TIP MEMBELI KAMERA ‘SECOND HAND’

 

Semoga tips ini berguna bagi rakan –rakan yang sedang mencari kamera 2nd hand

Pasti ramai antara rakan rakan yang suka mencari barang terpakai. Alasannya utamanya rasanya semua tahu,’ ‘Murah’

Setelah berurusan melalui telefon, email dan sebagainya maka tibalah masa untuk deal dengan penjual kamera. Nak beli kamera juga anda harus bijak bermain dengan psikologi supaya anda mendapat harga untuk nilai sebenar. Selidik dahulu harga pasaran model kamera yang anda idam-idamkan. jangan “tergedik-gedik, teketaq-ketaq” depan kamera idaman itu. Saya kongsikan sedikit apa yang akan saya lakukan jika misalnya ada terniat nak cari kamera 2nd hand suatu hari nanti.

Perkara yang saya akan bawa semasa urusan rundingan dengan pemilik kamera ialah kamera, laptop, kertas putih dan broadband.

Perkara utama yang perlu dilihat ialah shutter count. Secara ringkasnya Shutter count adalah jumlah berapa kali shutter dikamera anda telah di gunakan sehingga menghasilkan satu foto. Kiranya kamera juga ada taraf pencennya. Saya syorkan jika anda dapat mmebeli kamera yang nilai shutternya kurang dari 20k. Sebaiknya bawa seorang rakan anda yang bijak dalam bidang kamera bersma. Selalunya restoran mamak dah cukup kalau nak bincang hal kamera ni.

Kalau saya, saya akan bawa sebuah lappy dan juga sekali dengan broadband. Pentingnya broadband ini kerana saya lebih percayakan pembuktian jumlah shutter count . Untuk memeriksa shuttercount, anda perlu upload foto dari DSLR anda ke http://www.myshuttercount.com/

Kemudian ia akan memaparkan segala maklumat bermula dari shuttercount hingga ke Exiff data kamera anda.

Jika ini lulus, saya akan periksa image sensor nya pula. Bawa sehelaii kertas putih bersama anda. Ok caranya, dengan bukaan  shutter paling kecil f22 and above dan cuba shoot ke atas kertas putih tersebut atah cuba shoot ke atas langit. Hasil gambar terus ked alam computer periksa satu persatu adakah terdapat ‘dot’ bintik-bintik hitam. Kalau saya jumpa bintik ini, saya tak akan beli kamera ini.

Sebaiknya mintalah personal warranty seminggu, dua minggu ke. Sebab kamera yang anda beli ni bukan ratus-ratus makan ribu juga walaupun second hand. Part paling last sekali, cuba test kamera tu.. shoot la objek-objek sekeliling sambil curi-curi shoot gambar si penjual kamera. Manalah tahukan, kadang kala anda ditipu dengan membeli barangan yang tidak boleh berfungsi sepenuhnya. Jadi gambar penjual anda dapat rakamkan. Buat lah report attach sekali dengan wajah penjenayah =)

 

Thank and best Regards

shahrilmajid

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved

 

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.