Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir batin
Semakin cepat ramadan berlalu, bulan mensucikan manusia dari dosa juga merupakan bulan yang tenang bagi mereka-mereka yang ingin menghayati. Kisah perjuangan setiap manusia di bulan ramadan ditemani sang malaikat kian ke penghujung dan hari ini adalah hari kemenangan bagi mereka yang pernah merasa perit dan susah dengannya. ianya di anugerahkan syawal di akhirnya.
Setiap kali ramadan saya suka menyimpan azam tapi kali ini ada dua kitab yang belum sempat saya khatam, mungkin tahun depan di beri kesempatan lagi. thank to hassani bookstore yang bagi diskaun buku. Tahun lepas saya pun begitu, suka bagi diskaun dekat klient saya. itu sahaja yang mampu buat setiap kali ramadan sebagai seorang jurufoto. kenapa ramadan sangat ditunggu-tunggi bagi saya?? suka saya kongsikan kata-kata orang seperjuangan.
……..
“Yang pertama..Orang yang berniaga ni tidak ada boss kan?Dah tentu dialah boss untuk bisnesnya sendiri?..Jadi,orang yang berbisnes ni lebih DIRECT CONNECTIONnya dengan ALLAH..Dia tak ada boss..Dia minta DIRECT dengan Allah..CONNECTION dia sepatutnya sangat KUAT dengan ALLAH..Kerana dia tak ada gaji yang dah memang tetap masuk dalam bank setiap hujung bulan.Dia tak ada boss untuk merujuk jika ada masalah..yang ada hanyalah ALLAH..
Dia sepatutnya sangat memerlukan ALLAH..sangat BERGANTUNG pada ALLAH..sangat MEMINTA-MINTA pada ALLAH..sangat BERSYUKUR di atas nikmat yang ALLAH berikan..Itulah antara kecantikan yang lebih mendalam tentang kelebihan orang yang berniaga..
…..
…
Ramadan tahun ni saya banyak shooping buku-buku sahaja berbanding baju raya. Rasa macam nak tido saja ka kedai sana. Kepada mereka yang kerap ke facebook saya, yang suka kan hasil kerja saya. MAAF kerana sudah lama tidak aktif disini. Saya akan aktif di blog (ingin jadi bloggest la pulak hihi) saya ucapkan ribuan terima kasih.. beberapa bulan lalu banyak job yang saya tolak tapi kali ini saya tak sampai hati nak biarkannya lagi.
Percayalah, saya akan tetap bekarya sampai kaya-raya hihik… banyak inbox yang tak sempat di baca, yang xsempat saya balas saya balas kat sini. cukup berharga semua tanda ingatan saudara/i itu.
Selamat hari raya teman-teman di Indonesia, Brunei, Singapore dan Malaysia. Juga tidak lupa kepada anak-anak murid saya..saya tiggalkan kata-kata seorang sukarno untuk dipraktikkan bersama ” Learning without thinking is useless, but thinking without learning is very dangerous!”. i still learning to achieve my goal
Raya Jemput mai rumah makan laksa
Maaf Zahir dan batin
shahrilmajid sekeluarga..
“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved