijangka di kawasan anda.

Kebiasaanya, subjek yang kelihatan biasa pada pandangan mata seseorang boleh menjanjikan sebuah shot yang menarik.

6. NIKMATI PROSES PEMBELAJARAN

benda yang paling disukai bagi mereka yang mempunyai hobi seperti fotografi ini ialah ianya tidak pernah akan kehabisan benda yang perlu untuk belajar. Inspirasi boleh datang dari mana-mana sumber persekitaran kita.

7. MENGAMBIL KESEMPATAN DARIPADA SUMBER PERCUMA UNTUK BELAJAR

Rajinkan diri dengan melayari laman web seperti Flirck,atau mana -mana forum di internet berkaitan fotografi, disitu terdapat banyak tips serta info yang berguna. Juga dapatkan rujukan di perpustakaan berhampiran anda. Mungkin terdapat banyak buku berkaitan yang boleh di jadikan sebagai rujukan.

8. BEREKSPERIMEN DENGAN SETTING KAMERA

Membaca buku manual penggunaan kamera dapat membantu anda memahami kamera anda. Cuba rakam foto anda menggunakan setting yang pelbagai untuk belajar mendapatkan kesan foto yang anda mahu. Apabila anda melihat foto anda di komputer, anda boleh belajar dengan menyemak kembali EXIF DATA untuk memahami setting yang telah digunakan.

9. MEMPELAJARI KAEDAH-KAEDAH ASAS

Jumlah maklumat tentang fotografi dalam talian sangat menggalakkan dari masa ke semasa. Bermula dengan beberapa rencana mengenai komposisi, kemudian pelajari teknik-teknik yang sering digunakan dari mereka yang berpengalan.

Anda perlu mengtahui kaedah-kaedah asas ini sebelum boleh menyaingi mereka.

10. AMBIL GAMBAR SECARA KERAP

Cuba mengambil sesuatu gambar secara kerap setiap hari. Jika anda tidak boleh berbuat demikian, pastikan anda mengambil masa untuk berlatih dengan kerap, supaya anda tidak lupa apa yang anda telah belajar. Cara terbaik untuk memberi motivasi kepada diri sendiri adalah dengan melakukan tugasan secara mingguan.

11. SELALU BUKA PAGE shahrilmajid.com hehe…

Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
ig : shahrilmajid / whatapps : 016 4103914
Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.
All Rights Reserved —

“LAGU BELAYAR” – NOBAT DIRAJA KEDAH

 

Lagu NOBAT Di Raja Kedah – “Lagu Belayar”  ((( Live Audio Version)))
.
Nobat ialah alat permainan muzik atau orkestra DiRaja yang mengandungi satu Gendang, satu Nafiri, dua Gendang Nobat, satu Serunai dan satu Gong.
.
Nobat DiRaja Negeri Kedah adalah yang tertua di negara ini dan dimainkan di istiadat-istiadat rasmi sejak turun temurun seperti Istiadat Pertabalan DiRaja, Istiadat Perkahwinan DiRaja, Istiadat Permakaman DiRaja dan sebagainya.
.
Pemain-pemain Nobat dipilih mengikut keturunan. Nobat hanya dimainkan apabila diperintahkan oleh Baginda Sultan dan untuk Istiadat tertentu sahaja.

Nobat yg dimainkan pada istiadat menjunjung duli dan permasyuran raja muda kedah ada dua jenis lagu nobat yg dimain kan iaitu lagu belayar dan lagu perang..untuk makluman semasa tuanku sultan berangkat masuk ke balai penghadapan lagu belayar dimainkan.

Semasa tuanku sultan berangkat keluar untuk berehat, lagu belayar dimainkan. Semasa tuanku sultan masuk untuk istiadat permasyuran pula, lagu belayar dimainkan.

Semasa tuanku sultan memberi keris kepada raja muda kedah, lagu perang dimainkan. Semasa tuangku berangkat keluar meningalkan balai penghadapan, lagu belayar akan dimainkan.

Lagu ini di ambil dari istiadat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Almu’tasimu Bilahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah  dan  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Kedah Tuanku Hajjah Haminah Binti Haji Hamden ”

 

Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
ig : shahrilmajid / whatapps : 016 4103914
Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.
All Rights Reserved —

KISAH BETAPA BERANINYA TUN M YANG RAMAI MUNGKIN TIDAK TAHU.

 

Ada beberapa peristiwa berani ketika Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia. Apabila mereka serang, kita balas dan mereka akhirnya tunduk dengan kita.

1. Serangan subuh atau “DAWN RAID” beberapa bulan selepas Tun M jadi PM – Semua orang tahu bagaimana Malaysia merampas balik Guthrie yang menyebabkan kerajaan British bengang sampai mereka melakukan beberapa perkara, antaranya; menaikkan yuran pengajian pelajar kita kat sana dan melarang hak pendaratan tambahan kepada Malaysia Airline di sana.

Kes ini menyebabkan Tun Dr Mahathir tidak tunduk malah melakukan serangan balas dengam melancarkan kempen “BUY BRITISH LAST”. Kempen ini bermula dengan tindakan beliau yang mengarahkan semua pembelian oleh kerajaan Malaysia dari Britain perlu dirujuk kepada beliau dan perlu disertakan dengan sumber alternative dari syarikat selain Britain. Pembelian dari Britain hanya boleh dilakukan sebagai pilihan terakhir.

Ini menyebabkan British rasa tertekan, selepas 5 bulan kempen itu, kerajaan British menghantar Menteri Luar nya untuk berunding dengan Malaysia. Rundingan itu gagal sehingga menyebabkan PM BRITAIN sendiri iaitu Iron Lady Britain Margaret Thatcher sendiri turun ke Malaysia untuk berunding dan mencapai kata sepakat iaitu kerajaan Britain menyediakan bantuan kewangan sebanyak 160 juta pound sterling sebagai subsidi kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di UK dan memberi hak pendaratan tambahan kepada Malaysia Airlines di Heathrow International Airport.

2. Ketika tahun 1994, Media Britain telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Malaysia dan Tun Dr. Mahathir. Mereka mengatakan bahawa projek Pergau Dam ini adalah `gula-gula’ kepada Malaysia sebagai pembalasan kepada perjanjian pembelian senjata oleh Malaysia. Malah media di Britain juga menuduh bawah Tun Dr. Mahathir menerima rasuah. Media di Britain telah cuba menghubungkaitkan perjanjian jualbeli senjata dengan projek Pergau Dam [The Sunday Times, January 23, 1994] dan telah menuduh perbuatan rasuah bernilai RM2,230,106.1 kepda Dr. Mahathir [The Sunday Times, February 20, 1994].

Mahathir kemudiannya melancarkan “Buy British Last 2” Mahathir memberitahu Duta Britain, Duncan Slater bahawa Malaysia tidak lagi akan memberi kontrak kepada Britain selepas Malaysia menerima 28 buah pesawat British Aerospace Hawk Jet-fighter trainers.

Mahathir telah menulis surat kepada Financial Times dengan menyatakan “…no contracts in exchange for British press freedom to tell lies” [The Financial Times, March 17, 1994] dan Dr. Mahathir telah menyampaikan kekecewaanya kerana kerajaan Britain tidak membetulkan tanggapan bahawa sebenarnya projek Pergau Dam adalah low-interest loan (concessionary loan) dan bukannya grant. Dr. Mahathir juga menuntut editor Sunday Times untuk meminta maaf di atas tuduhan rasuah yang dibuat ke atas beliau. Hasilnya, selepas 3 bulan, editor Sunday Times tersebut telah ditukarkan dan tidak lagi bersama akhbar The Sunday Times.

3. Seluruh Negara Australia pernah kecoh satu waktu dulu sekitar tahun 1983/1986. Dua rakyat Australia ditahan kerana dua rakyat nya bakal ke tali gantung alibat memiliki heroin, yang ketila itu undang-undang tersebut baru dilaksanakan di Malaysia iaitu dengan menjadikan dadah sebagai musuh negara. Brian Geoffery Chambers dan Kevin John Barlow ditahan pada bulan November 1983 di Bayan Lepas International Airport dan hukuman untuk ke tali gantung dibuat setelah mahkamah mendapati mereka bersalah.

Pelbagai tekanan dari kerajaan Australia diberikan kepada Malaysia malah Britain pun campurtangan. Namun kerajaan dipimpin oleh Mahathir tidak berganjak dan stood his ground, salah tetap salah. Agak nya ini sebab nya hubungan Malaysia bersama Britain bertambah tegang kerana walaupun Australia memohon campurtangan Britain yang mereka sangka boleh “pressure” kerajaan Malaysia namun gagal.

Pendirian kerajaan Malaysia pesalah tidak dilihat dari negara mana atau latar belakang apa selain kesalahan yang dilakukan.

4. Di saat dunia menyambut tahun baharu, ucapan Tahun Baharu Tun Mahathir ketika 2003 mengejutkan dunia apabila menemplak Australia dan Singapura apabila kononnya nak gertak Malaysia nak buat serangan “Pre-emptive” kepada Malaysia.

Tun M dalam ucapannya;
“Prime Minister Dr Mahathir Mohamad’s warning that aggressive foreign powers could expect a “bloody nose” apparently aimed at both Australia and Singapore.

We promise that if anyone violates our freedom with pre-emptive action or forward defence, they will get what the (Westerner) calls a bloody nose,”

Sebahagian daripada keberanian Tun Dr Mahathir menyebabkan dunia memandang tinggi terhadap negara Malaysia pada masa itu. Kini hanya tinggal kenangan, Malaysia dikecam hebat oleh dunia. Wallahuaklam.

 

Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
ig : shahrilmajid / whatapps : 016 4103914
Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.
All Rights Reserved —

Nazreen & Amira

Majlis perkahwinan Nazreen & Amira
Lokasi : Sungai Petani, kedah

Kini, saya dapat tahu ada lokasi photoshoot yang sangat cantik di sungai petani ni. Semua ada kat sini, tasik.. pepohon buluh, kawasan padang beralun, anda namakan sahaja semua ada dalam satu tempat. i will keep this secret untuk you try to catch me out for photosession.

Jangan curang okay, hold the line and stay with me. kindly whatsapps my number 014-410 3914 for your big day

Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
ig : shahrilmajid / whatapps : 016 4103914
Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.
All Rights Reserved —

test

android 

 

iphone

iphone

Kampung Seri Perigi YAN, Kedah

kalau nak tau kat mana lokasi penggambaran filem OMBAK RINDU.. sini lah tempatnya

Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
ig : shahrilmajid / whatapps : 016 4103914
Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.
All Rights Reserved

SMILE N CHEESE

Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http\
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
ig : shahrilmajid / whatapps : 016 4103914
Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.
All Rights Reserved —

Menjadi drone operator untuk Istiadat menyambut keberangkatan balik Tuanku Sultan Kedah sebagai YDP Agong. (No Fly Zones)

[Kisah pengamal fotografi 33]

Saya ada 2 hari untuk persediaan menerbangkan sebuah drone untuk persediaan menyediakan aerial footage bagi Team Video bagi sambutan keberangkatan balik Tuanku Sultan Kedah. Saya tidak menaruhkan harapan yang besar untuk misi aerial footage ini kerana lokasi point penerbangan ini betul-betul sebelah menara Airport. Banyak hal yang saya risaukan selain masalah angle, kelelamatan, cuaca, firmware dan sebagainya. Selepas majlis raptai di Istana, saya memohon untuk melihat sendiri lokasi point penerbangan yang di maksudkan untuk meklumat yang lebih jelas. Lebih kurang jam 6.00 ptg, kami sampai di airport untuk melihat kesesuaian tempat dan latihan mengendalikan drone di situ.

Malang sekali apa yang di rancangkan tidak seindah yang di sangka, sebaik throttle phantom dihidupkan, perisian DJI Go dalam sistem android saya gagal menerbangkan drone yang di maksudkan, atau dalam erti kata lain firmware phantom tidak mendapat authority untuk membuat penerbangan memandangkan airport adalah kawasan larangan untuk segala jenis drone. it’s “No flying Zone”. Sebenarnya permit penerbangan khas telah di berikan lebih awal samaada dari pihak airport mahupun DCA, ini bukan halangan utama kami tetapi ini masalah baru yang tiba-tiba sedang timbul.

Setelah beberapa rundingan di lakukan antara pihak tower, keselamatan airport dan sebagainya.. kita gagal mendapat punca dan akibat di mana masalahnya kerana pihak airport telah membuka segala laluan untuk phantom ini terbang mengambil rakaman video.

Masa untuk membuat latihan rakaman sangat suntuk, memandangkan lusanya akan terjadi kejadian sebenar untuk upacara bersejarah ini dan keesokannya saya bersama MohsinFullHD akan ke perlis untuk rakaman sebuah lagi majlis perkahwinan. Saya juga amat berterima kasih kepada team group Northern Quad copter yang banyak memberi segala cadangan dan saranan kepada masalah ini. Walaupun dah pegang remote drone dalam 2 tahun, tapi saya kurang arif berkenaan firmware software dan sebagainya.

DJI introduced geo-fencing in 2013 – the technology uses GPS location signals to block its unmanned aircrafts flying close to airports, sporting events and other restricted zones.

Saya kongsi sedikit punca masalah error “flying zone” untuk kawasan airport. Menurut hasil selidikan saya selama 6 jam tempoh hari, sebenarnya ia bukan berpunca dari DCA mahupun airport dan sebagainya. Ia berpunca dari DJI Phantom itu sendiri. firmware dari phantom telah block lokasi itu untuk membuat penerbangan.

