Kenapa Videografi penting dari fotografi [Kisah pengamal fotografi 22]
Saya tak nafikan videografi menjadi pilihan yang terakhir selepas fotografi. Fotografi menghasilkan output berbentuk foto cetak merakam subjek, manakala video menghasilkan visual bergerak bersama suara. Faktor kos menjadi penghalang utama untuk bakal pengantin memilih option ini, yakni videografi.
Dengan teknologi yang semakin maju, kamera handycam kian ketinngalan berbanding teknologi video full HD. Peralatannya nampak lebih professional dan alat yang sama juga digunakan untuk menghasilkan sesebuah iklan dan filem pendek.
Bila sebut tentang video, pengantin akan membayangan video pengantin ketawa, kheman-khemah sarat dengan tetamu, bunga telur dan sebagainya. tetapi saya ingin mengajak anda untuk berfikir “beyond the limit”. Kesan videonya bukan hari ini tapi sekurang-kurangnya 10 tahun akan datang. Sebagai profesional videographer kita mahu membawa pengantin keluarga bersama dengan memori indah keluarga.
Majlis perkahwinan bukanlah majlis untuk pasangan pengantin sahaja, tetapi ia adalah hari kemenangan bersama keluarga. Jangan lupa bahawa yang paling bergembira selain anda ialah ibu bapa dan adik-adik anda. Bilakah kali terakhir anda dapat berkumpul berhimpun bersama semua keluarga seperti ini?? Raya lepas?? tahun baru??.
Kalau jawapannya Hari raya tahun lepas?? pernahkan anda visualkan?
saya tak mahu sebut kahwin sekali saja?? so, apa salahnya amik video. itu comman thinking. kadang-kadang kita terlupa bahawa majlis perkahwinan adalah majlis untuk bersama keluarga dan tetamu terdekat. Masa yang sama barangkali inilah kali pertama ibu bapa berpakaian ‘segak’ dengan suit sampin dan kasut berkilat. Mereka tidak sabar-sabar menjadi orang penting di dalam majlis besar.
Hari ini mungkin umur mereka 60 tahun… 70 tahun.. sepuluh tahun lagi dimanakah mereka?? dari Abu Hurairah melaporkan Nabi saw sebagai berkata : “kebanyakan umur umat ku adalah 60-70 tahun. Sedikit benar yang melebihi itu”. cucu mereka, yakni anak anda mungkin mahu melihat susuk tubuh datuk mereka yang masih kuat dan bertenaga, sekurang-kurangnya video menjadi pengubat kerinduan.
Videografer pula harus bijak menjaga fokus kamera, abaikan penulisan saya ini jika anda hanya ingin menonton pada hiasan-hiasan dari butik pengantin, baju sut pengantin yang bermanik serta barang hantaran yang anda laburkan dengan nilai yang tinggi.
Mungkin video ini bukan untuk anda, tetapi untuk generasi masa depan. untuk mereka yang tidak pernah hadir pada tarikh majlis perkahwinan anda.
Memories may fade, but pictures last forever
”Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved —
