Mereka yang cantik dalam frame..adalah mereka yang punyai Aura

semalam saya baru sahaja menonton rancangan jangan tidur lagi. Ada 3 jemputan yang dipanggil ke studio untuk memeriahkan rancangan itu dan antara seorangnya adalah seorang pengarah filem yang saya kira amat berjaya dan saya berbangga ada seorang pengarah dari kalangan orang kita yang berjaya dan mungkin bertaraf jutawan. Orang yang saya maksudkan ialah Ahmad Idham, wajah yang selalu saya lihat setiap malam jumaat di channel Mustika ASTRO.

Sebagai seorang pengarah, secara jujur beliau mengakui bahawa wajah adalah ciri yang pertama dahulu untuk diberi perhatian untuk sesebuah filem. Saya selalu mendengar istilah “komersial”, atau mungkin itu yang ingin dimaksudkan beliau. seperkara lagi yang menarik perhatian saya adalah apabila ahmad idham mengakui ada sesetengah orang, cantik bila berada di dalam frame tapi diluar kamera adalah sebaliknya. Mereka ini adalah mesra lensa. mungkin inilah yang dimaksudkan fotogenik. i don’t know what fotogenic mean walaupun saya pernah dijempuat untuk mengadili pertandingan Miss fotogenic.

Jesteru pagi-pagi lagi saya terus mencari apa maksud fotogenik mengikut pemahaman mereka yang lebih arif.

Fotogenik adalah bakat yang tidak terbantahkan, kaum foto genik dilahirkan dengan gen khusus dimana kalau mereka dipotret aura yang tidak tampak pada mata biasa akan tertangkap oleh lensa kamera , oleh karenanya disebut sebagai fotogenik.

 

Dalam dictionary macbook saya  :

photogenic |?f?t??jenik|

adjective

1 (esp. of a person) looking attractive in photographs or on film : a photogenic child.

2 Biology (of an organism or tissue) producing or emitting light.

Rupanya inilah maksud fotogenik yang sebenar. kini saya sedari bahawa setiap individu sebenarnya mempunyai aura atau karismanya yang tersendiri didalam foto mahupun frame gambar. Sebagai seorang jurufoto, tugas saya hanyalah untuk menonjolkan kecantikan wajah seseorang didalam frame. Adakah anda  tergolong dalam apa yang saya maksudkan ingolongan fotogenik.? i can just judge only with your picture..

 

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.