Memories may fade, but……………
Bulan Ramadhan pun tiba..tiada aktiviti suap-menyuap antara pengantin, tiada aktiviti sukan dan sebagainya untuk dirakam. No more wedding, no more editing and no more hunting. saya cuma ingin berkongsi pengalaman melalui foto-foto yang saya masih simpan meskipun hampir sedekat foto ini. Anehnya foto ini tidak pernah rosak atau dimakan anai-anai. Jika anda pernah membeli belah dibazar Ramadan di Sungai Dua hampir kira-kira 5 tahun dahulu. Anda mungkin teruja dengan sebuah gerai menjual capati, tetapi yang anehnya capati ini tidak berkuah dal dan hanya berintikan daging burger dan telur lenggang. Kami memanggil capati ini sebagai capati ‘twist’. saya kira tidak ada mana-mana penjual lagi yang mencuba resepi kami.
Inilah pengalaman saya sebagai peniaga sebelum menceburi dunia fotografi. Untuk makluman, foto ini dirakam dengan menggunakan kamera handphone sony k800i. Pada ketika itu hanya inilah satu-satunya kualiti foto yang paling baik mampu dirakam oleh sebuah telefon bimbit. Pada ketika ini saya belum faham tentang noise bagi sesebuah kamera.
Ramai yang tidak tahu yang kerja peniaga bazar Ramadhan sangat-sangat meletihkan dan yang paling letih bila masa untuk mengemas gerai dan bahan jualah. kadang-kadang bila masa saya membeli belah dibazar kadang-kadang terimbas semula bagaimana peritnya kerja sebagai peniaga dibazar ramadhan. Aktiviti jualan mungkin bermula jam 4-7.30 petang tetapi percayalah sebenarnya persiapan untuk bahan makanan semua itu bermula jam 8 pagi lagi. kata orang disetiap kesusahan itu ada keseronokannya, dan yang paling nikmat sebagai peniaga bazar ini ialah ketika berbuka puasa.
Tiada radio sebagai rujukan waktu berbuka, yang ada cuma jam ditangan masing-masing. Tidak semua bahan jualan dapat dihabiskan mengikut apa yang kita rancangkan, dan ketika jam tepat menunjukkan waktu berbuka itulah kami makan bersama-sama dengan peniaga-peniaga dari gerai sebelah. Yang paling seronok mungkin kami tidak perlu mengeluarkan wang dari poket masing-masing untuk juadah berbuka puasa kerana peniaga-peniaga dari gerai sebelah yang kadang-kadang tidak tahu dari mana datangnya berkongsi juadah makanan dengan kami. Pada masa itu atas meja gerai kami penuh dengan karipap, mee goreng, burger, tau fu fah, kuih melaka, murtabak 7-8 keping, air tebu (amik sendiri selagi mau) buah tembikai yang tak habis dijual saya kira itulah keseronokan berbuka puasa dibazar Ramadhan yang tidak dapat digambar melalui gambar 😉
to all of you guys, teruskan merakamkan gambar disekeliling anda kerana ingatan anda akan segar semula bermula dari sebuah foto. Memories may fade, but pictures last forever.
“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 2150F589 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved

