Welcome Ramadan 1434 Hijrah, menanti malam 1000 bulan

DSC_6562

Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan beza (antara yang hak dan yang batil).” (Al-Baqarah: 185)

Persedian Ilmu Penghayatan Ramadhan bukan bertujuan merumitkan amalan seseorang, cuma bimbang ibadah yang diharapkan mendapat ganjaran pahala sebaliknya tidak diterima malah menjadi sia-sia.

Ramadan 1434 Hijrah, bermakna 1400 lebih zaman rasullulah meninggalkan kita maka sedikit demi sedikit kita semakin sikit penghayatan yang sampai kepada kita berbanding zaman rasullulah dan sahabat. Sesekali saya cuba bayangkan bagaimana malam – malam ramadhan di zaman mereka??

Disebutkan oleh Imam Malik bin Anas dalam kitabnya Al-Muwatta (no. 248) bahawa, “Omar bin Al-Khattab radhiyallahu ‘anhu memerintahkan supaya Ubai bin Kaab dan Tamim Al-Dari mengimamkan solat jemaah dengan sebanyak sebelas rakaat; dan imam akan membaca dua ratus ayat sehingga kami terpaksa bersandar di atas tongkat kerana lama berdiri; dan tidaklah kami selesai melainkan ketika sudah hampir fajar.” (Sanadnya dihukum sahih oleh Imam Al-Albani dalam Kitab Solat Tarawih, hlm. 53)

Apa yang saya lihat, ramai diantara kita lebih pentingkan nak fikir tentang berbuka puasa berbanding kelam kabut nak pergi terawih dan merasai keseronokkannya. Lebih sibuk nak berdating, berbual kepada perkara yang tidak bermanfaat.  Ada baiknya masa sebegini di manfaat sebaiknya untuk berzikir, berdoa, berselawat mengagungkan kebesaran maha pencipta.

Dalam surah yang paling pendek sekali.. “Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(3)- Al-Qur’anul Karim; Surah Al-‘Asr (103) ayat 1-3)

Dalam kitab al-Quran, perkataan “hari” diulang sebanyak 365 kali manakala perkataan “bulan” diulang sebanyak 12 kali. Ini secara puratanya menjadikan bilangan hari dalam sebulan menjadi 30. Di antara bulan bulan tersebut terdapatnya bulan yang penuh keberkatan yakni bulan Ramadan. Bulan yang mana setiap amalan dilipat gandakan pahalanya, bulan yang doa dimakbulkan, bulan yang orang-orang yang memahaminya menggunakan masa yang dipinjamkan dengan sebaikmungkin.

Sedikit peringatan tentang malam lailatul qadar,

“Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (QS. Al Qadar: 3-5). Sebagaimana kata Abu Hurairah, malaikat akan turun pada malam lailatul qadar dengan jumlah tak terhingga.[2] Malaikat akan turun membawa kebaikan dan keberkahan sampai terbitnya waktu fajar.[3] Dari artikel ‘Menanti Malam 1000 Bulan — Muslim.Or.Id’

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved

 

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.