Kehebatan Imam al Bukhari
Sebagaimana diriwayatkan oleh ulama’-ulama, ketikamana Imam al Bukhari tiba di Baghdad, kehadirannya itu diketahui oleh ahli-ahli hadis Baghdad. Lantas mereka mengumpulkan 100 hadis, setiap satu daripada hadis itu mereka bolak-balikkan sanadnya dan menukar-nukarkan matannya. Yang awal didahulukan dan begitulah juga sebaliknya. Ada juga sanad hadis dipadankan dengan matan hadis yang lain. Tujuan mereka hanyalah untuk menguji Imam al Bukhari. Setelah itu, mereka membahagi-bahagikan hadis itu kepada 10 orang yang akan ‘berlakon’ untuk bertanya kepada beliau.
Mereka pun membuat ‘appoinment’ dengan Imam al Bukhari untuk mengadakan majlis dan dalam masa yang sama mereka turut menjemput ahli-ahli hadis luar daripada Baghdad seperti Khurrasan dan sebagainya. 10 orang yang diberi tugas tersebut ‘berlakon’ seperti orang awam supaya ‘perancangan’ tidak diketahui. Apabila bermula majlis, bangun orang-orang yang diberi tugas dan bertanyakan beliau. Apabila orang pertama bertanyakan tentang hadis yang telah diubah itu, beliau hanya menjawab “Aku tidak tahu”. Kemudian dia bacakan pula hadis kedua, jawab beliau “Aku tidak tahu mengenainya”. Sehinggalah habis sepuluh hadis dibaca, beliau tetap menjawab “Aku tidak tahu” setiap kali beliau diajukan soalan.
Jawapan Imam al Bukhari itu menyebabkan hadirin yang datang berpandangan sesama sendiri. Ada juga yang sudah mula menganggap beliau hanyalah orang yang lekeh, tidak hebat dan ada kekurangan. Majlis itu berterusan lagi dengan baki 9 orang meneruskan peranan masing-masing. Akan tetapi jawapan yang keluar dari mulut beliau tetap “Aku tidak tahu”, sehinggalah habis seratus hadis tersebut.
Apa yang mengejutkan semua orang ialah, apabila Imam al Bukhari tahu telah habis soalah yang dikemukakan, beliau berpaling kepada orang yang paling awal lalu menyatakan hadis yang dibacakan tadi (hadis yang salah sanad dan matannya) diikuti dengan hadis yang betul satu persatu. Setelah itu, beliau berpaling kepada orang yang kedua dan melakukan perkara yang sama. Begitulah sehingga orang yang ke-10 dan habis 100 hadis, semuanya diperbetulkan oleh Imam al Bukhari.
Ketika mengulas peristiwa ini, al Hafiz as-Sakhowi berkata “Bukanlah satu yang menghairankan dengan kekuatan hafazan al Bukhari yang boleh membezakan antara hadis betul dan salah, tetapi apa yang menakjubkan ialah al Bukhari bukan sahaja mampu menyebut hadis yang betul malah beliau boleh mengulang semua apa yang disebut oleh 10 orang tersebut sebagaimana ia diaturkan dan kemudiannya menyebut semula apa yang betul.” Semenjak peristiwa itu, al Bukhari menjadi semakin masyhur kerana kelebihannya itu
“Memories may fade, but pictures last forever”
Wedding l Event l Portraiture l Outdoor
Facebook : http://www.facebook.com/putrafoto
Yahoo Messenger / email : king_qalha@yahoo.com
Blackberry Messenger PIN : 225650e0 / Voice : 013-429 0077
Copyright © 2009 www.putrafoto.com. All Rights Reserved
