Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Kenapa cincin tunangdan cincin kahwin di sarung di jari manis??

jangan bercakap soal cinta kalau tidak tahu cinta 5 jari, cuba rapatkan kelima-lima jari kanan dan kiri. ibu jari bertemu ibu jari dan kesemua jari bertemu. cuba lipatkan kedua-dua jari tengah ke dua-dua jari tengah. Renggangkan kedua-dua ibu jari. Tahu kenapa kedua-dua ibu jari boleh direnggangkan.??

Sebab kedua-dua ibu jari mewakili kedua orang tua kita. suatu hari bila sampai satu masa dan ketikanya mereka pasti akan meninggalkan kita. Cuba renggangkan kedua-dua jari telunjuk. Jari telunjuk mewakili adik-beradik kita. Mereka akan membina kehidupan masing-masing dan juga pasti akan meninggalkan kita satu hari nanti.

Cuba renggangkan jari kelingking. Jari kelingking mewakili anak-anak kita. mereka akan membesar akan membawa haluan hidup masing-masing berkahwin beranak dan juga yang pasti mereka juga pasti akan meninggalkan kita.

cuba renggangkan jari manis??

tak boleyy ek.

Sebab itu cincin tunang.. cincin kahwin di sarung di jari manis. kerana cinta dari jari manis adalah cinta yang bersumberkan dari fitrah Allah yang lahir dari sanubari, dari hati yang ikhlas, jujur bukan kerana apa-apa tapi kerana kecintaaan itu sendiri. Baru lah cinta itu akan menjari indah.. murni.. suci dan akan kekal selama-lamanya.

Tapi apakah masih ada cinta jari manis??

 

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved —

semalu

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.ha. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi.
Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.
Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Pantang disentuh, pasti menunduk sopan TETAPI durinya tetap tajam berceracakan.

Pohon semalu, memang pemalu! Sifat malu, lambang keindahan dan kemuliaan wanita bermaruah.

Malu juga melambangkan nilai keimanan dan kesusilaan. Sabda Rasulullah SAW :
” Malu & iman itu adalah teman seiring jalan. Jika yang satu diangkat nescaya terangkat pula yang satu lagi. ”

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved —

Review filem ‘TANDA PUTERA’

Screen shot 2013-03-25 at 9.32.12 AM

 

Saya baru selesai menghabiskan masa lebih  sejam menonton filem TANDA PUTERA melalui saluran Astro first. Tahniah kepada penerbit filem ini kerana berjaya membuat saya menangguhkan seketika aksi menggoreng nasi petang tadi. Tiba-tiba boleh melekat hingga ke akhir filem ini.

Actually filem ni merupakan salah  satu filem kontrovesi  di Malaysia. Filem yang beberapa kali ditangguhkan penayangan nya di panggung.  Walaupun ada yang memboikot file mini, tetapi saya memberanikan diri menghabiskan waktu  kerana sifat ingin tahu yang amat sangat tentang filem ini. Synopsis file mini berkisahkan suasana perit maung iklim politik di Malaysia sekitar 1963 hingga 70an.

Filem ini mengisahkan tentang persahabatan yang akrab di antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak (lakonan Rusdi Ramli) dan Timbalannya, Tun Dr. Ismail (lakonan Zizan Nin) yang terpaksa berahsia serta mengetepikan masalah kesihatan yang dihadapi masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran daripada tercetusnya peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Saya tidak berminat bercakap lebih lanjut berkenaan dengan politik di sini tetapi suka menyentuh dari segi apa yang saya lihat dan apa yang saya dengar dan akhir sekali apa yang saya rasa melalui filem ini.

Pada mulanya saya tertanya-tanya  apa yang ada di sebalik  tajuk “tanda putera” ni. Tajuk filem ni tidak straight forward terus kepada jalan cerita. Pada poster filem saya cuma dapat lihat wajah rusdi ramli yang berkaca mata berbingkai besar persis lagak sebagai Tun Abdul Razak. Ayahda kepada Perdana Menteri sekarang Najib tun Razak. Heroin?? Ini bukan filem romantic yang mewajibkan seorang wanita sebagai salah seorang pelakon utama.

Bagi saya kekuatan file mini ialah kepada gaya penceritaan nya serta kisah bibilografi seorang negarawan yang bernama Tun Abd Razak. Bermula dengan tragedy 13 Mei, peristiwa komunis, pembunuhan IGP hingga perlantikan IGP yang baru semuanya di susun dengan teliti dan mengikut rentetan peristiwa.

Hubungan yang begitu akrab antara Dr Tun Ismail dan Tun Razak merupakan isi kandungan  hebat dalam filem ini. Rata-rata mereka yang sebaya saya mungkin tidak mengenali tokoh tersebut, tapi melalui filem ini saya dapat merasai akan karisma beliau sebagai seorang tokoh Negarawan.

