Belajar tengtang “NIKMAT”… [kisah pengamal fotografi 9]
Sesungguhnya nikmat itu kita cuma rasa bila ianya sudah tidak bersama dengan kita lagi. Bagi seseorang jurugambar, nikmat bagi mereka ialah kepuasan samaada sebelum atau selepas berkarya dengan sejenis alat canggih yang dipanggil ‘kamera’. Tetapi bagi saya nikmat yang paling penting sekali ialah masa dan kita perlu belajar menghargainya.
Saya baru pulang dari public Gold, tak sangka hasil karya saya secara tidak disedari berjaya menarik perhatian mereka di sana. Dari mana mereka tahu saya seorang jurufoto??? hihi that is my question. Bagi saya amat sukar untuk menarik perhatian orang cina untuk menggagumi hasil kerja kita kerana sekian maklum bahawa merekalah antara yang mempelapori fotografi ini. Kerana itu, saya sedang berusaha untuk menarik perhatian pelbagai kaum dan meyakinkan akan kemampuan kita dalam bidang fotografi.
Pernah dulu ketika berada di KL, saya menerima panggilan dari seorang pensyarah animasi dan Filem untuk cover majlis perkahwinan beliau. Berat hati untuk terima kerana kalau saya terima bermakna itu adalah pengalaman pertama saya dalam majlis perkahwinan india.Dengan tiada pengalaman akhirnya saya terima beliau sebagai klient india saya yg pertama. Rupanya tugasan pertama itu memudahkan saya untuk berurusan dengan tawaran Majlis-majlis perkahwinan dan pertunangan india yang seterusnya. Rezeki datang dalam berbagai-bagai bentuk dan ini adalah contohnya. Hingga ke hari ini sudah 4 kali saya berurusan dalam mengendalikan kerja-kerja fotografi dalam istiadat kaum india.
Jauh lagi matlamat saya dalam bidang fotografi. Sebagai jurufoto, tiada boss yang akan memberi KPI, jadi andalah yang menilainya. semoga rakan-rakan dari pelbagai kaum dapat menerima hasil kerja saya.. =)
“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved
