Perginya ulamak bernama Nik Aziz Nik Mat
saya cukup bertuah kerana membesar dalam keadaan negara mempunyai beberapa tokoh ulama seperti Nik Aziz, Ustaz haron din, Ustaz Fadzil Nor dan beberapa tokoh penting lain. tokoh ini cukup dekat dengan saya ketika mula masuk ke alam dewasa. ketika itu belum ada lagi facebook, twitter atau media sosial yang lain seperti apa yang mudah di capai hari ini. yang ada cuma saluran televisyen dan akhbar. perasaan yang teruja dan bangga kalau dapat berjumpa sosok kelibat tokoh ini dengan dua biji mata sendiri. ketika itu nik aziz masih lagi menggalas jawatan sebagai Menteri Besar kelantan. Kunjungan beliau ke Negeri kedah di sambut dengan ribuan orang dan saya adalah salah satu antara mereka yang dapat melihat beliau dari jarak 300 meter. kecil sahaja orangnya, tuturnya lembut walaupun kadangkala ucapannya sukar difahami. itulah kali pertama dan terakhir saya melihat sosok tubuh ini, peristiwa ini berlaku sekitar tahun 2000.
Semalam perginya tokoh hebat yang di maksudkan buat selama-lamanya. Kelantan hari ini dibanjiri dari segala pelusuk manusia untuk menatap tokok hebat ini buat kali terakhir. Hari ini negeri kelantan di banjiri oleh manusia yang ingin berjumpa jasad tuan guru buat kali yang penghabisan.
Lautan manusia hari ini mengiringi persemadian seorang tokoh islam yang salah satu jasanya pernah menonjolkan imej ulamak islam yang sebenar. Rasa selamat kerana dapat menumpang teduh dibawah kepimpinan ulamak yang zuhud.. tegas..adil..dan amanah, Mereka datang dengan tangis hiba ibarat terpadamnya satu kerdipan bintang-bintang. Terbayang bagaimakah sifatnya yang sama pernah berlaku 1400 tahun dahulu pada zaman sahabat tatkala wafatnya Rasululah s.a.w. di usia 63 tahun. Bagaimana keadaan Umar Al-khattab hampir memenggal kepala mereka yang mengiakan hakikat kewafatan insan yang pernah di dicintai kawan dan lawan.Bagaimanakah perasaan Abu bakar?? Bagaimanakan perasaan bilal bin rabbah yang tidak dapat mengalunkan azan buat kali terakhir dan akhirnya meninggalkan madinah kerana banyaknya kenangan bersama baginda di sana. Hanya sebahagian sahaja yang dapat memahami.. Mungkin itulah sebernarnya erti sebuah “KERINDUAN”.-
Salam takziah
Memories may fade, but pictures last forever
”Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.All Rights Reserved —