Faiz & Liza

Kerja editing saya terhenti seketika bila melihat paparan bersamamu sebentar tadi. Sedih !! Kisahnya tentang seorang ibu yang menyedari bahawa dia bakal kehilangan nyawa anaknya buat selama-lamanya. si ibu masih ingat bahawa dia berpeluang melihat senyuman terakhir anaknya buat buat kali terakhir pada 9 september tahun lepas. Rupa-rupanya pada tarikh tersebut, wujud sebuah senyuman yang begitu beharga bagi mereka.

sebenarnya saya amat mengingati tarikh tersebut kerana pada tarikh itu juga, 9.9.09 putrafoto telah ditubuhkan secara tidak dirancang. Pada saat rencana ini ditulis (14 july 10, 10.46pm) , laman web putrafoto (www.putrafoto.com) telah berjaya menarik sebanyak 12313 pengunjug. angka ini cukup memuaskan hati orang yang disebalik putrafoto kerana diawal pembikinan laman ini, kita hanya menjangkakan hit pengunjung 1000 sebulan. sekurang-kurangnya pada tarikh 9.9.10 iaitu dua bulan dari sekarang putrafoto mesti boleh menarik pengunjung sekurang-kurangnya 12000. Selain itu, laman web ini telah berjaya menarik pelawat-pelawat rumpun melayu dari singapura dan indonesia. Hingga ke hari ini, saya masih lagi bertukar-tukar pandangan dengan jurufoto-jurufoto dari negara tersebut untuk menerokai keindahan seni fotografi setiap negara masing-masing.

bermula dari kosong, saya cuba bangunkan putrafoto seperti mana yang pernah saya bangunkan sebuah team fotografi satu masa dahulu. Bermula dari gambar kawin, kemudian kami mula menerima tugasan-tugasan dari pihak koperat, product shoot, dan akhirnya pada hari ini kita telah berjaya menerokai bidang fashion fotografi. Harapan saya cuma satu, iaitu supaya masyarakat melihat seni fotografi sebagai sesuatu yang mahal..priceless!

“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 21F4626F / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.