Archive for the ‘Uncategorized’ Category
moon ring
Objek ini di rakam pada 9.10.11 ketika bulan berada tepat atas 90′ di atas kepala. Anyway thank to my friend yang ingatkan tentang fenomena ini. i don’t hv facebook at my finger so i don’t know apa yang saya rakamkan ini.. hanya mengikut arahan. rupanya sejak semalam kecoh di facebook tentang fenomena moon ring
Gambar saya lagi
Seriously penat bila dah abis shooting, saya dah penat nak rest dulu..
orang kita selalu tidak menghargai benda yang diberi percuma [kisah pengamal fotografi 6]
siapa yang berani katakan tajuk entry saya ini adalah satu kesilapan, sila angkat tangan. Menjadi seorang photographer membenarkan diri saya mengenali manusia dari berbagai golongan dan peringkat usia. Dari orang politik, orang yang ada parti.. yang tak dak parti, dari pak cik tua, Orang yang segak, fotogenik, si gedik, kesemuanya pernah saya jumpa dan kenali ragam mereka.
Dalam apa cara sekalipun, semua karya yang terhasil dari tangan fotographer adalah sesuatu yang mahal dan tidak dapat ditandingi oleh mana-mana harga. Dalam erti kata lain, tiada harga standard untuk sebuah hasil kerja. Orang yang mencipta kamera tahu bahawa kualiti harus dijaga dan apa sahaja yang berkaitan dengan fotografi perlu dijaga nilainya. Kenapa strap (tali) kamera pun sampai seratus ringgit?? walaupun hanya tali. Sebabnya ialah fotografi adalah sesuatu yang harus dipandang tinggi.
itu belum lagi saya ulas bab masa fotographer yang ‘busy’ nya megatur jadual disana sini. when somebody spend a time with you.. it mean that that people try to put a job at another side. Tak habis disitu, masa untuknya meng’edit’ juga adalah sesuatu NILAI. 30 minit ketika itu mungkin anda boleh merayap keluar bejalan-jalan atau berfacebook, tetapi masa 30 minit inilah untuk mereka berada di depan laptop untuk tugas editing.
Sekiranya anda melihat hasil foto dari seorang fotographer, percayalah walaupun seorang photographer hanya “klik” and “snap” dan hasil foto dapat dilihat dalam monitor kamera. ia masih ada nilai, walaupun tidak perlu dicuci kodak dan negetifnya di kedai. Cuba lihat foto di profile facebook rakan-rakan anda, jika ia hasil dari seorang jurugambar, maka ianya masih ada nilai walaupun hanya term “transfer” atau “copy paste” dari memory card sering digunakan.
saya jarang memberi kebenaran kepada orang sebarangan menyentuh kamera saya apatah lagi layak menggunakannya. hanya ada 8 orang sahaja didunia ini yang saya beri kebenaran untuk menggunakannya, bukan bermakna saya seorang kedekut tetapi untuk mereka benar-benar menghargai bidang ini. Dan bagi mereka yang pernah diberi peluang memegangnya maka ini adalah satu penghargaan.
Bagi yang pernah shooting dengan saya,
Bukan untuk mengejar keuntungan semata-mata tetapi saya sangat happy bila mereka di hadapan kamera saya dapat menghargai apa yang dilakukan. Kebiasaannya mereka ini tergolong dalam golongan yang MEMBAYAR. Yang pernah dapat FREE sedarilah bahawa anda adalah golongan yang bertuah. Tapi dalam beberapa keadaan dia boleh TERLUPA kehadiran orang dibelakang kamera.
Dua hal yg harus dilupakan dalam hidup: kebaikan kita kepada orang lain dan kesalahan orang lain terhadap kita.
beraya umah MODEL pertama gue, walau dh lama, dia sorang ja model yg ingat kite
Baru saja balik beraya dari rumah model pertama shahrilmajid petang tadi. Dulu-dulu masa facebook, twitter belom wujud, dan orang lain belum kenal siapa shahrilmajid. seingat saya, pada masa itu dia lah model saya yang pertama, COMFIRMMM. Masa tu orang shooting dengan kita bukan untuk kejar glamour, bukan untuk penuhkan profile picture dalam facebook, tapi lebih kepada minat semulajadi yang tidak dibuat-buat.
Ketika itu, talen mencuba bakat photogeniknya melalui majalah dan antara yang terkenal ialah dewi remaja. No more facebook!..
Sesiapa yang layak berada di depan kamera DSLR ketika itu amatlah bertuah kerana photographer tidak sesepah seperti sekarang (sorry kalau ayat ini kasar).
Rasanya kalau model ini masih berminat untuk menjadi model saya pada hari ini, mungkin dia terkejut dengan dunia fotografi sekarang! berani saya cakapkan disini, beza peralatan kamera saya pada ketika itu adalah seperti langit dan bumi. Tanpa trigger, CLS System.. Lighting yang berbagai-bagai. Hakikatnya peralatan kamera saya waktu itu amat daif sekali.
