KISAH BETAPA BERANINYA TUN M YANG RAMAI MUNGKIN TIDAK TAHU.

 

Ada beberapa peristiwa berani ketika Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia. Apabila mereka serang, kita balas dan mereka akhirnya tunduk dengan kita.

1. Serangan subuh atau “DAWN RAID” beberapa bulan selepas Tun M jadi PM – Semua orang tahu bagaimana Malaysia merampas balik Guthrie yang menyebabkan kerajaan British bengang sampai mereka melakukan beberapa perkara, antaranya; menaikkan yuran pengajian pelajar kita kat sana dan melarang hak pendaratan tambahan kepada Malaysia Airline di sana.

Kes ini menyebabkan Tun Dr Mahathir tidak tunduk malah melakukan serangan balas dengam melancarkan kempen “BUY BRITISH LAST”. Kempen ini bermula dengan tindakan beliau yang mengarahkan semua pembelian oleh kerajaan Malaysia dari Britain perlu dirujuk kepada beliau dan perlu disertakan dengan sumber alternative dari syarikat selain Britain. Pembelian dari Britain hanya boleh dilakukan sebagai pilihan terakhir.

Ini menyebabkan British rasa tertekan, selepas 5 bulan kempen itu, kerajaan British menghantar Menteri Luar nya untuk berunding dengan Malaysia. Rundingan itu gagal sehingga menyebabkan PM BRITAIN sendiri iaitu Iron Lady Britain Margaret Thatcher sendiri turun ke Malaysia untuk berunding dan mencapai kata sepakat iaitu kerajaan Britain menyediakan bantuan kewangan sebanyak 160 juta pound sterling sebagai subsidi kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di UK dan memberi hak pendaratan tambahan kepada Malaysia Airlines di Heathrow International Airport.

2. Ketika tahun 1994, Media Britain telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Malaysia dan Tun Dr. Mahathir. Mereka mengatakan bahawa projek Pergau Dam ini adalah `gula-gula’ kepada Malaysia sebagai pembalasan kepada perjanjian pembelian senjata oleh Malaysia. Malah media di Britain juga menuduh bawah Tun Dr. Mahathir menerima rasuah. Media di Britain telah cuba menghubungkaitkan perjanjian jualbeli senjata dengan projek Pergau Dam [The Sunday Times, January 23, 1994] dan telah menuduh perbuatan rasuah bernilai RM2,230,106.1 kepda Dr. Mahathir [The Sunday Times, February 20, 1994].

Mahathir kemudiannya melancarkan “Buy British Last 2” Mahathir memberitahu Duta Britain, Duncan Slater bahawa Malaysia tidak lagi akan memberi kontrak kepada Britain selepas Malaysia menerima 28 buah pesawat British Aerospace Hawk Jet-fighter trainers.

Mahathir telah menulis surat kepada Financial Times dengan menyatakan “…no contracts in exchange for British press freedom to tell lies” [The Financial Times, March 17, 1994] dan Dr. Mahathir telah menyampaikan kekecewaanya kerana kerajaan Britain tidak membetulkan tanggapan bahawa sebenarnya projek Pergau Dam adalah low-interest loan (concessionary loan) dan bukannya grant. Dr. Mahathir juga menuntut editor Sunday Times untuk meminta maaf di atas tuduhan rasuah yang dibuat ke atas beliau. Hasilnya, selepas 3 bulan, editor Sunday Times tersebut telah ditukarkan dan tidak lagi bersama akhbar The Sunday Times.

3. Seluruh Negara Australia pernah kecoh satu waktu dulu sekitar tahun 1983/1986. Dua rakyat Australia ditahan kerana dua rakyat nya bakal ke tali gantung alibat memiliki heroin, yang ketila itu undang-undang tersebut baru dilaksanakan di Malaysia iaitu dengan menjadikan dadah sebagai musuh negara. Brian Geoffery Chambers dan Kevin John Barlow ditahan pada bulan November 1983 di Bayan Lepas International Airport dan hukuman untuk ke tali gantung dibuat setelah mahkamah mendapati mereka bersalah.

Pelbagai tekanan dari kerajaan Australia diberikan kepada Malaysia malah Britain pun campurtangan. Namun kerajaan dipimpin oleh Mahathir tidak berganjak dan stood his ground, salah tetap salah. Agak nya ini sebab nya hubungan Malaysia bersama Britain bertambah tegang kerana walaupun Australia memohon campurtangan Britain yang mereka sangka boleh “pressure” kerajaan Malaysia namun gagal.

Pendirian kerajaan Malaysia pesalah tidak dilihat dari negara mana atau latar belakang apa selain kesalahan yang dilakukan.

4. Di saat dunia menyambut tahun baharu, ucapan Tahun Baharu Tun Mahathir ketika 2003 mengejutkan dunia apabila menemplak Australia dan Singapura apabila kononnya nak gertak Malaysia nak buat serangan “Pre-emptive” kepada Malaysia.

Tun M dalam ucapannya;
“Prime Minister Dr Mahathir Mohamad’s warning that aggressive foreign powers could expect a “bloody nose” apparently aimed at both Australia and Singapore.

We promise that if anyone violates our freedom with pre-emptive action or forward defence, they will get what the (Westerner) calls a bloody nose,”

Sebahagian daripada keberanian Tun Dr Mahathir menyebabkan dunia memandang tinggi terhadap negara Malaysia pada masa itu. Kini hanya tinggal kenangan, Malaysia dikecam hebat oleh dunia. Wallahuaklam.

 

Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
ig : shahrilmajid / whatapps : 016 4103914
Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.
All Rights Reserved —

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.