Menjadi drone operator untuk Istiadat menyambut keberangkatan balik Tuanku Sultan Kedah sebagai YDP Agong. (No Fly Zones)

[Kisah pengamal fotografi 33]

Saya ada 2 hari untuk persediaan menerbangkan sebuah drone untuk persediaan menyediakan aerial footage bagi Team Video bagi sambutan keberangkatan balik Tuanku Sultan Kedah. Saya tidak menaruhkan harapan yang besar untuk misi aerial footage ini kerana lokasi point penerbangan ini betul-betul sebelah menara Airport. Banyak hal yang saya risaukan selain masalah angle, kelelamatan, cuaca, firmware dan sebagainya. Selepas majlis raptai di Istana, saya memohon untuk melihat sendiri lokasi point penerbangan yang di maksudkan untuk meklumat yang lebih jelas. Lebih kurang jam 6.00 ptg, kami sampai di airport untuk melihat kesesuaian tempat dan latihan mengendalikan drone di situ.

Malang sekali apa yang di rancangkan tidak seindah yang di sangka, sebaik throttle phantom dihidupkan, perisian DJI Go dalam sistem android saya gagal menerbangkan drone yang di maksudkan, atau dalam erti kata lain firmware phantom tidak mendapat authority untuk membuat penerbangan memandangkan airport adalah kawasan larangan untuk segala jenis drone. it’s “No flying Zone”. Sebenarnya permit penerbangan khas telah di berikan lebih awal samaada dari pihak airport mahupun DCA, ini bukan halangan utama kami tetapi ini masalah baru yang tiba-tiba sedang timbul.

Setelah beberapa rundingan di lakukan antara pihak tower, keselamatan airport dan sebagainya.. kita gagal mendapat punca dan akibat di mana masalahnya kerana pihak airport telah membuka segala laluan untuk phantom ini terbang mengambil rakaman video.

Masa untuk membuat latihan rakaman sangat suntuk, memandangkan lusanya akan terjadi kejadian sebenar untuk upacara bersejarah ini dan keesokannya saya bersama MohsinFullHD akan ke perlis untuk rakaman sebuah lagi majlis perkahwinan. Saya juga amat berterima kasih kepada team group Northern Quad copter yang banyak memberi segala cadangan dan saranan kepada masalah ini. Walaupun dah pegang remote drone dalam 2 tahun, tapi saya kurang arif berkenaan firmware software dan sebagainya.

DJI introduced geo-fencing in 2013 – the technology uses GPS location signals to block its unmanned aircrafts flying close to airports, sporting events and other restricted zones.

Saya kongsi sedikit punca masalah error “flying zone” untuk kawasan airport. Menurut hasil selidikan saya selama 6 jam tempoh hari, sebenarnya ia bukan berpunca dari DCA mahupun airport dan sebagainya. Ia berpunca dari DJI Phantom itu sendiri. firmware dari phantom telah block lokasi itu untuk membuat penerbangan.

Menurut sumber dari laman web DJI Phantom sendiri, untuk membuat permohonan untuk ‘unlock’ kawasan larangan drone seperti Airport, kawasan Neuklear, ketenteraan dan sebagainya, pengadu perlu mengisi borang permohonan yang telah di sediakan di laman web rasmi DJI dan permohonan perlu di buat dalam masa 5 hari untuk menunggu kelulusan. Sekiranya dululuskann pun, kemudahan ini tersedia untuk pengguna iOS sahaja iaitu iphone.

Antara pernyataan bertulis yang di perlukan di sediakan untuk mendapat kebenaran dari DJI pula ialah :

-Suatu pernyataan bertulis bahawa mereka dibenarkan secara sah untuk terbang di kawasan yang dimaksudkan.
-Satu bentuk pengenalan orang yang menandatangani kenyataan itu perlu disediakan
-Pautan penafian yang dilampirkan perlu ditandatangani, mengesahkan bahawa anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk penerbangan anda.
-Pautan dilampirkan perjanjian tidak boleh dedah mengenai perisian adat mestilah ditandatangani

Di samping itu anda perlu menyediakan dalam e-mel maklumat berikut:

1) nombor siri Penerbangan flight operator itu (

2) zon penerbangan yang diperlukan butiran termasuk longitud lokasi, latitud dan jejari. Sila berikan maklumat dalam format berikut mis .: longitud: 1.123456; latitud: 1.123456, jejari: 500m.

3) Tempoh penerbangan di buat. Sebagai contoh dari 24 Mac 2016 hingga 24 Apr 2016

4) alamat e-mel DJI ID

Fuhh.. giler macam memang tak mau bagi fly ja

Ini bermakna, pernebangan ini mustahil di lakukan.. Mission impossible. peluang amat-amat tipis. Agak ramai pihak media dan penganjur yang agak frust dengan keputusan ini tetapi kita sudah berusaha sedaya upaya. Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kepercayaan kepada saya dan phantom ini untuk mengendalikan drone itu di sini. walaupun tak dapat fly, sekurang-kurangnya saya dapat sedikit knowledge berkenaan sistem ‘geo-fencing’ yang di perkenalkan oleh pihak DJI.

What happen Next..? Plan B, saya terpaksa masuk airport dengan DSLR dan tripod as a usual.

Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
ig : shahrilmajid / whatapps : 016 4103914
Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.
All Rights Reserved

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.