Tak sangka dalam banyak-banyak model ni, dia ja yang ingatkan kita. ajak kite beraya walaupun tau umah kite jauh.Terharu sangat-sangat.. Saya kira dia sudah lupa bahawa dia pernah jadi model saya yang pertama satu ketika dahulu. maka apa yang berlaku petang tadi adalah bukti penghargaan shahrilmajid kepada kamu walaupun terpaksa drive 2 jam untuk ke sana. May God Bless you..
satu petang pada 3 syawal 1432
masa balik dari shooting petang tadi, nak simpan kamera dari kereta. masa tu ternampak ‘kat atas’ Bulan seakan-akan menyerahkan diri untuk dirakamkan. apa pun, saya percaya ini adalah anak bulan ke-2 syawal walaupun hari ini adalah raya ke 3
Selamat hari raya Aidilfitri
saya tak ada gambar model secantik taylor swift nak hias kad raya, tiada kata secantik bahasa nak karang, tiada lemang dan ketupat nak diletak dalam kad.. yang ada cuma bisnes card sebagai pengganti diri.. yg xsempat nk balas kad raya, saya balas dengan business card je lah. Semoga Ramadhan ini membawa keberkatan ke atas kita semua.
I am speaking to you in a language, which is not mine nor yours, but I am speaking with the language of my heart..
Salam Aidilfitri dan mohon Maaf Zahir & Batin dari putrafoto
satu untuk aku, dua untuk aku..
“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved
Mengejar blind spot!..
Satu hari selepas menghabiskan kerja-kerja fotografi di Penanti, kami bergegas pulang dan waktu itu sudah hampir petang. Beza panas petang dengan panas pagi ada bezanya. Sesungguhnya pemanduan saya terganggu dengan silauan yang saya kenali sebagai blindspot. Nasib baik spek mata hitam ferrari saya membantu dalam pemanduan.
In my dictionary, blind spot is an area where a person’s view is obstructed. Sebenarnya silau ini yang saya cari dan menunggu peluang untuk memanipulasikannya dalam fotography, cuma sebelum ini saya tidak berpeluang ke arah itu.
Sebenarnya saya suka tone lighting ini kerana bagi saya tone ini adalah tone yang paling dramatik dan romantik sekali tambahan ianya adalah kurniaan tuhan yang maha Esa dan sudah pasti ianya percuma. You know what, pernah saya hasilkan sebuah foto jam tangan dengan menggunakan bantuan cahaya api lilin. Tapi bezanya saya memerlukan masa 1 jam untuk mengawal kedudukan cahaya dan 3 buah lilin dihabiskan semata-mata untuk kerja sebegini.
Blind spot tidak muncul agak begitu lama, saya hanya mempunya masa dalam 2 minit untuk menunggu kedudukan blindspot yang sesuai. Cuma ada lebih kurang seminit sahaja untuk saya mengambil ‘shoot’ yang sesuai ketika blind spot berada di tempatnya. Bagi yang menjiwai foto ini, barangkali mereka akan melihat foto ini melalui rayban. That is my goal!
~ Sejarah akan mencintai kita jika kita menulis
“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved
Mencari bulan Ramadhan
BULAN RAMADHAN
Apa yang membuatkan foto ini HEBAT dari yang lain barangkali mungkin terletak pada masanya ia dirakam. Kalau saya rakamkan pada waktu lain barangkali ia hanya sekadar sebuah cerapan sfera bulan. Foto ini dirakam pada hari ke 4 kalender Islam Bulan Ramadhan. Setibanya saya di masjid, secara tak sengaja saya terlihat indahnya sebuah kubah masjid berlatar belakangkan cahaya bulan, SubhanAllah. Semua ini sering saya lihat hanya dalam kad Ucapan hari Raya. sedikit kecewa ketika itu kerana saya gagal rakamkannya untuk di bawa pulang (takde kamera). Bukan kata kamera, kad pengenalan pun tiada bha. Dua hari kemudian barulah saya temui apa yang saya hajati dan dapatlah saya kongsikannya disini. Syukur Alhamdulilah
Jauhnya jarak bulan dan bumi, tapi kita masih dapat melihat stuktur, tone, range dengan bantuan cahaya. that is photography. “mengukir melalui cahaya”
salam Ramadhan untuk semua
“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/pu?trafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved
Entry pertama saya dibulan Ramadhan..
selain shoot muka sumandak, saya juga shoot wajah Tuan Guru.
Kadang-kadang saya suka mengambil gambar dalam keadaan low light. bagi saya ini adalah satu cabaran sebenarnya. sengaja saya biarkan flash kamera didalam bonet kereta kerana ketokohan seseorang tidak perlu dirosakkan dengan gangguan limpahan cahaya kamera. Kalau saya yang berada didepan pentas pun saya tidak suka kepada cahaya yang menyilaukan ini. Sebenarnya, selain kegunaannya untuk menangkap gambar.. kamera juga adalah sebagai satu lesen untuk berada dihadapan pentas. Mungkin saya tidak dapat berada di grand stand seperti ini di tengah orang ramai jika saya tidak menggalas kamera!
entry pertama saya dibulan Ramadhan..
“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/pu?trafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved













