Kenapa orang putih selalu cakap “Live Begin at 40”

DSC_0212

DSC_0251

Saya masih ingat satu mesej yang masuk ke group we chatantara kami kawan-kawan lama dan sebaya. “biasa lah.. life begin at 40, kataseorang rakan yang dianjak umurnya ke 40”.. Apa sebenarnya yang ada disebalikangka 40??. Umum mengetahui seorang wanita lebih matang dari lelaki ketikamereka berumur 20tahun ke atas manakala sebaliknya berlaku apabila beranjak ke siries yang seterusnya.

Sebenarnyaangka 40 ini.. soal kematangan umur manusia di atas muka bumi. Kita selalu dengar “life begin at 40” daripada “hidup bermula daripada umur 40” dan orang kita lebih percaya “life beginat 40” daripada mendengar kata-kata “hidup bermula pada umur 40an”. Begitulahmelayu yang patuh mendengar kata-kata sarjana barat.

Kalau anda rajin menyelak-nyelak helaian tafsir, pasti andadapat memahami maksud ini.

Dan Kami wajibkan manusiaberbuat baik kepada kedua ibu bapanya ibunya telah mengandungnya denganmenanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialahdalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yangsempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “WahaiTuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang engkaukurniakan kepadaku dan kepada ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amalsalih yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk kedalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dansesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”. –Surah al-Ahqaf 15

Hujah yang sangat kuat untukmenceritakan “live begin at 40”.. ketika berada di padang futsal, teringat kataseorang sahabat masa bercinta, bertunang, berkahwin adalah fasa hidup yangberbeza. Ketika umur di 40 kita mempunyai segalanya. Cinta.. tunang..hartamahupun anak pinak. Umur 40 ialah umur dimana mereka benar-benar meninggalkanzaman mudanya.

Juga adalah agak ‘jelek’ bilakita melihat seseorang di usia 40an masih tidak bijak menjaga etika berpakaian.Mereka masih lagi berkaian menjolok mata, skirt pendek tak ingat.. bajunyaketat-seketatnya samaada dia itu artis atau sebaliknya.

Kita dapat melihatbetapa ramainya orang yang berjaya di usia 40. Punya kereta dan pangkat dan segalanya. Kenapa?? Bukan kerana nombortetapi kerana kematangan. Dalam satu wawancara antara syed mokhtar al bukhary(koperat melayu yang menjadi salah seorang yang terkaya di Malaysia) ketikaditanya apakah rahsia kejayaannya menjelaskan

Tiadaapa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semuajuga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan sayayang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkanmereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalansingkat.

Jelas di sini umur 40 dapatdijadikan sebagai tanda aras kematangan demi memikul tanggung jawab.Rasululullah sendiri di angkat menjadi rasul ketika usia 40 tahun di Gua Hiraoleh jibrail. Ketika rencana ini ditulisusia saya belum menjangkau 40 tetapi saya tidak mahu menunggu sehingga umur 40untuk memahami erti what they say “ Live Begin at 40”.

“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” – (riwayatal-Bukhari).

Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved —

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.