hala tuju dunia fotografi perkahwinan hari ini… Kisah pengamal fotografi [27]
Artikel ini ditulis pada penghujung tahun 2015. Baru-baru ini saya terlihat satu iklan berkenaan pakej fotografi di salah sebuah blog internet. Tajuk highlight iklan ini mirip sebuah iklan makanan segera ataupun promosi sebuah hotel. “Pakej perkahwinan bajet” “pakej fotography gawat 2015”, itulah bunyi iklan promosi jika boleh di perdengarkan.
Fotografi ini juga sebenarnya merupakan sebuah cabang industry di mana di dalamnya terdiri daripada mereka-mereka yang cinta kepada seni dan pengkarya. Apabila nilai sebuah seni diletakkan setaraf dengan barang-barang dagangan lain ia kelak akan merosakkan terus industry ini.
Maksud perkataan ‘adil’ adalah meletakkan sesuatu sesuai di tempatnya, dan saya kira hasil seni kali ini tidak di letakkan di tempat yang asal. Dalam erti kata lain kita tidak adil kepada hasil kerja kita sendiri. Sekitar 2009 dan 3 tahun seterusnya industry fotografi perkahwinan berada di tahap kegemilangannya . Kenapa begitu? Kerana golongan terdahulu ataupun “pioneer“ ini bebas meletakkan nilai pada foto mereka sendiri tanpa ada apa apa kebimbangan .
Namun sekarang price is totally unreasonable dan saya kira ini tidak adil bagi mereka yang masih lagi bergelar photographer. Bayangkan Harga bagi sebuah perkhidmatan fotografi resepsi hari ini adalah sama dengan harga bagi sebuah majlis resepsi dan pernikahan pada tahun 2010.
Inilah sedihnya bila berbicara berkaitan dunia fotografi hari ini
Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.
All Rights Reserved —