Menurut sumber dari laman web DJI Phantom sendiri, untuk membuat permohonan untuk ‘unlock’ kawasan larangan drone seperti Airport, kawasan Neuklear, ketenteraan dan sebagainya, pengadu perlu mengisi borang permohonan yang telah di sediakan di laman web rasmi DJI dan permohonan perlu di buat dalam masa 5 hari untuk menunggu kelulusan. Sekiranya dululuskann pun, kemudahan ini tersedia untuk pengguna iOS sahaja iaitu iphone.

Antara pernyataan bertulis yang di perlukan di sediakan untuk mendapat kebenaran dari DJI pula ialah :

-Suatu pernyataan bertulis bahawa mereka dibenarkan secara sah untuk terbang di kawasan yang dimaksudkan.
-Satu bentuk pengenalan orang yang menandatangani kenyataan itu perlu disediakan
-Pautan penafian yang dilampirkan perlu ditandatangani, mengesahkan bahawa anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk penerbangan anda.
-Pautan dilampirkan perjanjian tidak boleh dedah mengenai perisian adat mestilah ditandatangani

Di samping itu anda perlu menyediakan dalam e-mel maklumat berikut:

1) nombor siri Penerbangan flight operator itu (

2) zon penerbangan yang diperlukan butiran termasuk longitud lokasi, latitud dan jejari. Sila berikan maklumat dalam format berikut mis .: longitud: 1.123456; latitud: 1.123456, jejari: 500m.

3) Tempoh penerbangan di buat. Sebagai contoh dari 24 Mac 2016 hingga 24 Apr 2016

4) alamat e-mel DJI ID

Fuhh.. giler macam memang tak mau bagi fly ja

Ini bermakna, pernebangan ini mustahil di lakukan.. Mission impossible. peluang amat-amat tipis. Agak ramai pihak media dan penganjur yang agak frust dengan keputusan ini tetapi kita sudah berusaha sedaya upaya. Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kepercayaan kepada saya dan phantom ini untuk mengendalikan drone itu di sini. walaupun tak dapat fly, sekurang-kurangnya saya dapat sedikit knowledge berkenaan sistem ‘geo-fencing’ yang di perkenalkan oleh pihak DJI.

What happen Next..? Plan B, saya terpaksa masuk airport dengan DSLR dan tripod as a usual.

Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
ig : shahrilmajid / whatapps : 016 4103914
Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.
All Rights Reserved

Sambutan keberangkatan balik tuanku Sultan Kedah

Esok -esok ni boleh la cerita kat cucu cicit sikit, atuk ni dulu pernah la berkhidmat dengan Tuanku Sultan Kedah. Amik video..

Walaupun event ni bermula 10.45 pagi lebih kurang.. tapi saya bertolak seawal selepas subuh menyertai team video untuk liputan keberangkatan balik tuanku sultan Kedah. Banyak benda-benda yang di luar dugaan termasuk penggunaan drone dan sebagainya telah berlaku. InsyaAllah next episode saya buka cerita tentang Drone yang telahpun di beri perlepasan dari pihak airport untuk membuat liputan di sana.

Kalau tidak silap saya, team video terdiri dari 4 orang termasuk saya. Selebihnya 2 orang di tempatkan di menara kawalan. Banyak benda nak cerita, tapi tak sempat lah malam ni. KIV dulu ye..

Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
ig : shahrilmajid / whatapps : 016 4103914
Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.
All Rights Reserved

Istiadat pemasyhuran perlantikan Raja Muda Kedah

dsc_7976i900

dsc_7951ipth900

 

www.shahrimajid.com All rights retained – no copying, displaying on the internet, printing or other manipulation, editing or processing permitted without prior, written permission

Merafak sembah tahniah kepada Duli Yang Teramat Mulia Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Maliha Binti Tengku Ariff yang dilantik sebagai Raja Muda Kedah dan Raja Puan Muda Kedah Darul Aman.

Saat ketika foto ini di rakam, seingat saya lebih kurang jam 11.30 tengah hari kedengaran bunyi 9 das tembakan meriam dari luar Istana Anak Bukit serta diiringi paluan Nobat lagu Perang dari dalam balai penghadapan Istana menandakan istiadat pertabalan seorang Raja Muda Kedah sedang berlangsung.

Kali terakhir istiadat ini berlangsung 35 tahun lepas pada tahun 1981. Sultan Kedah turut berkenan mengurniakan Keris Kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah.

Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
ig : shahrilmajid / whatapps : 016 4103914
Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.
All Rights Reserved — — in Kuala Muda, Kedah, Malaysia.