Wedding Dinner Kathir & K.indra

DSC_5412

DSC_5443

DSC_5468

DSC_5483

DSC_5508

DSC_5512

Location : Kulim Golf Resort
Memahami adab dan budaya kaum lain adalah satu kelebihan dalam mengendalikan liputan majlis seperti ini. Untungnya, malaysia ini terdiri dari pelbagai bahasa dan budaya.

Tidak seperti majlis perkahwinan melayu, budaya masyarakat india kebiasaannya mengadakan majlis perkahwinan pada waktu malam bermula jam 7.30 malam hingga jam 11.00 malam. Majlis seperti ini dipanggil “Wedding Dinner”. Disinah anda boleh menemui wanita india berpakaian saree dan sebagainya.

Jika majlis perkahwinan melayu, para tetamu kebiasaannya akan menghulurkan hadiah ataupun wang tunai di dalam sampul sebagai hadiah kepada pengantin tetapi bagi masyarakat dan budaya india lain pula ceritanya.

Pada hadirin biasanya akan menemui pengantin di atas pelamin. Di sana akan di hias cantik sebuah pentas untuk di dirikan pelamin. Ketika itulah pihak tetamu akan bersalaman sambil menghulurkan hadiah berupa wang tunai di dalam sebuah sampul berisi wang tunai kepada pengantin.

Di dalam sampul surat tersebut juga akan di tulis catatan nama pemberi dan penerima wang berkenaan. setelah habis majlis, kesemua sampul ini akan di buka dan setiap nama pemberi akan di catat dan direkodkan oleh ibu bapa pengantin. Ini bagi memudahkan si ibu bapa pengantin membalas sampul wang sekiranya di jemput untuk ke majlis anak tetamu kemudian nanti. Kebiasaannya nilai di ganda RM10 atau lebih.

Saya bertanya kepada rakan india saya, berapa nilai biasa yang di beri tetam?? biasanya nilainya boleh jadi serendah-rendah RM15 hingga RM50.

Fotografi juga agak berbeza untuk wedding dinner ini. foto-foto. Banyak foto-foto group lebih di utamakan di sini. Jika anda seorang jurugambar, pastikan mempunyai bekalan bateri flash yang cukup.
Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
ig : shahrilmajid / whatapps : 016 4103914
Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.
All Rights Reserved —

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.