Kekurangan pada filem ini bagi saya ialah pada prob pengambaran persekitaran. Para penonton yang lahir hari ini ingin melihat apa yang ada pada tahun 60an dan 70an.. Ia kelihatan  gagal dipersembahkan. Penonton hari ni kalau boleh, mereka ingin datang kepada filem ini untuk merasai suasana yang wujud pada masa tersebut… Pastinya tidak logic sekiranya kenderaan yang belum wujud lagi ketika itu tiba-tiba boleh dilihat dalam filem ini, begitujuga senibina-senibina yang belum wujud pada zaman tersebut boleh dilihat dalam beberapa scene.

Mungkin kerana minat yang mendalam tentang sejarah membuatkan saya melekat terus dengan filem ini. Filem ini juga mengingatkan saya kepada sebuah judul  filem epic sejarah dari negara seberang  iaitu ‘ habibie dan ainun’. kisah percintaan pemimpin indonesia yang sangat romantik dan cinta kepada manusia dan tanah air.  Seperti ada sikit persamaan bagaimana filem ini disunting.

Ending file ni juga sangat bagus menyanyat haji penonton. Kebanyakkannya  ternanti-nanti apakah sebenarnya  yang menimpa dan telah berlaku pada akhir hayat Tun Razak.  Bagi sesiapa yang benar-benar menghayati dan punya sedikit ilmu tentang sejarah malaysia. Filem ini boleh memberi serba sedikit gambaran tentang peribadi tokoh bekas Perdana Menteri ini, Tun Abd Razak bekas perdana menteri malaysia yang kedua.

 

“We will never know the real answer, before you try.”

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved

 

Note 1 : Rules Of Third [Part ll]

Untitled-1

salam jumaat dan selawat kepada rasulullah s.a.w,

Note 1 : Rules Of Third [Part ll]

Dalam rules of third apa yang kita utamakan ialah keseimbangan didalam frame. cara menyeimbangan cerita antara belah kiri dan belah kanannya supaya jalan cerita yang hendak dibawa tidak tergantung atau membuat orang tertanya-tanya atau ada yang akan menghukum anda sedang mengambil gambar curi!.

Dalam fotografi, Rules of third (R.O.T) adalah aturan memposisikan, meletakkan 1/3 bahagian didalam foto supaya kelihatan cantik dilihat dan ada cerita di sebaliknya. Didalam wikipedia berbahasa enggeris, rules of third di istilahkan sebagai :

The rule of thirds is a “rule of thumb” or guideline which applies to the process of composing visual images such as designs, films, paintings, and photographs.[1] The guideline proposes that an image should be imagined as divided into nine equal parts by two equally-spaced horizontal lines and two equally-spaced vertical lines,(Ref : http://en.wikipedia.org/wiki/Rule_of_thirds)

Sebagai orang dibelakang cemera, anda bertanggungjawab sepenuhnya MELAPORKAN, MENCERITAKAN, MENYAMPAIKAN.. persekitaran yang telah berlaku dihadapan mata melalui kamera. Dalam artikel saya yang pertama, telah saya ceritakan fotografer yang akan mengontrol kamera, jangan biarkan kamera anda yang mahal ini yang menguasai dan akan menjadi ‘queen control’.. jangan patuh pada dia. Maksud saya anda harus mahir menggunakan mode “M” mode manual.

Untuk menguasai R.O.T sebenarnya perlukan latihan dan ‘feel’ sendiri. banyakkan menonton filem-filem dari luar dan dalam negara, ini satu kelebihan bagi seorang peminat filem. Pada pendapat saya, filem-filem romantik lebih menjaga R.O.T kerana menghasilkan filem jurnal romantik memerlukan seseorang pengarah bijak bermain dengan perasaan.

Kalau ada masa, saya rekemenkan cuba tonton filem ombak “rindu” ni berulang-ulang kali. Scene perta lokasi pengambaran sawah padi tu di sekitar yan dan saya suka pemandangan kat situ. pernah sekali saya shooting portrait di sana. lihat bagaimana permainan D.O.P pada setiap frame. (Ref http://www.youtube.com/watch?v=r4mmc_Vl6hM)

Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang? Kemudian pandanglah sekali lagi niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itupun dalam keadaan payah. Al-Mulk : 3-4

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved

Note 1 : Rules Of Third [Part 1]

DSC_0241

salam jumaat dan selawat kepada rasulullah s.a.w,

Note 1 : Rules Of Third [Part 1]

ketika melihat subjek didalam frame kamera, perkara pertama yang perlu di ambil berat dialah keseimbangan didalam frame. Dalam bahasa teknikal fotografi ini kita sebut sebagai rules of third. Rules of third ini ialah bahasa didalam menyampaikan cerita dalam sebuah gambar. jika Rules of third gagal maka anda telah gagal membawa cerita dan makna didalam sebuah gambar.

jika sekitar 80an.. paklong maklong kita kalau nak rakam sesuatu peristiwa dia akan shoot keseluruhan gambar. Alasannya, takut rugi kodak! masa berjalan dan terus beredar. trend sekarang manusia suka melihat sesuatu subjek dengan jelas. kita boleh nampak jelas perasaan manusia kalau kita close up pada bahagian kening dan bibir tapi kalau kita rakam gambar mereka full body mata kita tidak akan dapat menangkap perasaan subjek mereka.

Gambar sekerat-sekerat ini yang banyak berkaitan dengan Rules of third. kalau salah R.O.T gambar tersebut tidak salah tetapi ceritanya tidak ada dan cacatlah gambar yang dihasilkan.

ingat, foto yang bagus adalah bergantung pada pengarahan kita yang baik. kita yang kontrol kamera bukan kamera yang kontrol kita. sampai disini dulu

1 Nov 2013
Seberang perai

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved

Bunga striking yellow

bunga

DSC_7811i

DSC_0328

bunga dari foto yang paling atas ini namanya bunga maridgold diikuti dengan bunga daisy, saya bawa pulang dan tanam di depan halaman rumah. Semangat yang membuak-buak untuk membina sebuah taman bunga english walaupun hakikatnya bunga-bunga seperti sangat manja untuk hidup di tanah rendah. Kebiasaannya  kita tengok bunga-bunga renek ini hidup mekar merimbun  di eropah atau sekurang-kurangnya di cameron highland pahang sana.. Alangkah indahnya kalau pokok-pokok ini dapat hidup mekar di kediaman rumah sendiri.

how you feel?? kalau buka-buka pintu saja anda dapat melihat rimbunan bunga yang striking color.

Orang perempuan suka bunga kerana ia cantik.. tapi saya nampak keindahan sekumtum bunga didalam frame.

Kumbang-kumbang, lebah yang mana boleh membaca posting ini sila memeriahkan suasana taman saya ya.. agar saya boleh shoot gambar seperti ini selalu.

Imam Syafie pernah berkata “aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu”.

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved

Bagaimana mencipta karya

_DSC1279

“secangkir kopi merah”, masih ingat lagi saya satu ketika dahulu akan status yang kerap lalu di wall hampir setiap minggu dari seorang jurufoto indonesia. Fotografer ini seorang lelaki, sudah tua dan berkumis tebal. kurus orangnya dan sering bergaya dengan topi kebun. saya dapat bayangkan hubungan dia dengan secangkir kopi setiap petang. mungkin ini adalah satu cara beliau melepaskan ‘lelah’ atau dalam bahasa eropah Release tension. satu amalan yang sangat baik bagi saya. Percaya atau tidak kalau saya katakan aroma kopi dari haba yang panas ini mampu menghilangkan kekusutan di minda.

Teringat saya bait kata dari pakar Motivasi, Dr Fazilah kamsah..” hati yang tenang yek yek.., menghasilkan otak yang cergas, jiwa yang tenang. Sesungguhnya otak yang tenang akan mengaktifkan balik pemikiran kita. Mana ada orang yang mampu membuat keputusan dalam keadaan yang cemas bukan?? dalam setiap manusia kita dianugerahkan dengan 2 bahagian otak, iaitu otak kanan dan otak kiri. Perbedaan dua fungsi dari otak kiri dan kanan akan menentukan tentang sifat, karakteristik dan kemampuan yang dimiliki seseorang.

Saya sayangkan otak kanan saya.. kerana tanpanya saya tidak mampu berangan dan tidak mampu rilekkkk. Otak kanan ini Berperanan dalam fungsi perkembangan Emotional Quotient (EQ). Jika seseorang cenderung memiliki bakat tertentu, seperti seni dan lainnya, mungkin ini peranan dari Otak Kanan yang baik dan kuat.

Tanpa pemikiran yang matang.. semua ini tidak mampu dikerjakan dengan sempurna. Percayalah, tidak mudah menyiapkan hasil sekeping foto. selain keperluan masa, juga keperluan ilham yang dikurniakan Dan diatas segalanya adalah kekuasaan Tuhan Yang Maha Esa. it should be not to be programming!

Jangan curang tau.. hold the line and stay with me. call 013-429 0077 to book for your big day.

“ berikan aku seribu orang dan dengan mereka akan aku gerakkan gunung semeru. Beri aku sepuluh pemuda yang membara cintanya kepada tanah air dan aku akan menggoncang dunia” – Bung karno, Presiden pertama Indonesia

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved

Langkawi trip

DSC_7661

DSC_7584

another best moment in langkawi. untungnya saya sampai di atas sana dalam suasa yang seakan-akan paris =)

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved

sesudah hujan

lagkawi

DSC_7762

was taking when eagle feeding at langkawi island. Cuaca hujan sekejap-sekejap ketika persinggahan kami ke kawasan eagle feeding rupanya mempunyai alamat hikmahnya. Hikmahnya, saya dapat shot yang terbaik untuk foto bertemajakan ‘sesudah hujan’. dia gambar ini di ambil dari lokasi yang berbeza dari tempat pulau kelahiran mahsuri ini.

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved

Let frame…

DSC_8268

foto yang bagus adalah bergantung kepada seni pengarahan yang baik. kalau kita tidak mampu memberi arahan pada subjek kita.. kita memberi arahan pada kamera kita sendiri. kalau tidak mampu memberi arahan pada kamera sendiri.. you are not photographer

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved