Archive for the ‘Uncategorized’ Category
macam mana shahrilmajid mencari idea..
Bagi saya, idea ataupun ilham ini suatu anugerah. Kalau kita bekerja keras seharian untuk mendapatkannya pun tapi kalau tidak dengan izinkanNya pun ia belum tentu datang dengan sendiri. Pada ketika ini, saya kira semua orang sudah mampu memiliki kamera. DSLR mungkin bukan lagi menjadi bahan kebanggaan satu hari ini. Sama halnya seperti kita mempunyai laptop pada hari ini. Bila kamera semakin mampu dimiliki, saya percaya ramai boleh menangkap gambar dengan kamera masing-masing.
Nilai upah juga mungkin menjadi semakin rendah akibat daripada mereka yang rakus mengejar untung tanpa bijak menilai seni.. jadi apa lagi yang ‘mahal’ dalam kerja-kerja fotografi ini sedangkan fotografi ini adalah salah satu hobi yang mahal. Berbalik pada persoalan tadi, apa lagi yang mahal ketika DSLR mudah dimiliki .. for me, the answer is IDEA. Kamera boleh dapat di mana-mana, tetapi idea tidak sama sekali
IDEA lah yang sangat mahal kerana ia tidak dapat di beli di mana-mana. Selalunya idea ini datang secara spontan, cara kita berkomunikasi dengan client, kejujuran kita terhadap apa yang ingin disampaikan dan semua itu mendorong saya mendapatkan ilham.
Cara saya berigimasi juga mungkin menyumbang kepada kerja-kerja fotografi saya. Saya suka melihat gaya editing fotografi yang simple kerana bagi saya yang simple itu lah yang cantik. Dua minggu lepas saya berkongsi pendapat dengan seorang pereka hiasan dalaman sehebat eric leong.. the he ask me wether I want the thing looked modern or classical.. kemudian saya tanya lagi apa beza klasikal dengan yang moden. Pereka ini menjawab yang moden lebih simple.. saya tanya lagi, antara yang clasical dengan yang moden yang mana satu lebih diminati pelanggan. Untuk soalan kedua pereka ini menjawab “of course moden”
so that is me, melihat kepada bekas-bekas klient saya..saya tahu mereka lebih suka kepada gaya editing yang simple, fresh.. tanpa memusnahkan realiti subjek
Setakat itu sahaja yang dapat saya kongsi bersama.. yang lain masih lagi menjadi rahsia =) kerana ianya terlalu MAHAL
“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 21F4626F / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved
sata di kuantan
Antara yang sempat menarik perhatian saya. Seorang pakcik sedang menjual sata sambil dibantu seorang gewe, sata adalah makanan tadisional terengganu tapi foto ini dirakamkan di kuantan. Ada sepotong jalan menghala ke terengganu, saya cuba mencari barang makanan yang boleh saya bawa pulang ke negeri asal saya. percayalah, saya mengambil masa sejam untuk menunggu giliran hingga sata kami siap dibungkus. Sata ni rasanya ada rasa isi kelapa, ikan dan lada. shahrilmajid telah memborong sebanyak 40 biji untuk dibawa pulang. fuhh… macam nak buat bisnes import eksport
Testimonial saya tentang macbook pro
Kenapa dengan macbook??? kenapa tidak NIKON D300s. Kalau ada yang datang bertanya soalan ini pada saya, inilah jawapan saya. Pada ketika ini, di mana kebanyakan orang mampu memiliki sebuah kamera dari satu sudut kamera itu bukan lagi menjadi satu ukuran atau jaminan bahawa kita mampu menghasilkan foto yang hebat dari orang lain. Dalam fotografi, saya sentiasa mencabar diri sendiri untuk mencari kelainan dalam fotografi yang telah saya hasilkan. Bagi saya, sesiapa sahaja mampu menghasilkan foto yang hebat asalkan memiliki sebuah kamera, bagi saya masih ada satu perkara lagi yang dapat membezakan hasil fotografi di antara mereka. The answer is editing.
You can get your camera and snap the picture.. but you can’t buy idea on editing. Saya tidak mempunyai masa yang banyak di set lokasi fotografi oleh itu saya memperuntukan banyak masa yang lebih pada editing bagi menghasilkan foto yang terbaik untuk pelanggan saya. Setiap hari saya mengadap adobe photoshop, Lighroom, adobe primier, sony vegas jadi saya mencari satu lagi yang mampu memenuhi kepuasan saya ketika editing. Kenapa mesti macbook?..
1. Data lebih selamat dan boleh dipercayai
Window mac tak boleh nak baca virus yang sebenarnya adalah program dari window. Setiap hari akan berlaku pemindahan data samaada dari thumb drive atau external hardisk yang mengundang risiko Virus. One more thing, mac lebih stable dari PC
2. Laju
program dalam Mac adalah seketul ( I don’t know how to describe) dalam mac. Hanya ada satu fail tunggal untuk satu-satu program.
3. Mungkin sebab ianya khas untuk dunia editing. Here, I’m happy working with apature3, apple cut etc..MAC is good for publishing purpose..
4. Warnanya sangat cantik !
My friend of mine said, kalo warna cantik.. kerja-kerja editing menjadi mudah. saya mencari satu sebab apa yg boleh mendorong saya melekat 1-2 jam didepan laptop untuk sekeping layout. The answer is —> Display colour yang cantik
“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 21F4626F / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved
Testimonial saya tentang detox patch
hari ini adalah hari ke tiga saya menggunakan foot detox ini.
10 minit pertama
– kaki sedikit rasa suam-suam kuku
30 minit seterusnya
– zzzzzzz… tidur
8 jam seterusnya
– seperti mana yang you guys lihat disebelah bungkusan ini bertukar menjadi hitam, susah nak percaya kan. Tapi ini bukannya santau atau sebagainya. dari sumber rujukan saya di internet ini adalah toksik dari badan yang dikeluarkan dari titik akupantur. hebat sungguh kan.. saya rasa badan saya sedikit segar hari ini dan excited nak kaji lebih lanjut tentang benda ni. buat masa ni kalau ada siapa nak try guna benda ni boleh hubungi saya 013-429 0077.
Hari ni nak test foot detox – Singkirkan toksid
sebagai jurufoto, kesihatan amat penting malah lebih penting dari kamera D700 yang selalu dimegahkan oleh beberapa individu. kalau fotografer tak sihat, siapa pulak nak snap gambar customer. saya melatih diri supaya berpegang pada janji, kalau berjanji dengan orang, macam mana sakit demam pun kena sampai juga. that why my morning start with vitamin C.
saya diberi beberapa pek foot detox, katanya untuk menyingkirkan toksik. “shahril, you just lekat kat kaki semalaman tengok ada apa-apa perubahan tak pagi esok?? ” .. Bersambung
My first art work for 2011
Kalau anda dapat lihat gambar diatas, anda adalah manusia yang bertuah kerana anda sedang melihat karya saya yang pertama di tahun 2011. Was captured on 1 jan 2011. Tahun baru ini saya meyambutnya dengan kamera baru dan flash light baru. saya rasa saya adalah manusia yang bertuah kali ini kerana di hujung tahun dan awal tahun ini masa hujung minggu saya masih lagi dipenuhi dengan tugasan fotografi. Layan sekeping foto ni dulu.. my time currently was pack with editing
Selamat menyambut 2011
“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 21F4626F / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved
Love is cinta part IV
“Laki-laki dan perempuan adalah sebagai dua sayapnya seekor burung. Jika dua sayap sama kuatnya, maka terbanglah burung itu sampai ke puncak yang setinggi-tingginya; jika patah satu dari pada dua sayap itu, maka tak dapatlah terbang burung itu sama sekali.”
“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 21F4626F / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved
Love is cinta Part III
Bagi rasa, orang kita terlampau tamak dalam bergambar, maksud saya.. kalau boleh nak semua muka, wajah mereka berada dalam frame. keseluruhan muka dan tubuh mesti berada dalam frame! kalau dalam custom album pula, banyak keping nak sumbat masuk sekali.. For me, benda yang paling cantik dalam dunia ini adalah sesuatu yang simple dan puas mata memandang.
Setiap foto perlu ada ceritanya, tetapi bagaimana pula kalau saya dipaksa memasukkan keseluruhan muka + tubuh badan dalam frame. Mungkin ramai yang akan tersasar mencari cerita disebalik gambar. Dalam berkarya, saya akan memastikan pelanggan saya sentiasa puas melihat foto mereka dan salah satu caranya ialah dengan terpaksa mengorbankan keseluruhan muka dan tubuh mereka didalam frame!
“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 21F4626F / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved











