Hari ini 16 Mei, Selamat Hari Guru..

Kadang-kala guru diistilahkan sebagai cikgu, Ustaz, Tuan Guru dan sebagainya. walauapapun kaedah panggilannya yang digunapakai, maksudnya tetap sama iaitu merujuk kepada seseorang yang tinggi darjat ilmunya dengan mendidik anak bangsa. Tanpa guru, saya sendiri tidak mampu mengarang sebegini sebagai seorang bloggest.

Sebenarnya hampir separuh bekas klient-klient putrafoto terdiri dari mereka yang bekerja sebagai pendidik atau guru. Maka tidak salah kiranya saya mengabadikan ruang entry 16 Mei ini untuk semua guru-guru di Malaysia. Sekurang-kurangnya saya rasa bertuah kerana kini saya dapat mengajar guru-guru ini bagaimana untuk tampil dihadapan kamera. Saya kira mereka kurang arif disitu, tetapi mereka tetap hebat dalam mendidik anak bangsa.

Secara peribadi, saya mengambil peluang yang ada ini untuk mengucapkan selamat hari guru buat seluruh guru-guru di Malaysia. Ucapan paling eklusif ditujukan kepada guru-guru SMTSP2 sesi 97 / 98. Tanpa guru-guru ini, shahrilmajid tak tahu apa itu hokum ohm dan sebagainya,

Kata orang, guru itu ibarat lilin menerangi seluruh alam maya hingga terbakar dirinya sendiri. Marilah kita memberi sepenuh penghargaan kepada guru masing-masing kerana tanpa berkat ilmunya anda tidak mampu membaca tulisan saya ini.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.