Pagi itu hari Isnin

20141110_071810 copy

Foto ini di ambil pagi kemarin lebih kurang 7 pagi 10 november 2014. Ketika pagi masih lagi gelap dan si ibu masih lagi belum punya perancangan mahu masak apakah tengah hari ini. beruntunnya hidup di kampung, tiada masalah dengan kesesakan lalu lintas serta berebut-rebut mendapatkan tempat parking untuk meneruskan hidup mencari rezeki di bandar.

Bila bercakap tentang kos sara hidup yang semakin tinggi.. hari ni bagaikan tidak percaya bahawasanya kita, ia atau tidak tetap akan menenpuhnya. Harga setin sardin kini bukan lagi hidangan untuk golongan kelas bawahan. satu tin kecil sardin hari ini setaraf nilainya dengan roti mewah gardiner. Mahal macam manapun kita sebagai manusia tetap kena telan. ketika saya berada dalam bidang pelaburan dulu, saya di ajar bahawa Kadar Inflasi berkembang pada kadar 4% setahun dan angka ini mungkin meningkat tahun ini.

Bermulanya GST tahun hadapan tanggal April 2015 maka penangannya ibarat wang kertas yang tebal tapi rendah nilainya. bila matahari terik memancar, sang kebun.. tok imam..cikgu.. engineer.. masing-masing sibuk bekerja sambil memikirkan kos sara hidup yang semakin meruncing

Dua nikmat yang sering dilupakan ialah kesihatan dan keselamatan. – Saidina Ali bin Abi Thalib

Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com.
All Rights Reserved —

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.