Kisah seorang gadis cina, anak india dan saya.. Merdekaaaa…

DSC_0330

 

Hari ini hari jumaat, peristiwa berlaku 10 minit sebelum pukul 3 waktu Malaysia. saya baru saja masuk ke dalam kereta, di celah samar-samar dari dalam cermin pemandu tiba-tiba datang seorang gadis cina yang sangat mempersona. Kulitnya potih gebuk, badannya kurus, tingginya lampai, lehernya jinjang dan mukanya bujur. Saya kira lebih cantik dari janet khoo, pelakon pujaan saya suatu ketika dulu. Lengkap berpakaian hitam dari bawah hingga ke atas dari pemerhatian saya. Rambutnya tidak terlalu ikat mayang kerana diikat kemas. Kadangkala angin menghembes mengalunkan rambutnya.. chewah.. korang macam baca novel la pulak =P

serius, gadis cina itu sememangnya cantik, cantik potongan badanya bak supermodel sama seperti mana-mana model yang pernah saya shoot sebelum ini. saya memerhatikan gerak-gerinya sejak menaiki anak tangga pertama lagi. tiba-tiba.. entah datang dari mana, datang seorang anak india tercungap-cungap menggendong sebuah basikal dari tingkat dengan  arah bertentangan. dari jauh saya lihat basikal milik anak india ini hampir sama tinggi dengan tuan empunya basikal sendiri. Aduh, kasihan saya laluan gadis itu terganggu. sudah lah ruang laluan yang sempit, diganggu pula dengan basikal yang dikendongnya.

it’s happen on second floor.. saya memerhati dari dalam kereta sahaja kejadian petang tadi.
…….

 Then..Did you know what happen???

saya melihat dengan penuh kagum gadis cina itu melemparkan senyuman yang cukup manis buat kanak lelaki india itu tadi. Boleh rebah anak kucing 5 ekor waktu tu ketika gadis itu melemparkan senyumam. saya berkelip sekejap.. Kemudian saya melihat gadis cina tadi menggendong basikal milik kanak india berumur 10 tahun itu hingga ke tingkat bawah. iyer… she carrying his bicycle hingga ke tingkat parking bawah sekali.. Can you imagine that moment. seorang gadis yang pada mulanya menaiki anak tangga dengan penuh lemah-lembut  & kepenatan, kemudian membantu menggendong membantu menurunkan basikal yang bukan kepunyaannya ke tingkat bawah.. kemudian naik semula ke tingkat atas dengan penuh hati yang  ikhlas.

So sweetlah that moment.. kalau ada kamera d300s waktu tu pasti akan saya attach dengan  fotonya sekali  untuk entry ini. saya tak xtau, saya memuji dan memuja amoi tu sebab akhlaknya atau sebab dia cantik =).

Salam 1 Malaysia, Merrrrrrdekaaaaaa

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.