This is my Umar. The conquerer. [Kisah pengamal fotografi 28]
Insan yang bernama Umar datang dan pergi. 1400 tahun sejak zaman kerasulan Nabi hingga sekarang, ada 3 tokoh yang pernah berkongsi nama UMAR. Bermula dengan sahabat nabi Umar al-khattab, cicitnya Umar bin abdul Aziz dan Umar Muktar, pemimpin perjuangan Libya yang menentang pendudukan itali di Libya. Kisah mereka bukan dongeng dan pernah mempunya cerita sejarah pemerintahan, perjuangan dan pengorbanan masing-masing.
Ejaan Umar berasal dari bahasa Arab (Islam), iaitu ain, min dan ro. Dalam kamus arab, Umar adalah gelaran bagi laki-laki. Nama Umar biasa dipakai untuk memberi nama depan, tengah mahupun belakang.
Pada 61 hijrah, lahirnya Umar bin abdul aziz daripada keturunan umar al khattab sendiri. Semasa hidupnya, khalifah umar selalu berdoa. “wahai tuhanku, kurniakan aku zuriat yang menguatkan islam”. Doa khalifah Umar al-khattab termakbul dengan lahirnya Umar bin Abdul Aziz
Dulu saya sangat cemburu pada setiap pemiliki nama umar kerana saya mempunya doa yang hampir sama. Hari ini, mungkin cemburu itu kini bertukar menjadi syukur kerana tuhan telah menghadiakan saya seorang Umar.
Jika ada 1000 orang yang membela kebenaran, aku mahu engkau salah seorang diantaranya. Jika ada 100 orang yang membela kebenaran, engkau tetap berada diantaranya. Jika ada 10 orang pembela kebenaran, engkau tetap ada di barisan itu. Dan jika ada 1 orang yang tetap membela kebenaran, engkaulah orangnya.”
This is my Umar. The conquerer.